Selepas Tempoh Berkurung

15:13

Welcome back fieza..Lepas dua minggu menyepi..Seminggu haritu pi cuti2 Malaysia..Kan main seronok lagi bercuti sampai demam hari ke-3 kat Langkawi..Yup, aku & family ke Langkawi..Best memang best..Trip kali ni bawa mak, abah naik kapal terobang..Sebab diaorang tak pernah naik..Adik aku & wife dia pun sama gak..Jadi saja bagi pengalaman kat diaorang..Tapi yang tak best hari ke-3 kat sana, balik dari aktiviti Island Hoping aku diserang DEMAM..ohmaiii..tak bestnya..terus feeling nak jenjalan down..Duk fikir bila nak balik rumah je..Masa hari ke-4 tu pulak mr hubby dah bayar untuk Mangrove Trip..adoiii, tak larat rasanya nak berjalan dengan keadaan diri tak sihat..Serius weiii..Dengan kepala rasa pening2..Badan sakit2 sebab demam..Memang tak seronok nak explore..Tapi sebab dah bayar, redah je la..Aktiviti ni pagi..Petang flight balik ke KL..Legaaa..
Okey, nanti aku story pasal percutian kat Langkawi ni yea..Ni pun nasib baik mood aku dah kembali okey..Haritu lepas balik dari Langkawi, habis satu rumah demam..Start dari aku ler...Jangkit kat mak, abah, mr hubby & penutup Iman..Amik ko..penangan angin Langkawi..Adik aku, wife dia, adik mr hubby & wife dia alhamdulillah tak berjangkit demam aku...

Minggu lepas aku dah start keja tapiii mood ke laut weiii..nak buka blog pun malaih ya amat..memang tak update apa pun..Tak de mood..Lepas tu, habit minggu lepas petang time2 lepas lunch aku boleh terlelap depan pc..Adoi, teruk betul penangan demam kali ni..Minggu lepas badan memang rasa dah okey tapi macam malas gilerrr..Balik keja, dalam keta aku tidur..Dia punya tak larat macam orang mengandung ke apa...

Hari ni buka blog..tengok kat dashboard blogger, terkejut tengok pv untuk entry terkini..mak aih, banyaknyaa..Mungkin untuk blogger top, ala sikit je ni..tapi untuk blogger picisan macam aku ni, satu pencapaian yang agak membanggakan weiii..alhamdulillah..walaupun minggu lepas aku langsung tak up entry apa2, ada juga yang sudi singgah...
Mekasih la korang..Sudi menyinggah ke sini...




Satu pencapaian yang membanggakan untuk aku ni..Terkejut tengok mencecah 4 digit..selalu 2 digit je...

You Might Also Like

0 Comment