Jalan-Jalan Cari Makan

Buy 1 Free 1 Di Kenny Rogers

08:30

Dating berdua kat kenny rogers...Kisahnya kitaorang nak beli barang2 untuk cuti2 minggu ni..Tu yang nak mencari barang2 makanan, perubatan & penjagaan diri..Masa nak shopping tu, kebetulan kitaorang memang tak makan tengahari lagi..Jadi harap maklum je la, laporrr..Perut duk bergendang je..Kitaorang shopping  ni kat IOI Mall Puchong..Cadangnya nak ke TESCO je..Sekali mr hubby ralit sembang dengan Mak Chek dia sambil drive..Eh!!!pakai speaker, yea korang..Kak Fiezz yang pegang handphone..Dalam duk sembang tu, laju mr hubby masuk ke IOI ni..Kak fiezz okey je..Tapi apa2 masuk dalam mall cari tempat makan dulu..Lalu depan Kenny Rogers ni, nampak pekerja2 dia tengah promote set BUY 1 FREE 1 ni..Terus sangkut kat Kenny Rogers..


Ni la menu kitaorang order haritu..Cuma tambah Mashed Potato & Air - Ice Lemon Tea / Strawberry..Dalam set ni, kitaorang dapat ayam, nasi, sayur yang macam KFC tu, baked beans..Kenyanggg..Tapi yang tak best sebab perut kak fiezz dah masuk angin lambat makan..Lepas makan ni, terus temujanji dengan Mr.T..Adehh..baru isi..dah keluar..haha...

Jumlah kekenyangan di Kenny Rogers

Buy 1 Free 1 Set - RM22.90 
Mashed Potato - RM8.50
Ice Lemon Tea - RM6.90
Strawberry - RM6.90
  
Total - RM45.20

contest

Serum No.1 Di Malaysia Menggunakan Semburan Iaitu Rose Face Serum ZEETA

08:30

ROSE FACE SERUM ZEETA

Korang..Haritu kan kak fiezz mencari serum kan..tapi lain yang kak fiezz sangkut sebab tak tahu nak pilih serum yang macamana..Banyak sangat serum sekarang ni sampai pening nak pilih..Kak fiezz ni kalau boleh nak cari serum yang organik..Bukan apa, menda kita nak tepek kat muka..Jadi kena pilih yang selamat & tak was-was kandungan dia..Kak fiezz baru terjumpa satu serum ni..Kak fiezz rasa, macam best nak cuba sebab kandungan dia organik..Okey, sangat menepati ciri-ciri yang kak fiezz suka ni..Maklum la kak fiezz kan suka guna produk yang berasaskan organik..Jadi bila tahu produk ni mengandungi bahan yang organik, terus jatuh cinta...Eh!!Korang nak tau tak serum apa yang kak fiezz duk membebel ni?Okey, jom perkenalkan korang dengan ROSE FACE SERUM ZEETA (boleh rujuk gambar macamana ke rupa serum ni)..Terus rasa nak cari ROSE FACE  SERUM ZEETA ni tapi produk yang kak fiezz guna ada lagi..Lambat pulak habisnya..hehe..Tak pe nanti dah habis produk yang kak fiezz guna ni..Boleh tukar kepada ROSE FACE SERUM ZEETA ni pulak..Apa fungsi ROSE FACE SERUM ZEETA ni?Korang ada masalah jeragat, jerawat, bekas jerawat?Nak tahu cara hilangkan jeragat paling berkesan, cara hilangkan bekas jerawat cepat dan selamat serta bagaimana nak hilangkan parut jerawat..Okey kalau semua jawapan korang adalah 'YA..Korang wajib menggunakan ROSE  FACE SERUM ZEETA ni..sebab ROSE FACE SERUM ZEETA ni adalah penyelesaian kepada soalan korang di atas..ROSE FACE SERUM ZEETA dikenali sebagai produk terbaik untuk hilangkan jeragat 2017 dan produk terbaik untuk hilangkan parut jerawat 2017..Apa yang menariknya, ROSE FACE SERUM ZEETA ni serum No.1 di Malaysia menggunakan kaedah semburan untuk menghilangkan jeragat & parut jerawat sepantas 14 hari serta ia tidak melekit & sejuk bila disembur pada muka kita..Kandungan ROSE SERUM ZEETA adalah 100% bunga Rose Organik dan Rose Merah..

