LifeStyle

Shuib Sarah Bersanding Untuk Pertama Kali

08:35

Happy 6th anniversary kepada pasangan ShuibSarah..Semoga kekal bahagia..

Suka konsep pelamin persandingan diaorang malam tadi..Cantik sangat..Very da elegant...taste aku..Nasib akak dah kawin..kalau tak, boleh tiru konsep...ahaks!!

Gambar2 diambil dari ig @sinarfm & @sitisarahraissuddin





LifeStyle

Tahniah JepSari

22:11

Tahniah Jep Sepahtu & Sari Yanti yang baru je melangsungkan pernikahan semalam..Semoga berbahagia & kekal ke jannah..Insyaallah..

Terkejut pagi semalam member whatsapp bagi gambar Jep tengah akad nikah..Ingatkan berlakon.Rupanya betul2 kejadian..Hehe..Apapun tahniah..Senyap2 je..Semua peminat tahu diaorang berkawan tapi masing2 tak nak bercerita lebih lanjut..Jawapan cliche, selesa berkawan berdua gitu..Sekali pagi semalam, nikah terus..hah!!amikk..

Tahniah sekali lagi..Ni gambar2 pernikahan diaorang yang aku ambil dari IG @sinarfm..Kredit jurugambar rasmi - @wr.co




Gambar majlis berinai Sari Yanti dari ig @jepsariyantiofficial


LifeStyle

Penjagaan Kesihatan Dengan Detox

16:11

Pagi-pagi dah bikin aku panas..Aku sejenis tak suka komen orang..Macam cakap 'eh..ko gemuk la'..'ko berisi la'..'ko kurus la' dan apa-apa la berkaitan, yang kita komen pasal diri orang tu..Sebab aku tak suka?AKU TAK SUKA ORANG KOMEN PASAL AKU BALIK..I'm very sensitive...Ada seorang member pejabat aku, asyik komen pasal aku kurus..aku kurus..aku ni dengan jujur bercerita kenapa aku kurus?aku buat apa?aku makan apa?eh!!lepas-lepas tu tanya lagi..eh!!annoying pula rasanya..terus sampai sekarang aku malas nak cerita dengan sesiapa kalau ada tanya kenapa aku kurus?Tak kuasa aku nak cerita ko..Cukup je la aku nak cakap..Kurus tak semestinya sakit..Gemuk tak semestinya sihat..Aku pun tak cakap, aku kurus aku sihat...Tapi sebab aku baru sedar pentingnya penjagaan kesihatan, tu yang aku mula buat apa yang aku buat sekarang..Buat detox..Bersenam (bukan lah hari-hari..Ada juga masa aku skip)..Senam?apa kaitan dengan detox..Berpeluh adalah baik untuk kesihatan..Jadi salah satu cara terbaik detox adalah menggalakan pengeluaran peluh melalui kulit yang membuang toksin keluar..

Kenapa perlu detox?aku nak tanya balik, suka ke simpan toksin dalam badan tu?Toksin tu sihat ke?Tau kan toksin tu apa?

Eh!!tak ambil tahu..Okey, malas nak komen la..Badan masing-masing..

Meh la aku kongsi sikit info pasal DETOX & TOKSIN ni..Kalau ada yang nak baca, silakan..Tak nak baca, terpulang la yea...ahkak tak paksa...

Setiap orang mempunyai toksin dalam badan. Tak dapat dielakkan kerana masuk ke dalam badan kita melalui pelbagai cara seperti UDARA, MAKANAN, UBAT-UBATAN MODEN YANG ADA CAMPURAN BAHAN KIMIA/DADAH, SISA2 MAKANAN YANG TINGGAL DALAM USUS AKAN MENGALAMI TINDAKBALAS BIOKIMIA & MENGHASILKAN RACUN DALAM BADAN, KEKURANGAN AIR DALAM BADAN MENGANGGU PROSES PEMBUANGAN TOKSIN...

Detox
Detox atau detoksifikasi adalah suatu proses pembersihan dari segala macam kotoran dan racun-racun yang secara tidak sengaja atau tanpa kita sedar telah masuk di dalam badan kita dalam jangka masa yang lama.
Detox merupakan proses penyingkiran bahan toksik atau buangan dari tubuh badan manusia. Badan manusia mempunyai sistem detox sendiri iaitu hati, usus dan ginjal.
Toksin
Apa itu Toksin? Toksin adalah bahan buangan beracun dalam tubuh kita. Adalah mustahil untuk mengelak daripada toksin kerana ia berada di mana-mana sahaja samaada dalam udara yang kita sedut, makanan dan minuman yang kita ambil. Kita juga terdedah kepada toksin dalaman, sisa metabolik yang dihasilkan dalam badan disebabkan oleh tekanan hidup dan cara pemakanan yang tidak seimbang.
Tanda-tanda toksin berlebihan dalam badan
Selalu letih, kurang bertenaga, sakit kepala, mulut berbau, badan berbau
Insomnia (masalah tidur), mata gelap, mata merah
Daya ingatan dan tumpuan yang lemah dan rasa cemas
Alahan, masalah sinus, sistem imun yang lemah
Masalah sistem pencernaan seperti sembelit dan kembung perut
Masalah sendi 
Masalah kulit
Selulit, kenaikan berat badan

