Penting Ke Kemas Working Station Kita?

15:14

Aku ni bukan la kemas sangat pun..Kat rumah bersepah jugak tapi tak ada la sepah sangat..kategori sederhana la kiranya..Kat pejabat, working station aku kemas..sebab aku tak suka tengok kertas ke fail bersepah atas meja aku..Kalau kerja tu dah siap, cepat-cepat kemas tak nak bagi serabut kepala..
Jadi tempat aku, dalam kategori KEMAS.. member-member kat pejabat pun tahu..

eh!!meja tak sepah,nanti orang cakap tak ada kerja pula..Well, pandai manage la babe..Dah siap kerja semua..Yang duk simpan segala-gala kertas atas meja lagi buat apa..Nanti dah lama-lama lagi bertambah fail, surat-surat tu..

Bos aku sebelum ni Madam J, tempat dia pun tak ada la kemas sangat tapi satu aku suka kat dia..Kalau free dia akan 5s atas meja dia..Yang mana dah tak guna dia suruh aku bagi balik kat pegawai atau shredder je..Walaupun atas meja dia masih bersusun lagi fail-fail tapi lebih kemas...

Tu cerita bos lama, Madam J..Bos baru ni pula..hmmm..tak ada la nak kutuk tapi bersepah weiii..Dengan failnya..surat-surat, folder mesyuarat..ermmm..aku memang nak je kemas bilik dia..atas meja dia..tunggu je dia bagi arahan..laju aku nak buat..tapi dah dia tak suruh tak kan aku pandai-pandai nak buat..Kang kena marah..Tak ke cari pasal..Dulu masa P.A. dia sebelum ni pun, ada tanya dia..Nak kemas ke atas meja dia tu..Tapi dia jawab 'hehehe'..Jadi ko rasa dia nak ke tak nak?Ada orang ingat aku dah jadi P.A. dia ni, aku kemas la atas meja bos tu..Bukan aku tak nak..Bos tak suruh..Tapi nanti la bila-bila aku cuba tanya juga macam P.A. dia sebelum ni..Tengok dia jawab apa..Kalau 'hehe' juga..Faham sendiri sudah..Jangan kata aku tak tanya...

Saja try google keyword 'kemas meja bos' lepas tu klik kat bahagian imej..terus keluar gambar bawah ni yang pertama..aku macam..ermmm..macam pernah tengok.tengok entry link kat gambar..entry lama aku pasal 5S bilik bos dulu..haha..

Rasa-rasa kemas tak?



So kalau bos yang sekarang suruh kemas..laju aku kemas, weiii...

Aku ni bukan la kemas sangat orangnya tapi tak suka tengok serabut atas meja tu...Aku suka masuk ke pejabat pagi2, rilex je untuk mulakan tugas..Tak ada la masuk pejabat, tengok atas meja terus serabut sebab banyak timbunan surat, fail..Dah tak tau yang mana satu dah siap..Mana yang belum siap...Jadi untuk aku, memang penting kemas working station masing-masing..Ni pada aku la..Mungkin pada orang lain, berbeza..

You Might Also Like

5 Comment

  1. meh tlg kmas meja cik nor ni..:)

    ReplyDelete
  2. Hehehe kita suka kalau tempat kije kita kemas..kita ada dua stesen kerja dapur dan ruang kerja dlm bilik..kalau tak kemas mmg haru laaa .. nak kena kemas baru semnagat nK buat kije..

    ReplyDelete
  3. Betul tu.. meja kalau kemas lagi syok kerja.. Meja bos Sha paling kemas kalau kat opis Sha.. hehehe..

    ReplyDelete
  4. Hehehe bila meja kemas nak buat kerja pown rasa senang ati kan...

    ReplyDelete
  5. kemasnya meja akak..hati pun gembira kan..senang nk buat kerja..

    ReplyDelete