Menarik kan Rose Face Serum Zeeta ni..Organik dan boleh selesaikan masalah jeragat, jerawat serta parut jerawat..Ni antara masalah yang biasa kita alami..Sebab lambakan produk yang ada dipasaran, buat kita was-was nak guna sebarangan serum kerana risau pada kesan sampingan pada masa akan datang..Tapi dengan adanya Rose Face Serum Zeeta ni, korang tak perlu was-was lagi..Dijamin selamat & diakui HALAL..


www.fiezasani.xyz=

APA KELEBIHAN ROSE FACE  SERUM (RFS)

• Mengandungi Vitamin E,Vitamin C, Omega 3 dan Omega 6 yang sangat penting untuk melindungi kulit dari kesan panas cahaya matahari.
• Semburan yang halus untuk serapan maksimun,menyamai teknologi nano.
• Vitamin E 30,000 iu
• Serum semburan NO.1 tidak meleleh dan tidak melekit.
• Parut jeragat hilang seawal 7 hari

4 Nutrisi Hebat Dalam RFS

Vitamin E

– utk menghalang radikal bebas dari udara yang di kenali sebagai anti oxidant. Ni yg sebab kan proses penuaan pd kulit. Bila kita boleh halang radikal bebas dari kulit, kita boleh mengurangkan kedutan dari berlaku dgn cepat dan menjaga sel kulit muka muda.

– perbandingan, ada beza baju yg kita sidai kat tempat teduh dan baju kita sidai kat panas matahari. Warna baju pudar nampak macam baju dah lama…padahal baju baru..

– kulit kita selalu hasilkan sel kulit baru, kalau jaga dan dilindungi, maknanya kita jaga kemudaan sel kulit muda tu supaya slow sikit “lusuh” nya.


Vitamin C:
Seperti vitamin E, kaya dgn antioxidant, manakala vitamin c memainkan peranan untuk mengaktifkan sel muka bagi menghasilkan kolagen, molekul penting utk kulit yg sihat. Vitamin c ni samada yg kita makan atau kita sapu kat kulit mmg akan merangsang kulit menghasilkan collagen.Yg kedua, vitamin c ni penting sebab dia yg akan merawat ultraviolet (uv). UV ni yg akan rosakkan kulit muka, nama dia photodamage.Org dok makan collagen kan.Cara yg lebih baik ialah kita ambik vitamin c, dan sapu vitamin c pd kulit. Biar kulit secara natural hasilkan collagen tu.
Omega 3 (makan dan sapu)
Kulit memang perlukan fatty acid macam omega 3 utk kekalkan kelembapan, normalkan pengeluaran minyak dan utk maintain kulit nya elasticity.
Sama macam vit c, dia penting utk lindungi kulit dari photodamahe dan kesan sunburn. Kesan sunburn ni dipanggil “inflammatory skin response”. Lebih kurang macam kesan kulit macam kena minyak panas tu…
Omega 3 dalam minyak ikan yg kita makan, akan pergi ke liver, di proses dan akan ke kulit utk fungsi yg sama. Omega 3 yg kita sapu kat kulit akan pergi ke kulit dgn lebih cepat.
Omega 6
Omega 6 ni kaya dengan linoleic acid, dia ringan dan nipis rasa minyaknya. Peranan dia utk menyuburkan kulit dan kurang berminyak. Omega 6 ni tujuannya utk mengekalkan fungsi kulit sebagai pelindung muka kita dan mengurangkan sel kulit dari mengelupas.Org yg ada masalah jerawat dia kurang linoleic acid, tu yg menyebabkan kurang keupayaan “melindungi” dan kulit jadi senang di serang bahaya dari uv dan toxic udara.

Oleh tu, ROSE FACE SERUM ZEETA telah di formula untuk ada 4 benda ni, bila spray saja ROSE FACE SERUM ZEETA kita menggunakan teknologi sama dengan nano, hasil semburan tak akan meleleh, elok terletak kat muka dan perlahan meresap ke dalam kulit. Hasil teknologi ini juga memberikan kesan positif kepada kulit muka dengan selamat dan cepat.