Korang ada ke tanda2 kat atas ni?

Tepuk dada tanya la selera, k :D

ofis

Penting Ke Kemas Working Station Kita?

15:14

Aku ni bukan la kemas sangat pun..Kat rumah bersepah jugak tapi tak ada la sepah sangat..kategori sederhana la kiranya..Kat pejabat, working station aku kemas..sebab aku tak suka tengok kertas ke fail bersepah atas meja aku..Kalau kerja tu dah siap, cepat-cepat kemas tak nak bagi serabut kepala..
Jadi tempat aku, dalam kategori KEMAS.. member-member kat pejabat pun tahu..

eh!!meja tak sepah,nanti orang cakap tak ada kerja pula..Well, pandai manage la babe..Dah siap kerja semua..Yang duk simpan segala-gala kertas atas meja lagi buat apa..Nanti dah lama-lama lagi bertambah fail, surat-surat tu..

Bos aku sebelum ni Madam J, tempat dia pun tak ada la kemas sangat tapi satu aku suka kat dia..Kalau free dia akan 5s atas meja dia..Yang mana dah tak guna dia suruh aku bagi balik kat pegawai atau shredder je..Walaupun atas meja dia masih bersusun lagi fail-fail tapi lebih kemas...

Tu cerita bos lama, Madam J..Bos baru ni pula..hmmm..tak ada la nak kutuk tapi bersepah weiii..Dengan failnya..surat-surat, folder mesyuarat..ermmm..aku memang nak je kemas bilik dia..atas meja dia..tunggu je dia bagi arahan..laju aku nak buat..tapi dah dia tak suruh tak kan aku pandai-pandai nak buat..Kang kena marah..Tak ke cari pasal..Dulu masa P.A. dia sebelum ni pun, ada tanya dia..Nak kemas ke atas meja dia tu..Tapi dia jawab 'hehehe'..Jadi ko rasa dia nak ke tak nak?Ada orang ingat aku dah jadi P.A. dia ni, aku kemas la atas meja bos tu..Bukan aku tak nak..Bos tak suruh..Tapi nanti la bila-bila aku cuba tanya juga macam P.A. dia sebelum ni..Tengok dia jawab apa..Kalau 'hehe' juga..Faham sendiri sudah..Jangan kata aku tak tanya...

Saja try google keyword 'kemas meja bos' lepas tu klik kat bahagian imej..terus keluar gambar bawah ni yang pertama..aku macam..ermmm..macam pernah tengok.tengok entry link kat gambar..entry lama aku pasal 5S bilik bos dulu..haha..

Rasa-rasa kemas tak?



So kalau bos yang sekarang suruh kemas..laju aku kemas, weiii...

Aku ni bukan la kemas sangat orangnya tapi tak suka tengok serabut atas meja tu...Aku suka masuk ke pejabat pagi2, rilex je untuk mulakan tugas..Tak ada la masuk pejabat, tengok atas meja terus serabut sebab banyak timbunan surat, fail..Dah tak tau yang mana satu dah siap..Mana yang belum siap...Jadi untuk aku, memang penting kemas working station masing-masing..Ni pada aku la..Mungkin pada orang lain, berbeza..

LifeStyle

Berfikir Positif Buat Kita Lebih Produktif

08:52


Rutin harian aku wajib berfikiran positif dalam apa jua perkara..Tapi kadang-kadang kalah juga bila orang sekeliling bercakap sesuatu yang terus tukar aura positif aku kepada aura negatif...hmmm
Kadang-kadang aku macam malas nak rapat atau baik dengan sesiapa..sebab?aku bercerita untuk luah perasaan tapi topik tu kena balik kat batang hidung aku...
Aku tak minta untuk orang faham situasi aku sebab orang yang tak berada dalam situasi aku ni, memang tak akan faham..Diaorang tak akan faham orang-orang macam aku ni sangat sangat sensitif..Jangan la cakap berkenaan topik tu walaupun sikit kalau tak faham..Orang luar buat2 faham je tapi sebenarnya takkkk...Walaupun perkara tu macam agak susah untuk aku tapi jangan sebut secara terang-terang dengan aku..Yea..memang aku senyum tapi tahu tak dalam hati aku macamana?Sebab aku senyum, aku tak tahu nak buat reaksi macamana bila orang sebut secara berdepan dengan aku...Jadi aku mampu buat SENYUM...Aku cover hati yang sedih tu dengan SENYUM...

