Dapat gift daripada ex-bos aku, Madam J..tQ Puan..
Really love it...


Gift ni Madam J bagi pada aku, ex-PA dia & PA dia yang sekarang sebagai cenderahati. Madam J akan keluar daripada Bahagian kitaorang..Buat masa ni dia bercuti dulu & selepas habis cuti, dia akan bertugas di Kementerian lain..
tQ so much Puan for the gift..Really love it..Brand gelang ni, difahamkan agak mahal juga, weiii..Rasa dihargai dapat hadiah ni daripada Puan..Tak kisah pun gift tu harga dia berapa..Orang nak bagi pun syukur alhamdulillah..Aku ni sejenis tak kisah pun berapa harga hadiah tu..murah ke mahal, aku terima je...

Sempena Madam J keluar dari Bahagian ni, nak cerita la sikit sejarah aku start jaga dia..Aku & Madam J sama2 masuk ke Bahagian sekarang ni..Masa tu aku memang tak ada bos..Kebetulan Madam J lapor diri..Terus aku dapat surat arahan untuk jadi P.A. dia..Sejujurnya masa mula-mula aku dapat arahan kena jaga Madam J ni, aku macam errrr..Ada sejarah tak best sebelum ni dengan lady bos..Tak ada chemistry...Sampai aku kena minta tukar sebab ex-bos aku tu bagi penilaian tahunan aku, rendah sangat..Macam aku tak buat kerja langsung..Padahal dia yang tak bagi kerja..huhu..Okey, malas nak ungkit cerita lama..Jadi bila dapat surat arahan, dapat jaga Madam J ni, risau juga aku..Takut jadi macam ex bos yang sebelum tu..Tapiii sangkaan aku meleset bila dah lama kerja dengan Madam J, aku rasa Madam J antara bos terbaik yang aku pernah kerja..Rasa selesa & senang nak kerja dengan dia..Dia juga banyak ajar aku perkara-perkara baru yang aku tak buat sebelum ni sebagai P.A..Masa mula-mula kerja dengan Madam J, rasa macam susah juga nak ikut cara dia..Tapi aku ni jenis ikut je apa yang bos arahkan..Jadi bila dah lama sikit, baru aku dapat ikut cara kerja dia..Apa yang aku boleh rumuskan, Madam J sangat teliti, smart & kemas..Paling suka part dalam bilik dia..Walaupun fail2 melambak atas meja dia tapi tersusun..Kalau free, dia akan 5S bilik dia..Aku cuma tolong sikit-sikit je...Memang salute madam J part ni..So officially Madam J dah tak ada lagi kat bahagian ni..Siapa yang dapat jadi PA dia kat tempat baru nanti, Madam J is the best bos..Trust me..Aku cakap berdasarkan cara kerja bos dengan PA..Kalau pegawai mungkin berbeza..Tapi kalau ikut pegawai-pegawai kat tempat aku sekarang, antara Madam J dengan bos yang aku jaga sekarang, iaitu pangkat dia timbalan kepada Madam J, pegawai2 lagi suka dengan cara kerja Madam J dari bos aku ni..ahaks!!

Apapun kepada Madam J, wish u best of luck di tempat baru nanti...
"Terima kasih untuk segala tunjuk ajar puan..Saya  akan praktikkan & kekalkan dengan bos sekarang & juga bakal-bakal bos akan datang.. ;)"

4 Comments

  1. Waaa bestnye dpt adiah.. Somel jerk gelang tu.. :)

    ReplyDelete
  2. Yeyy dapat hadiah..biasala fieza kan kalau kita dah ada pengalaman tak berapa nak best ngan ex bos..bila dtg yg baru kita pon rasa tak selesa kan..tapi alhamdulillah fieza Madam J terbaik hehehe..semoga Madam J akan terus maju jaya kat tenpat kerja baru..semoga fieza pon akan terus maju dan berjaya..aamin

    ReplyDelete
  3. Teringat ex boss ciktie dulu. Xbanyak songeh ok je hehe rindunya saat dulu kan akak dengan ex boss lama-lama

    ReplyDelete