ADA APA KAT BULATAN AMANJAYA


Haritu masa kak fiezz & mr hubby balik kampung, bawa si kecik Fakhrul Iman ni ke Bulatan Amanjaya..Betul2 depan dengan Hotel Casuarina, Ipoh. Kata mak mertua kak fiezz, kalau sesiapa yang pernah ke Ipoh mesti tahu depan KTM stesen Ipoh tu malam2 dulu jadi tempat tumpuan family beriadah sebab ada banyak aktiviti kat situ..Tapi sebab ramai orang complaint tempat tu selalu kotor lepas habis aktiviti-aktiviti ni..Sampah sarah bersepah..Agak memalukan kalau pelancong2 yang datang ke Perak dengan menaiki keretapi, sampai2 ke situ nampak pemandangan sampah sarap ni dulu..Jadi pihak berkuasa Ipoh tukar ke kawasan Bulatan Amanjaya ni...Okey gak kat sini..Luas...

Ada apa kat sini?Taman mainan biasa, taman mainan air & air pancut..Ala, boleh la nak bawa anak2 jalan kat sini waktu malam kalau korang cuti2 ke Perak ni..Tak tahu nak ke mana malam2, bawak anak2 main2 kat sini..Agak happening jugak...Ada tempat mainan biasa & paling menarik harus la tempat mainan air..Yang ni buka pukul 8mlm..Budak-budak memang suka la kalau main air,kan..Si Iman haritu pun duk aim je tempat mainan air ni..tapi harap maaf la, mak long tak berani nak bagi anak orang main air kat tempat2 macam ni..risau..kang demam ke, sakit ke..naya weiii..anak orang bukan anak sendiri...Mak long bagi main kat tempat mainan biasa je la..main buaian, gelongsor, jongkat jongkit..hat tu okey..Masa ni, Iman tarik tangan kak fiezz suruh ikut dia..Nasib dia jenis penakut..Tak berani macam sesetengah budak..Bagus part ni..Jom la nak tengok gambar2 yang kak fiezz snap masa kat sini..tapi harap maaf yea, gambar kurang jelas sebab masa ni malam..spot light merata..tangkap gambar, memang tak berapa nak cun sebab ada backup spot light ni, hah..

Ni kat depan air pancut..warna-warni lagi..depan tu ada papan untuk budak2 main skateboard tapi masa ni tak ada le budak2 tu..



Nampak tak papan skateboard?


Ni kat area taman mainan


Kat tempat mainan air..


Iman duk usya kat situ..sorry, tak boleh..hehe


Main ni je la, yeak...agak mencabar nak main gelongsor..tak ada tangga..kena panjat macam ni, hah..Iman mula2 je kena pegang, lepas tu teror dah..



Gelongsor


tak tau mainan apa ni..tapi naik atas menda tu, dia gerak ke kiri kanan...


Buaian


Yang ni kena panjat..

Kak Fiezz memang suka bagi budak2 explore tempat macamni...Mak kak fiezz siap pesan 'jangan bagi iman panjat2'..Kak Fiezz okey je padahal galakkan lagi ada..hehe..Mak kak fiezz pesan gitu sebab tangan dia pernah patah dulu..Jadi risau tempat patah tu patah balik ke apa..tapi alhamdulillah..okey..Lagipun mainan yang kena panjat2 tu, Si Iman ni kurang gemor pun..

6 Comments

  1. Waaa meriah tempat ni.. boleh buat xtvt malam minggu ni.. seronok anak2..

    ReplyDelete
  2. Tempat tu kana2 terhibur lah

    ReplyDelete
  3. kami pun suka bawa anak tpt cenggini. Bagi peluh keluar dah sihat

    ReplyDelete
  4. amanjaya sungai petani ka ni meriah

    ReplyDelete
  5. wow..bestnya leh ajak hubby bwk anak2 kat sini lak...

    ReplyDelete