Jangan tukar aura positif aku kepada negatif..Setiap hari aku cuba untuk berfikiran positif, tau tak?

Oppss..entry ni bukan pasal bos baru aku..setakat ni bos aku alhamdulillah, aku boleh kerja dengan dia..Ni berkenaan perkara yang sangat-sangat peribadi untuk aku..

Okey, masuk balik mood positif dalam badan..Pi jauh-jauh negatif...sibuk je...
Orang tak perlukan Negatif la..Orang perlukan Positif 

SENYUM 

:D

Dapur FiezaSani

Resipi Sizzling Yee Mee Homemade Mudah

11:53

Siapa suka sizzling yee mee?angkat tangan..kita geng..Kalau pi shopping complex kat food court, mesti ada menu ni..Harus la order ni..

Kali ni buat sendiri kat rumah..Ni request by mr.hubby..Masa beli barang-barang kat Tesco minggu lepas, mr hubby ternampak yee mee ni kat situ..Tanpa ragu-ragu terus suruh si isteri ni buatkan..Isteri pula dengan penuh confident, cakap okey..Padahal tak pernah masak ni, weiii..On the spot tengok resipi kat google..Jumpa resipi dari SINI..Tengok bahan-bahan dia, macam tak susah je nak buat..Scroll lagi sampai bawah..Okey, rasa senang ni..Jadi moh la kita beli barang & cuba masak..kalau jadi, alhamdulillah..Tapi boleh agak rasanya, mesti jadi sebab aku post kat sini..hehe

Meh tengok bahan-bahan dia


Dalam Gambar 
6 Ulas Bawang Putih  (Hiris halus @ tumbuk)
1/2 Halia (Hiris halus @ tumbuk)
7 @ 8 Biji Cili Kering (dipotong 2 @ 3)..Kalau yang suka pedas, lebihkan cili
Isi Ayam (Dipotong kecil-kecil)
Sayur Sawi
Cendawan Shitake (rendam hingga lembut)
2 Sudu tepung jagung
Serbuk Lada Hitam @ 1 Sudu Makan Lada hitam yang telah dikisar..
Mee Sanggul (Yee Mee)..Kuantiti ikut pada berapa orang makan
(Celur sekejap dalam air panas)
Tiada Dalam Gambar
2 @ 3 biji telur
3 Sudu Kicap Pekat (Aku guna kicap jalen)
3 Sudu Kicap Cair (Yang ni aku tak letak sebab tak ada)
4 Sudu Sos Tiram


CARA MASAK :-


Tumis bawang putih, halia & cili kering sehingga kekuningan


Lepas itu, masukkan ayam & goreng sehingga separuh masak


Masukkan air dalam 3 cawan atau lebih..Ikut pada kuantiti berapa orang makan..
Macam aku haritu untuk 4 orang makan...


Masukkan sos tiram (4 sudu), Kicap (3 sudu), Sedikit serbuk lada hitam atau lada hitam yang telah dikisar..Letak sekali garam secukup rasa & 1 kiub pati ayam..Biarkan mendidih sehingga ayam masak..


Masukkan cendawan..Biarkan dalam 2-3 minit...

www.fiezasani.xyz

Letak air tepung jagung & sedikit air.. Gaul rata sehingga kuah jadi pekat dan likat...


Kuah dah pekat, baru masukkan sayur sawi..Biar sekejap je sebab sayur cepat masak...


Letak telur terus dalam kuah..Tungguh sekejap..Dah siap masak...Boleh la di hidang...


Siap...Sizzling Yee Mee Homemade...Yummylicioius..

Memang sedap..Balik kang nak buat lagi sebab balance cendawan ada lagi...kang berbuang dalam tong sampah je cendawan tu..sayang..Duit tuu..huhu..Zaman yang serba serbi mahal ni, tak boleh membazir...Sayang duit..

review

Serbuk Debunga Kurma Untuk Yang Sedang Ikhtiar Hamil

12:13

SERBUK DEBUNGA KURMA 

Produk Serbuk Debunga Kurma didatangkan khas dari Madinah & merupakan gabungan serbuk debunga kurma + madu + ekstrak buah delima keluaran Tamara Raisa Trading..Yang membezakan serbuk debunga kurma tamara ni dari serbuk debunga kurma biasa yang ada di pasaran adalah campurannya yang terdiri dari 2 lagi bahan seperti diatas..

