Kedai Ustaz Medan Mara


Bateri handphone kak fiezz dah start problem.Kalau caj walaupun dah penuh, bila main handphone je buka facebook,ig sekejapan je bateri habis..kalau time keluar kadang bawa powerbank tapi bukan makin naik,makin turun..uwaaa dah kenapa?tak tahu la bateri yang problem atau cable?Dah lama problem ni jadi baru ni kak fiezz & mr hubby pi ke kedai ustaz medan mara nak cari bateri handphone kak fiezz..Tak pernah sampai kedai ustaz medan mara ni cuma tahu ada sebab biras kak fiezz penah cerita..kedai ustaz medan mara ni jual gajet,  aksesori handphone.Kalau korang nak cari kedai yang jual aksesori handphone area KL selain kat Low Yat boleh la try ke sini..Sampai je MARA, naik tingkat 3. Dia satu tempat dengan Mc Donald..Cuma Mc Donald tingkat bawah..Kedai ni tingkat 3..

Ni hasil rembatan kat kedai ustaz medan mara ni.


Bateri handphone kak fiezz RM70
Cable jenama remax (Fast charger) RM12
Power Bank (Display Unit) RM35

Jenama cable yang kitaorang amik ni, tanya pendapat staff situ jadi dia yang cadangkan brand ni..Kata dia elok..Kitaorang dah try, memang okey setakat ni.Kataegori fast charging.Power bank tu ada diskaun sbb display unit. Ambil jenama sama dengan cable..Lepas beli haritu, kebetulan bateri handphone mr hubby dah kong..Terus try power bank baru ni..Perfomance not bad..Sebab masa caj dengan powerbank ni, kitaorang singgah kedai makan dulu nak lepak dengan adik kak fiezz..Dekat sejam lebih jugak kat kedai makan tu, sampai kat rumah bateri handphone mr hubby dah penuh...so kak fiezz boleh cakap, perfomance power bank baru ni tak mengecewakan..

3 Comments

  1. sekali rembat byk jugak tu.. hehehe

    ReplyDelete
  2. Assalam Fieza, pekabar?
    lama tak blogging...
    Miss you
    muahs~

    ReplyDelete
  3. Kedai Ustaz memang suka pergi cari aksesori utk gadjet

    ReplyDelete