Harga - RM50/1 botol belum termasuk postage. 
Tempoh ketahanan - Lebih dari 2 bulan bergantung pada kekerapan penggunaan.
Halal - Telah diakui oleh JAKIM & Kementerian Kesihatan Malaysia


Testimoni ROSE FACE SERUM ZEETA


Untuk info lanjut mengenai ROSE FACE SERUM ZEETA, korang boleh rujuk di bawah.

Media Sosial ROSE FACE SERUM ZEETA


Facebook page: ZEETA PAKAR MAWAR

Instagram: @zeetaofficial

Whatsapp untuk order: 019-2209069
Website: www.zeeta.com.my

Khas untuk blogger..Jom joint contest yang dianjurkan oleh Zeeta ni..

Klik pada banner di atas..

Shopping

Agak Complicated Nak Isi Form Online Watson

08:30

Baru ni,kan kak fiezz tolong sorang member..Dia baru joint member Watson jadi kena aktivate kad dalam website watson..Kawan kak fiezz minta bantuan kak fiezz sebab dia tak berapa pandai sangat menda2 macamni..Kak fiezz pun okey je..Tapiii rupanya tak semudah yang disangka uolls nak register dalam website Watson ni..Banyak benor kiranya (bak kata orang perak)..Dah isi form online dalam website tu tapi asyik salah katanya..Bukan sekali, bukan dua kali..Kak fiezz rasa lebih 10x isi, tetap tak berjaya..Ingat internet kat ofis problem sebab asyik salah & error je..Try isi kat rumah..Pun sama jugakkk..Wahhh..Agak stress kejap disitu..So rumusannya baru ni kak fiezz cuba lagi sekali kat ofis..Kalau tak berjaya jugak, kak fiezz nak call direct je kat customer service Watson...Sebab bila kak fiezz isi & salah banyak kali..Terus kena block kad ni..pfffft..apa susah benor nak ngisi form Watson ni..Siap kak fiezz update status kat FB la..Sebab menyampah sangat asyik failed je...Dari komen kat status yang kak fiezz tulis di fb tu, ada yang share penah alami situasi sama macam kak fiezz ni..Dia ada bagi tips untuk daftar secara online di website Watson ni..Dan kak fiezz cuba..Tetap sama..That's it...Cubaan demi cubaan yang asyik gagal + kad pun dah kena block terus kak fiezz contact customer service Watson je..Dalam masa berapa minit je, terus berjaya aktivate kad watson member ni..Legaaa weiii..Setel...Sebab dah dekat 2 minggu rasanya member bagi kad dia ni..Kak fiezz takut terhilangkan..Maklum la pelupa...haha..So bila setel tu, legaaa...Bagi kad balik pada member ni...


Haih..memacam Watson ni..Kak fiezz ada jugak kad watson tapi yang lama punya..Seingat kak fiezz masa jadi member Watson dulu, tak ada kena aktivate bagai dalam website dia..Nak tahu point ke apa, pihak Watson akan bagi e-mail je...Tak tahu kad tu masih boleh guna ke tak sebab kak fiezz pun jarang shopping kat Watson..Dulu sebelum kahwin, memang tempat shopping kak fiezz Watson ni..Waahhh..kemain shopping kat Watson..haha..Dulu la..Sekarang..kat mana beli barang dapur, situ la beli barang2 personal kak fiezz..haha...Tapi kadang2 kalau nampak Watson ni, mmg rasa nak menyinggah je..sebab selalu ada diskaunn...

LifeStyle

Tukar Duit Di Money Changer Mid Valley

09:00

Alaa..seriusnya muka uncle kat duit ni..tak mo la serius2..eh!!duit negara manakah ni?sapa yang pertama teka dengan betul, kak fiezz bagi cenderahati dari negara yang kak fiezz & family nak pi melancong ni..Okey, setel part tukar duit..Fuhhh jenuh tunggu nilai duit rendah..Semalam mr hubby dapat beli duit kat bawah tu dengan nilai yang agak rendah..Okey la kan..Nak tunggu lagi rendah, nilainya tak berapa stabil..Kejap naik, kejap turun..Jadi ni dah dapat murah, kira okey la..Nak tunggu lagi murah, minggu depan cuti2 kitaorang start...Kang kelam kabut nak tukar duit bagai..Ooo, tukar duit ni, mr hubby pi ke Mid Valley..Tempat kitaorang selalu tukar duit kalau nak cuti-cuti keluar negara..Sebab kat Mid Valley ada 2-3 tempat money changer..Dan kebiasaanya harga untuk beli duit yang kita nak tukar, nilai agak rendah berbanding money changer tempat lain...