Untuk yang nak tahu apa fungsi Serbuk Debunga Kurma..Meh baca info sikit pasal fungsi serbuk ni..Kebanyakan geng TTC ramai yang tahu mengenai khasiat serbuk debunga kurma ni...

FUNGSI SERBUK DEBUNGA KURMA


Rahsia kesuburan masyarakat Arab.

Merawat masalah ketidaksuburan suami dan/atau isteri

Membantu masalah kemandulan

Memekat & Menambah kuantiti sperma

Meningkatkan hormon kelakian

Meningkatkan kualiti sperma

Menyuburkan rahim wanita

Dah tahu fungsi Serbuk Debunga Kurma..Apa fungsi Buah Delima untuk kesuburan yang di adun sekali dalam produk ni..Jom baca...Korang sebelum guna apa-apa produk kena tahu apa khasiat dan fungsi kandungan dalam produk tu & paling penting yang sedang berusaha untuk mendapat zuriat, jangan malas baca..cari info..ada seseorang pernah nasihat kat aku, NAK ANAK..Jangan malas...Nanti dah ada anak, banyak lagi maklumat yang kita perlu tahu..menyusu anak, banyakkan susu badan, kalau anak demam apa nak buat..eh!!banyak la lagii rasanya...Ingat senang..Buat2..keluar, jaga gitu je..So..Dari sekarang (ttc) kena rajin...cari segala maklumat yang ada dalam internet..buka fb, ig boleh?takkan cari maklumat tak boleh...okey, dah melalut..Masuk balik ke topik tadi..

FUNGSI DELIMA

Kaya dengan pelbagai nutrien, termasuk vitamin C, vitamin K, asic folic & 
beberapa vitamin lain & juga mineral.

Mempunyai ciri-ciri anti penuaan, anti kanser & anti radang 

Membantu aliran rangsangan darah.  

Meningkatkan libido lelaki & juga wanita.

Boleh menyebabkan lonjakan dalam testosteron, meningkatkan kualiti sperma & meningkatkan mood untuk bersama kedua-dua lelaki & wanita. 


Apa fungsi madu dalam Serbuk Kurma Tamara?

FUNGSI MADU

Mengandungi bahan-bahan bebas radikal yang mudah dihadam oleh tubuh manusia

Mempunyai tonik multivitamin, antibakteria & antioksida

Penggunaan secara konsisten, boleh menguatkan sistem imun merawat kemandulan & mengurankan tekanan mental

Kaya dengan mineral & asid amino yang memberi manfaat kepada sistem pembiakan & boleh membantu fungsi ovari

Meningkatkan kualiti sperma pada lelaki & menguatkan ovari dan rahim

Kaya dengan vitamin B, yang perlu bagi pengeluaran testosteron dan memberi kelebihan untuk meningkatkan tahap testosteron dalam badan.

Mengandungi oksida nitrik - hormon yang terlibat dalam saluran darah yang mewujudkan ereksi (seperti viagra). 1 dos (kira-kira 100gm) madu yang berkualiti boleh meningkatkan tahap oksida nitrik dalam darah sebanyak 50%


Hasil campuran 3 bahan utama ni dalam serbuk debunga kurma Tamara memberi kelebihan kepada pengguna untuk mendapat khasiat yang diperlukan terutama bagi mereka yang sedang berusaha untuk mendapat zuriat.

SERBUK DEBUNGA KURMA TAMARA



1 peket mengandungi 45 sachet..


Produk yang menjimatkan kerana boleh diamalkan oleh suami dan isteri tanpa perlu beli produk yang berasingan & memberi pelbagai khasiat yang diperlukan berkaitan kesuburan kepada suami & juga isteri...


Ambil 1 sachet untuk suami & 1 sachet untuk isteri sehari sebelum sarapan atau sebelum tidur..Tak digalakkan berkongsi supaya suami & isteri mendapat khasiat secukupnya yang diperlukan..

CARA PENYEDIAAN 


Ambil 1 sachet & masukkan dalam shaker...


Masukkan air sebanyak 150ml & goncang hingga sebati..
Sedia untuk diminum..Rasa dia sedap & boleh lalu kat tekak..Manis-manis macam chewing gum..

