SERBUK DEBUNGA KURMA 

Produk Serbuk Debunga Kurma didatangkan khas dari Madinah & merupakan gabungan serbuk debunga kurma + madu + ekstrak buah delima keluaran Tamara Raisa Trading..Yang membezakan serbuk debunga kurma tamara ni dari serbuk debunga kurma biasa yang ada di pasaran adalah campurannya yang terdiri dari 2 lagi bahan seperti diatas..

Untuk yang nak tahu apa fungsi Serbuk Debunga Kurma..Meh baca info sikit pasal fungsi serbuk ni..Kebanyakan geng TTC ramai yang tahu mengenai khasiat serbuk debunga kurma ni...

FUNGSI SERBUK DEBUNGA KURMA


Rahsia kesuburan masyarakat Arab.

Merawat masalah ketidaksuburan suami dan/atau isteri

Membantu masalah kemandulan

Memekat & Menambah kuantiti sperma

Meningkatkan hormon kelakian

Meningkatkan kualiti sperma

Menyuburkan rahim wanita

Dah tahu fungsi Serbuk Debunga Kurma..Apa fungsi Buah Delima untuk kesuburan yang di adun sekali dalam produk ni..Jom baca...Korang sebelum guna apa-apa produk kena tahu apa khasiat dan fungsi kandungan dalam produk tu & paling penting yang sedang berusaha untuk mendapat zuriat, jangan malas baca..cari info..ada seseorang pernah nasihat kat aku, NAK ANAK..Jangan malas...Nanti dah ada anak, banyak lagi maklumat yang kita perlu tahu..menyusu anak, banyakkan susu badan, kalau anak demam apa nak buat..eh!!banyak la lagii rasanya...Ingat senang..Buat2..keluar, jaga gitu je..So..Dari sekarang (ttc) kena rajin...cari segala maklumat yang ada dalam internet..buka fb, ig boleh?takkan cari maklumat tak boleh...okey, dah melalut..Masuk balik ke topik tadi..

FUNGSI DELIMA

Kaya dengan pelbagai nutrien, termasuk vitamin C, vitamin K, asic folic & 
beberapa vitamin lain & juga mineral.

Mempunyai ciri-ciri anti penuaan, anti kanser & anti radang 

Membantu aliran rangsangan darah.  

Meningkatkan libido lelaki & juga wanita.

Boleh menyebabkan lonjakan dalam testosteron, meningkatkan kualiti sperma & meningkatkan mood untuk bersama kedua-dua lelaki & wanita. 


Apa fungsi madu dalam Serbuk Kurma Tamara?

FUNGSI MADU

Mengandungi bahan-bahan bebas radikal yang mudah dihadam oleh tubuh manusia

Mempunyai tonik multivitamin, antibakteria & antioksida

Penggunaan secara konsisten, boleh menguatkan sistem imun merawat kemandulan & mengurankan tekanan mental

Kaya dengan mineral & asid amino yang memberi manfaat kepada sistem pembiakan & boleh membantu fungsi ovari

Meningkatkan kualiti sperma pada lelaki & menguatkan ovari dan rahim

Kaya dengan vitamin B, yang perlu bagi pengeluaran testosteron dan memberi kelebihan untuk meningkatkan tahap testosteron dalam badan.

Mengandungi oksida nitrik - hormon yang terlibat dalam saluran darah yang mewujudkan ereksi (seperti viagra). 1 dos (kira-kira 100gm) madu yang berkualiti boleh meningkatkan tahap oksida nitrik dalam darah sebanyak 50%


Hasil campuran 3 bahan utama ni dalam serbuk debunga kurma Tamara memberi kelebihan kepada pengguna untuk mendapat khasiat yang diperlukan terutama bagi mereka yang sedang berusaha untuk mendapat zuriat.

SERBUK DEBUNGA KURMA TAMARA



1 peket mengandungi 45 sachet..


Produk yang menjimatkan kerana boleh diamalkan oleh suami dan isteri tanpa perlu beli produk yang berasingan & memberi pelbagai khasiat yang diperlukan berkaitan kesuburan kepada suami & juga isteri...


Ambil 1 sachet untuk suami & 1 sachet untuk isteri sehari sebelum sarapan atau sebelum tidur..Tak digalakkan berkongsi supaya suami & isteri mendapat khasiat secukupnya yang diperlukan..

