Dapur FiezaSani ~ Rendang Hati Ayam

16:42

Eh..Macam lama pulak tak share masakan dari dapur fieza sani..ate macam ke teror benor masaknya..idok la teror..boleh la sikit2..wanita berkerjaya kan, jarang-jarang ke dapur..tapi lepas mak & abah dah pindah duduk kampung ni, aku kena rajin la ke dapur petang2 lepas balik kerja..nak masak..kalau tak dulu, balik kerja aku duk dalam bilik..ngadap handphone je..Ni, kena la masak fieza oiii..en suami nak makannn..

Resipi bawah ni first time aku cuba masak benornya..

Mak aku yang selalu masak rendang ni..Aku memang tak pernah try..Tapi dah mak kat kg..Nak tak nak belajar jugak la..Whatsapp kat mak tanya resipi..

Nak tahu resipi dia..Sila rujuk kat bawah ni...Mungkin ada yang tak makan organ dalam ayam atau lembu..Jadi resipi ni untuk korang yang suka makan..Aku yang masak pun, aku tak makan..Hehe..

Bahan2 :~

Hati Ayam
 1-2 Biji Bawang Besar
3 Ulas Bawang Putih 
1/2 inci halia
1-2 Batang Serai
Asam Keping
2-3 Sudu Besar Cili Kisar
Santan
Daun Kunyit
Serbuk Kunyit
Garam

Cara Masak :~

**Kisar bawang besar, bawang putih, halia, serai..
**Masukkan semua bahan kisar, hati ayam, santan, cili kisar, serbuk kunyit, daun kunyit dan garam
**Kacau-kacau sekejap bagi sekata & biarkan sampai hati ayam masak..

SIAP!! 


Simple kan..Cara masak mak aku memang simple pun...
Mak aku jenis malas nak masak yang renyah-renyah...Walaupun simple tetap sedap uolls...

You Might Also Like

2 Comment