Apa-apa pun sebagai umat islam, kita harus ingat setiap produk ini cuma membantu & yang menentukannya berhasil atau tidak adalah Allah..Tidak salah untuk mencuba sebagai salah satu usaha untuk mendapat zuriat sendiri...Di samping pengambilan produk ini, bagi yang beragama islam, jangan lupa untuk memohon padaNYA..Dialah penentu segala-galanya..Amalkan solat dhuha, hajat dan memohon supaya apa yang kita hajati serta usaha-usaha yang kita lakukan membuahkan hasil..Insya'allah...

Untuk geng-geng TTC terutama PCOSer, di samping pengambilan produk tambahan..Amalkan juga cara hidup sihat..Rajin buat detox untuk buang toksin-toksin dalam badan yang menggangu dan tidak diperlukan oleh badan...Cara paling mudah untuk buang toksin adalah melalui berpeluh jadi rajin2kan diri bersenam..Maklum la ramai yang kerja dalam pejabat, berhawa dingin..Kat rumah pun berhawa dingin, time bilanya peluh nak keluar..Jadi salah satu cara adalah bersenam..Bersenam ni boleh dikategorikan terapi untuk release tension..Jadi digalakkan untuk korang bersenam di taman-taman atau luar kawasan perumahan..Faham la kan bila kahwin dah lama, mulut2 orang mesti tak lepas asyik tanya 'eh si polan tu tak ada anak lagi?' mahu tak tension ?tipu la kalau cakap tak..Walaupun tak banyak, sikit mesti marah kan dengan orang yang suka tanya soalan2 panas macam tu..Jadi senaman sebagai salah satu cara untuk release tension..Pakej dapat jaga kesihatan sekali...

Aku joint group PCOS di FB , ramai PCOSer yang berjaya hamil dengan cara semulajadi, beritahu salah satu usaha mereka berjaya adalah mengamalkan senaman walaupun ada PCOSer yang semulajadi kurus tapi tetap diaorang jaga makan..Ada yang amalkan diet atkin atau diet carbo...Senaman ni macam aku beritahu kat atas tadi, selain untuk release tension, memudahkan pembuangan detox dalam badan jadi lancar dan pengambilan diet yang bersesuaian memudahkan penerimaan badan untuk menerima zat & fungsi produk tersebut..Sekaligus membantu mendapatkan kesan positif yang dikehendaki..

Untuk korang yang berminat untuk mencuba Serbuk Debunga Kurma Tamara ni, boleh hubungi :~
 FB - sdk.tamara

LifeStyle

Pilih Yang Berbaloi Walaupun Percuma

22:04

Pagi tadi seorang member office aku beritahu pasal tag & menang ni kat ig..Dianjurkan oleh @MydinMalaysia..Gigih ahkak men 'tag orang tadi..hehe..sorry la yang kena tag tu, yea...tarikh tutup harini..pagi tadi baru tahu..

Dah nama peraduan pun tag & menang..Tugasan dia kena tag kawan-kawan seramai 5 orang & screen shot penyertaan kita. Tunjukkan di mana-mana kaunter khidmat pelanggan Mydin berdekatan..Yang buat ni 3 orang member aku & masuk aku 4,,Oo..ada seorang member offce aku, bawa anak dia sekali..anak dia ada ig, boleh la masuk juga peraduan tag  & menang ni...

Comel kan bekas Enchanteur ni..Dah terbayang-bayang..


Tag 5 orang kawan di gambar ni & guna # yang dah dinyatakan...




Bukti penyertaaan

Tengahari, keluar la kitaorang berlima menuju ke Mydin Masjid Jamek..Sampai2 kat situ, tunjuk pada staff Mydin screenshot kat atas ni..Staff tu tak tahu pun pasal peraduan ni..Dia panggil seorang promoter yang jaga bahagian kosmetik..Promoter ni masa mula-mula ,aku tengok muka dia macam blur bila salah seorang member aku cakap..Bila tunjuk screenshot kat atas ni, baru dia faham...Dia cari perfume enchanteur yang macam dalam gambar atas ni kat bahagian gift tapi dah habis stok...Dia bagi pilihan lain..Enchanteur set yang ada pengetip kuku & lain-lain dalam satu bekas atau perfume kat bawah ni..

Pilihan kitaorang..

Dah tentu la yang ni...

V
V
V
V
V
V
V
V
V


Rezeki mr hubby la dapat perfume FREE...
Pilih yang ni sebab mahal sikit dari Enchanteur set tu..Set tu rasanya beli kat kedai RM2 pun ada..hihi..Eh!!walaupun barang free kena juga tengok kan yang mana berbaloi...Dah tentu la kitaorang pilih yang berbaloi...