CARA PENYEDIAAN 


Ambil 1 sachet & masukkan dalam shaker...


Masukkan air sebanyak 150ml & goncang hingga sebati..
Sedia untuk diminum..Rasa dia sedap & boleh lalu kat tekak..Manis-manis macam chewing gum..

Apa-apa pun sebagai umat islam, kita harus ingat setiap produk ini cuma membantu & yang menentukannya berhasil atau tidak adalah Allah..Tidak salah untuk mencuba sebagai salah satu usaha untuk mendapat zuriat sendiri...Di samping pengambilan produk ini, bagi yang beragama islam, jangan lupa untuk memohon padaNYA..Dialah penentu segala-galanya..Amalkan solat dhuha, hajat dan memohon supaya apa yang kita hajati serta usaha-usaha yang kita lakukan membuahkan hasil..Insya'allah...

Untuk geng-geng TTC terutama PCOSer, di samping pengambilan produk tambahan..Amalkan juga cara hidup sihat..Rajin buat detox untuk buang toksin-toksin dalam badan yang menggangu dan tidak diperlukan oleh badan...Cara paling mudah untuk buang toksin adalah melalui berpeluh jadi rajin2kan diri bersenam..Maklum la ramai yang kerja dalam pejabat, berhawa dingin..Kat rumah pun berhawa dingin, time bilanya peluh nak keluar..Jadi salah satu cara adalah bersenam..Bersenam ni boleh dikategorikan terapi untuk release tension..Jadi digalakkan untuk korang bersenam di taman-taman atau luar kawasan perumahan..Faham la kan bila kahwin dah lama, mulut2 orang mesti tak lepas asyik tanya 'eh si polan tu tak ada anak lagi?' mahu tak tension ?tipu la kalau cakap tak..Walaupun tak banyak, sikit mesti marah kan dengan orang yang suka tanya soalan2 panas macam tu..Jadi senaman sebagai salah satu cara untuk release tension..Pakej dapat jaga kesihatan sekali...

Aku joint group PCOS di FB , ramai PCOSer yang berjaya hamil dengan cara semulajadi, beritahu salah satu usaha mereka berjaya adalah mengamalkan senaman walaupun ada PCOSer yang semulajadi kurus tapi tetap diaorang jaga makan..Ada yang amalkan diet atkin atau diet carbo...Senaman ni macam aku beritahu kat atas tadi, selain untuk release tension, memudahkan pembuangan detox dalam badan jadi lancar dan pengambilan diet yang bersesuaian memudahkan penerimaan badan untuk menerima zat & fungsi produk tersebut..Sekaligus membantu mendapatkan kesan positif yang dikehendaki..

Untuk korang yang berminat untuk mencuba Serbuk Debunga Kurma Tamara ni, boleh hubungi :~
 FB - sdk.tamara

12 Comments

  1. Insyallah..kita usaha je..Kalau rezeki, alhamdulillah..Ha'ah yang debunga kurma dari mekah tu, pernah try juga. Yang tu, originally serbuk kurma..yang ni ada campuran madu + delima...

    ReplyDelete
  2. Br tau ada produk ni. Nampak bagus ni. Bagi yang nak mencuba n ikhtiar kan zuriat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada Linda..Selalu serbuk debunga kurma je..yang brand tamara ni istimewa sbb ada campuran madu & kurma..Nak kata 100% berjaya, tak berani la nak jamin. Tapi boleh cuba sebagai salah satu usaha...

      Delete
  3. Menarik ni.. Boleh kasi tau kat member nanti,... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh lea..bagitau la pada sesiapa yang tengah ikhtiar hamil..kita cuba je..

      Delete
  4. Alhamdulillah terima kasih perkongsian ni...boleh PC cuba...ameen.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama PC..Selamat mencuba.. ;) Semoga membuahkan hasil...

      Delete
  5. Wah.. Ni sudah bagus utk pasangan yg bercadang nk produktif buat anak..haha eh macam kilang plak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..boleh je nak cuba PCL..Rezeki masing-masing..Kalau Allah dah tulis dapat rezeki anak berderet..

      Delete
  6. Insyaallah... Ada rezeki tu nanti. Yg penting usaha dan ikhtiar.

    ReplyDelete