AFB Feeds

Cuba Menu Western Di Cowboy Steak House Kinrara

15:20

Ahkak ni bukan food blogger tau sebab jenis tak tahu nak cakap makanan tu rasa macamana?Kalau pada lidah aku sedap..sedap le..kalau tak sedap..tak sedap le..Kalau nak feel lebih2 sampai boleh tahu rempah-ratus dalam makanan tu, memang aku failed nak cam..Aku tahu makan je...Entry ni aku cuma nak kongsi cadangan tempat makan western kalau korang berada di sekitar KL..Kadang hari minggu, ada yang suka keluar makan..So tak tahu nak menghala ke mana?Boleh la korang cuba ke sini...

Restoran Cowboy Steak House ni terletak di Bandar Kinrara..Berdekatan dengan Giant Kinrara..Menu kat sini, kalau tengok nama pun dah boleh agak..Makanan western...


Lokasi Restoran Cowboy Steak House Kinrara


Ada prop & ala-ala photobooth untuk posing..Wajib la aku posing...


Senarai Menu kat sini...Harga - standard untuk makanan western..


Percaya tak ni untuk 2 orang makan..Seorang 2 hidangan..aku pun (sambil tersipu malu)..hehe..
Badan kecik kot..Ko sumbat kat mana makanan?Jangan tanya..Aku makan je sebab lapar...

**Black Peper Steak - RM16.90
Lamb Chop - RM17.90
Prawn Noodle Sizzling - RM11.90
Rib Eye Steak - RM16.90

Kalau tanya aku yang mana paling sedap, aku pilih Prawn Noodle Sizzling..Mr hubby pun suka..Yang ni memang sedap ikut tekak & selera kitaorang..Udang tu nampak je dalam gambar kecil..Boleh tahan juga saiz dia tu..Menu yang lain..pun sedap..Aku suka sos dia...


Teh O Panas - RM1.50
Air Asam Boi - RM3.50

**Air suam - RM0.32
**Ais kosong - RM0.30
**Extra Sos Black Pepper - RM2.00
+ Service tax (3%) - RM2.14


Total : RM73.36

Entry ni cuma cadangan tempat makan untuk yang mencari makanan western di sekitar KL..Aku tak nak cakap, makanan kat sini sedap sangat sbb selera masing-masing..Nanti aku cakap sedap, ada pula anon komen 'tak sedap pun..dah try makan kat sini..bla bla bla'..Jadi nak tahu sedap ke tak, kena dengan selera korang ke tak?cuba la makan kat sini...

You Might Also Like

2 comments

  1. Haih..murah giler dh tu....makan berdua semua tu?kusss semangat...kurus xpe...jangan macam SA...senang naik

    ReplyDelete
  2. hee~ memang selera orang beza-beza.. kadnag kita kata sedap, orang lain kata tak..

    ReplyDelete

Flickr Images

ShopLink Asia

HAK MILIK

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam blog ini, sila hubungi penulis di fieza_amy81@yahoo.com


[PENAFIAN] Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini dan untuk rujukan kepada pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.