Note : Eh!!macam cantik aku tangkap gambar ni..Tetiba rasa kreatif & berseni..hehe

vacation

Trip Terapi Minda ke Langkawi Part 4

14:47

Sambungan trip-terapi-minda-ke-langkawi-part-3

Aktiviti Mangrove Tour..Kitaorang pilih aktiviti ni pada hari ke-4 iaitu sebelah pagi sebelum bertolak balik ke KL..Flight kitaorang petang dalam pukul 5.00..

Tempoh aktiviti ni - 2 Jam

Dalam aktiviti ni, kita cuma rilex & chill je..Naik bot & just enjoy the view sepanjang sungai...
Dalam trip ni, kita akan di bawa ke tempat2 kat bawah ni...

**Bat Cave (Gua Kelawar)
**Floating Fish Farm (Kolam ikan)
**Eagle Feeding 
**Mangrove Swamp
**Andaman Sea
**Round Shoe Island (Pulau Kasut)
**Crocodile Cave (Gua Buaya)

Ni jeti The Kilim Karst Geoforest Park...Tempat untuk naik bot bagi aktiviti Mangrove Tour..

Balik dari trip ni, ada berlaku tragedi kat kitaorang..Nanti aku story..




Sepanjang menyelusuri sungai, korang boleh nampak banyak kapal-kapal layar yang parking kat sini..

Gua Kelawar..Aku, mak, Iman & mr hubby tak turun..Aku demam..Mak & Iman tak berani..Mr hubby sakit kaki..Yang turun & masuk dalam gua ni abah, adik aku & wife dia, adik mr hubby & wife dia..


Kolam Ikan...
Korang boleh menjamu selera kat restoran terapung ni dengan pilihan ikan yang segar ada kat situ...Nak pegang2 dengan ikan pun boleh..Macam adik ipar aku, try nak pegang ikan pari tu..


Eagle feeding..Menurut tukang bawa bot tu, helang kat sini dari jenis yang lain dari helang kita tengok kat island hopping...


Gua Buaya..Dipanggil gua buaya sebab bentuk pada gua sebelum kita masuk (di gambar pertama) berbentuk buaya...Kat sini, kita akan masuk dalam gua...


Muka demam...


Walaupun demam tetap nak bergambar, okey...topi tu memang sepanjang trip ni aku pakai sebab rambut serabai..Orang demam la katakan..Memang tak ada mood, weiii...

Okey, tragedi yang aku beritahu tadi..Erm...kisah lepas balik dari trip mangrove tour ni..Masa kat jeti yang berlubang2 tu & sungai kat bawah...Mr hubby terjatuhkan kunci van...Waaaa..Dah la aku demam..tak larat weiii..Masa tu elok pulak air tengah pasang..Nak tak nak bertapa la kitaorang kat jeti tu dekat 2 jam..Tunggu air surut nak ambil kunci van balik...Telefon travel agent kitaorang tu, beritahu pasal kunci van ni terjatuh..Staff yang aku telefon tu kat luar rasanya..Dia nak check dulu nanti..Dalam masa 2 jam tu, bertapa la kitaorang kat situ..Aku dengan demam nya..Tak larat..Aku baring je kat kerusi yang ada kat situ...Lepas 2 jam baru berjaya ambil kunci yang terjatuh tu..Otw nak ke van balik, baru travel agent tadi call nak hantar kunci..ermmm...tak payah ler..udah berjaya ambil kuncinya...

Pukul 5.00 naik flight balik ke KL...Sampai kat rumah, semua demam..aku , mr hubby, abah,  mak & Iman..Amik ko..Penangan Langkawi...


Walaupun trip kali ni demam tapi tetap best sebab cuti-cuti dengan family..
Ikutkan ada game, aku & mr hubby dah plan tapi udah aku demam..cancel game tu...

Okey, habis cerita bersambung trip terapi minda ke Langkawi..

Next..Nanti aku cerita percutian terbaru kitaorang satu family..Kemanakitaney?
 ;)

vacation

Trip Terapi Minda ke Langkawi Part 3

23:02


Aktiviti hari ke-3
Island Hoping (Pulau Dayang Bunting, Pantai Beras Basah & Eagle Feeding)

Aktiviti wajib ni kalau ke Langkawi..Kalau tak buat aktiviti ni, macam tak lengkap pulak rasanya...Kitaorang tak booked awal untuk buat aktiviti ni..Kira macam terjah je..Kebetulan nak jadi cerita, masa nak beli tiket untuk naik kereta kabel ni, ada nampak 2-3 orang budak2 muda tengah promote pakej aktiviti-aktiviti ni..Dapat harga murah..2 aktiviti iaitu Island Hoping + Mangrove Tour, harga pakej RM500..Satu aktiviti RM250..Kira murah tu..Terus tertarik nak beli..Tapi masa budak2 ni promote tak ada terus ambil..Naik kereta kabel dulu..Fikir dulu..Masa turun tu baru booked..Untuk tempahan, cuma bayar yang Mangrove Tour tu je dulu.Untuk Island Hoping, masa hari nak buat aktiviti tu, baru bayar..So Mangrove Tour, mr hubby bayar..Yang island Hoping, adik aku + adik mr hubby kongsi separuh-separuh..

