AFB Feeds

Dapur FiezaSani ~ Percubaan Pertama Buat Begedil

10:00

Haritu mr hubby request buat bergedil ni...Ahkak macam pening kejap dengar sebab tak pernah aku try lagi masak bergedil ni walaupun aku sendiri penggemar bergedil..


Try tanya dengan adik sepupu aku sebab dia pandai masak dari aku..Lagipun dia surirumah jadi selalu masak kalau nak dibandingkan dengan aku...Dapat resipi dari adik sepupu aku..Apa lagi mencari la bahan-bahan..Senang je bahan-bahan dia..Ubi Kentang, Daging/Ayam Kisar, Daun Sup, Daun Bawang, Cili Padi, Bawang Merah, Bawang Putih, Lada Hitam & Telur..Senang kan..hmmm..senang cari bahan je weiii..Nak buat dia agak mencabar juga..Terutama untuk yang pertama kali macam aku ni, hah...

Mula-mula rebus ubi kentang sampai empuk..Lepas tu kena lenyek..Dah siap lenyek semua tu, baru letak bahan-bahan lain..Gaul sampai sebati..Tapi yang aku punya ni, masa gaul tu pun rasa macam lembik2..alaaa..Macam tak jadi je..Lepas dah gaul sampai sebati..Mak aku suruh biar dulu sampai petang masa nak goreng..Dengan harapan, adunan tu macam keras sikit..tapiii harapan je la yeak..Tetap lembik2 gitu..Tak pe, dah alang-alang buat..teruskan jugak..Buat bulat2 & masa nak goreng, celur dengan telur dulu..Siap..Masuk dalam kuali..Goreng..Masa goreng ni, minyak dah berbuih2..Adehh..Dah la guna minyak peket RM2.50 tu je..Aku dengar macam-macam pasal minyak ni..Sekali depan mata, minyak berbuih-buih masa goreng..Give up weiii..Bila nak balik-balikkan begedil ni, ada yang elok lagi bentuk..ada yang dah terburai..Aku tak nampak nak balikkan begedilnya..Buih2 penuh satu kuali..Macam agak2 je..Jadi rumusannya ada yang jadi, ada yang tak percubaan begedil aku ni...Tak pe, nanti kalau ada mood aku try lagi buat..Mak aku bagi semangat..Suruh cuba sampai berjaya..Baiklah..Nanti cari mood dulu..Oo..yang pasal minyak tu berbuih-buih masa goreng, aku post gambar atas ni kat ig..Aku rasa mak saudara aku yang komen sebab gambar profile & gambar post kat ig tu tak ada..Tapi username tu rasa2 macam mak saudara aku punya..So kata mak saudara aku, bukan sebab minyak murah yang jadi buih2 tu..Sebab telurr...
Ooo..kisahnya..Mana nak tau..Ingat pasal minyak..Dah la kita mampu beli minyak peket RM2.50 je..Lepas tu macam2 cerita plak dengar pasal minyak ni..Jadi bila berlaku situasi macam ni, terus tuduh sebab guna minyak murah..haha...

You Might Also Like

2 comments

Flickr Images

ShopLink Asia

HAK MILIK

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam blog ini, sila hubungi penulis di fieza_amy81@yahoo.com


[PENAFIAN] Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini dan untuk rujukan kepada pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.