AFB Feeds

Nak Bela Kucing, Pastikan Kucing Melepas Di Rumah Sendiri

12:27

Entry ni berkaitan status semalam update kat fb..Geram je rasa..Ni khas untuk yang pencinta haiwan..Faham sangat korang sayang benor dengan kucing..Tapi tolong la beradap sikit..Jangan ajar kucing berak merata..Ajar buang depan rumah tuan dia..Agak2 tuan dia okey tak?Dengan bau-bauan + pemandangan yang tak baper nak indah di mata...Kak fiezz tak kisah yang suka sayang sangat dengan kucing..faham sangat la naluri sayang tu, kan...tapi yang marahnya kucing kesayangan tu duk membuang najis merata rumah orang, yang tu menaikkan kemarahan..Macam semalam, bukak je pintu bau semerbak..Dah tau mesti kucing melepas kat area koridor rumah kak fiezz ni..walaupun dia tak kena betul2 depan rumah kak fiezz..kena kat rumah sebelah..tapi bauan dia 'sila kongsi bersama'..jiran kak fiezz tu pulak, geli agaknya..harus la kan..kak fiezz pun geli..dia tak nak basuh..so nak tak nak mr hubby la tolong basuhkan semalam sebab kalau dibiarkan, nanti jadi port kucing tu membuang lagi..geram je, tau..kucing orang lain..orang lain yang kena basuh..tak nak pulak kucing tu membuang depan rumah tuan dia,kan..bagi makan nak..kucing melepas, tak nak uruskan..orang lain pula kena cucikan...

Kita ni duk kat rumah flat..Ikutkan syarat & peraturan perumahan awam tak boleh bela haiwan peliharaan tapi ada yang degil nak bela..tak kisah korang nak bela sebab korang pencinta haiwan sangat..tak macam kak fiezz ni, hah..tapi tolong la guna adap & kesedaran sivik untuk berhemah sikit..ni kang nak tegur, memasing dah jadi mak bapak orang..Ni untuk sesapa yang bela kucing la yea terutama yang duduk di rumah bertingkat-tingkat (flat derrr), tolong la nak bela kucing, sila kan tapi PASTIKAN KUCING TU MELEPAS DI RUMAH SENDIRI..Jangan time melepas, halau kucing tu pi koridor rumah orang lain..Rasa-rasa tak mampu nak beli pasir untuk kucing membuang, jangan BELA KUCING...Tolong guna akal fikiran yang Allah dah bagi tu untuk fikir kat orang lain yang kena basuh najis kucing yang sayang sangat tu...Lepas tu cuba letak diri kat tempat orang lain, rasa-rasa seronok ke tengok pemandangan hari2 longgokan buangan kucing tu di koridor rumah sendiri...Kak fiezz sabar lagi ni..Kalau dah melampau sangat, memang ku report je kat pengurusan...Semalam baru mr hubby basuh..Pagi ni, kucing tu duk melepas juga najis kat koridor..pffttt..bosan tau tak nak mengadap orang tak ada sivik macamni...Nak mengata tapi tak baik..Orang dah bagi duk flat, sewa pun murah..perangai tu elok la sikit..ni perangaiii...Pffffttt...

Maaf la entry ni memang geram sangat...Nak je tampal entry ni lekat kat kawasan rumah kak fiezz tu..geram sangat...

You Might Also Like

6 comments

Flickr Images

HAK MILIK

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam blog ini, sila hubungi penulis di fieza_amy81@yahoo.com


[PENAFIAN] Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini dan untuk rujukan kepada pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.