Untuk pakej ni, kitaorang sewa 1 bot..jadi tak perlu nak tunggu orang lain ke apa..waktu & masa pun kita boleh tentukan sendiri..Cuma untuk buat aktiviti ni kitaorang kena pergi sendiri ke tempat-tempat yang ditetapkan.Untuk island hoping, kitaorang perlu tunggu di depan Underwater World Langkawi..dan Mangrove Tour, terus ke jeti The Kilim Karst Geoforest Park.

Hasil perbincangan, hari ke-3 kitaorang pilih untuk buat aktiviti Island Hoping dulu. Dalam pukul 8-9 pagi, kitaorang gerak dari tempat penginapan..Sampai kat Underwater World dalam pukul 9 lebih..Tunggu punya tunggu, dalam sejam juga rasanya..tak nampak  sesiapa pun yang datang ambil kitaorang untuk bawa ke bot kat pantai..Waaa..dah kenapa?Tak nak duit ke travel agen ni..Cuba hantar whatsapp pada travel ejen tu, dia bagi no.contact person untuk trip island hoping ni..Terus call, orang tu suruh tunggu kat depan satu hotel area2 situ juga..pffft...Sangat tidak profesional..Tapi sebab adik aku semangat nak bawa mak & abah aku merasa island hoping ni, gigih juga..Nasib baik masa tunggu kat depan hotel tu sekejap..Sampai je van orang tu, kitaorang follow dari belakang..Dia bawa kat tepi pantai untuk naik bot..Bayaran untuk trip island hoping ni, bayar kat situ juga..Setel part bayaran, dia beritahu bot mana yang kitaorang nak kena naik..

Untuk trip island hoping ni tak banyak gambar sebab aku guna handphone je..

PULAU DAYANG BUNTING


Dalam bot..Mak aku first time naik bot..Boleh bot ni buat lawak di tengah-tengah laut..Cuak mak aku..Aku pun cuak tapi kontrol je..Kang buat takut, lagi mak aku takut..Tanya budak yang bawa bot tu, kenapa berhenti..Dia beritahu enjin tersangkut dengan sampah..lorr..bukan sekali..dua kali...aku dah la tak reti berenang..aku dah fikir ke lain je masa tu...tapi nasib baik tak ada apa2 yang teruk..sikit tu je..enjin bot tersangkut dengan sampah...


Di Pulau Dayang Bunting..Tak mandi pun kat sini..Main di gigi-gigi air je..Tengah2 panas main celup2 kaki kononnya..Panas lit-lit masa ni, weiii...
Nota Kaki - sekarang ada entrance fee nak masuk ke Pulau Dayang Bunting ni.
Bayaran Masuk - RM3.00 / seorang
Toilet - RM1.00 / seorang

PANTAI BERAS BASAH

Wah..seronok je rupa 2 orang ni mandi-manda..padahal masa ni memang panas ya amattt..terik weii..peringatan utk korang, kalau ke sini jangan bawa sebarang makanan seeloknya..haritu kitaorang bawa bekal makanan tapi masa nak makan berperang dengan kera...ni gara2 ada mat dan minah salleh bagi makan kat kera2 tu tapi sikit..tak cukup la kat kera tu..yang mat & minah salleh ni dah cuak sbb kera2 tu mengejar dorang, jadi diaorang datang ke arah kitaorang yang kebetulan tengah makan..apa lagi, kitaorang plak berperang dengan kera2 tu.....jenuh juga la menghalaunya...Lepas kera2 tu masuk balik dalam hutan, adik aku bungkus balik makanan & tutup dengan tuala , tak nak bagi kera-kera tu nampak..Tengok keadaan dah okey, kera2 tu tak kacau kitaorang lagi baru kitaorang mandi kat laut...fuhhh..mencabar...

EAGLE FEEDING

Video masa eagle feeding..Banyak weiii..Meriah dengan helang...

Petang lepas balik dari aktiviti, kitaorang balik ke rumah penginapan..mandi, tukar baju & keluar balik..Nak ke mana kita ney?Masa ni aku dah start demam...Bertabah je berjalan dalam keadaan demam...huhu..sangat tidak best...

IDAMAN SURI

Kat sini tak ada coklat2 yea, korang..Pinggan mangkuk & lain2 macam dalam gambar kat atas ni, banyak...mak aku je beli kat sini..Pemanggang ajaib...Aku?memang tak beli apa la..Demam..Rasa2 ada mood tak nak shopping?Aku bayang katil je...hehe

Malam, kitaorang dinner barbeque..cari barang2 & ber'bbq kat rumah penginapan...Adik ipar aku yang tukang masak nya...

vacation

Trip Terapi Minda ke Langkawi Part 2

22:46



Aktiviti hari ke 2..Kemanakitaney?

Lokasi berikutnya..

Kalau ke Langkawi, wajib menaiki kereta kabel yang terletak di Gunung Mat Chincang ni..Mula beroperasi pada 27 Februari 2005 sebagai tarikan pelancong untuk menikmati pemandangan Langkawi dari puncak gunung dengan ketinggian 713 meter. 

Apa yang best kat sini?Korang boleh mencabar diri untuk menaiki kereta kabel yang akan naik dengan curam untuk sampai ke puncak..wehuuu..mak aku gayat..sepanjang dalam kereta kabel masa naik & turun, mak aku tutup mata dengan topi(macam dalam gambar ni)..hehe..anak buah aku si Iman ni berani...Rileks je dia tengok pemandangan sepanjang perjalanan naik & turun..Naik kereta kabel ni, aku kategori kan cuci mata..Ku lihat hijauuu..Kat KL, kita tengok bangunan2 tinggi je kan..Hah, kat sini tempat untuk relaks kan minda..Tue aku namakan trip ni Terapi Minda ke Langkawi..

Tempat untuk naik kereta kabel ni, ada banyak lagi faktor penarik untuk korang luangkan masa 1 hari..SkyCab (Cable Car), SkyDome, SkyRex, SkyBridge, SkyGlide, 6D Cinemotion, F1 Simulator, 3D Art Gallery, SkyAdenture Park, Time Travel..Kat sini ada ditawarkan kombo pakej yang korang berminat nak explore..

Haritu kitaorang pilih pakej kombo (SkyCab [cable car] + Time Travel + 3D Art Gallery)
Dewasa RM72 & Kanak-kanak RM55 
(harga mungkin berubah dari masa ke semasa)




Lepas turun dari kereta kabel, kitaorang masuk kat sini..Tempat ni sesuai sangat untuk korang yang nak bawa anak2..

TIME TRAVEL

Apa yang best kat sini?

Korang boleh menikmati pemandangan keseluruhan langkawi dengan VR (virtual reality)..
Permainan untuk kanak-kanak & aktiviti yang berkaitan dengan teknologi..





Salah satu aktiviti untuk anak-anak dan kita yang dewasa pun boleh joint juga..

1. Pilih salah satu dari kertas kat situ untuk buat aktiviti mewarna
2. Dah pilih, apa lagi..mula la mewarna
3. Siap mewarna
4. Imbas hasil contengan warna kita tadi
5. Proses imbasan bermula
6. Siap proses imbasan, korang tunggu hasil kreativiti korang akan muncul di skrin tu..

Selain dari aktiviti mewarna ni, ada juga aktiviti lain yang sesuai untuk kanak-kanak ataupun dewasa..Aku pun ada cuba satu mainan tu..hehe...Senang je...

Ni antara game lain kat Time Travel yang wajib dicuba oleh anak-anak..Best...Sebelum Iman main, aku main dulu..hehe




Muzium 3D gallery


Kat sini, apa lagi aktiviti yang wajib..bergambar la uolls..Aku yang pegang kamera..Jadi gambar aku tak banyak..ada la terselit sikit..Memasing kan main..posing..Kat dalam muzium ni ada 3 bahagian (atau tingkat)..Kitaorang gigih bergambar masa kat tingkat pertama je..masuk tingkat ke-2 & ke-3 dah tak larat..laporrrr..Korang kalau merancang ke sini, makan dulu tau...

Destinasi berikutnya..Mercu tanda Langkawi..Tak sah kalau tak ke sini untuk bergambar dengan replika burung helang tu..

Dataran Lang


Masa kitaorang ke sini, dah nak Maghrib jadi suasana tu macam redup2 gitu...

Makan Malam 


Untuk korang yang nak mencari tempat makan di Langkawi, boleh cuba kat sini..Mengadap laut..Suasana ala-ala romantik...

Total (RM) makan kat sini untuk 8 orang 
RM176.70