Tazabarrr nak cuti2...excited harus laaa...cuti2 kan..sapa tak suka..Yalah kita asyik kerja je..nak juga release tension, jadi kita pilih melancong..Nak cuti2 tak semestinya keluar negara..Dalam Malaysia pun boleh..Banyak tempat2 menarik..Untuk percutian kali ni, kak fiezz bercuti keluar negara..Alhamdulillah ada rezeki lebih, boleh la melancong keluar negara..Kalau fulus tak baper nak mandang (bak kata orang perak), kita cuti2 dalam Malaysia je...Nanti kak fiezz share gambar2 percutian kak fiezz & family mertua..Nak tengok update paling cepat, harus la IG & FB kak fiezz..Jadi sila la follow IG & FB kak fiezz..hehe..kalau nak..tiada paksaan..Saja nak kongsi gambar2...



Update : aduhh..spoiled tau yang budak 3 orang buat onar kat Jepun tu..Adeh..Harap orang Jepun tak pandang sinis pada kitaorang..Seperti pepatah orang kita "kerana nila setitik rosak susu sebelanga"...

advertorial

Kembara Jom Jimat Elektrik Dari SMK Telok Panglima Garang

08:30

TELOK PANGLIMA GARANG, 27 JULAI 2017 – Seramai 26 orang pelajar dan 3 guru pembimbing dari SMK Telok Panglima Garang (SMKTPG), Kuala Langat, Selangor telah berkunjung ke Taman Seri Medan yang terletak di Telok Panglima Garang untuk menjalankan program Kembara Jom Jimat Elektrik sempena pertandingan Toyota Eco Youth (TEY) 2017SMKTPG dipilih mewakili negeri Selangor dalam program tersebut di peringkat kebangsaan. Kumpulan pelajar dari SMKTPG yang dikenali sebagai Team Eco Panglima ini telah menjalankan program Kembara Jom Jimat elektrik selama 3 bulan. 


jimat elektrik, smk telok panglima garang, jom jimat elektrik, toyota eco youth, team eco panglima
Team Eco Panglima bersama guru pembimbing, Pn. Norazimah yang berdiri dua dari kanan


Meningkatkan kesedaran kepada penduduk tentang kepentingan menjimatkan elektrik


Tujuan program Kembara Jom Jimat Elektrik ini adalah untuk meningkatkan kesedaran kepada penduduk Taman Seri Medan tentang kesan penggunaan elektrik yang berlebihan kepada alam sekitar. Kesan penggunaan elektrik yang berlebihan ini membawa kepada pemanasan sejagat. 

Menjadi tanggungjawab Team Eco Panglima untuk memberi kesedaran kepada penduduk setempat akan kesan negatif penggunaan elektrik yang berlebihan ini disamping memberi tips menjadi pengguna yang bijak kepada penduduk Taman Seri Medan. 





jimat elektrik, smk telok panglima garang, jom jimat elektrik, toyota eco youth, team eco panglima
Bersama salah seorang penduduk Taman Seri Medan ketika menjalankan soal selidik

Pn. Norazimah Abd Talib selaku guru pembimbing Team Eco Panglima berkata, "Kami telah menyebarkan risalah tentang penggunaan serta kepentingan penjimatan elektrik kepada para penduduk di Taman Sri Medan tersebut. Disamping itu, kami juga menerangkan cara-cara untuk menjimatkan elektrik, seterusnya mengurangkan kadar bayaran bil elektrik."



jimat elektrik, smk telok panglima garang, jom jimat elektrik, toyota eco youth, team eco panglima
Bunting Kembara Jom Jimat Elektrik di Taman Seri Medan
"Melalui pemerhatian dan maklumat yang kami peroleh ketika pertama kali beramah mesra bersama para penduduk Taman Sri Medan, kadar bayaran bil elektrik mereka mencecah RM200 - RM500. Walau bagaimanapun, kami telah mencadangkan beberapa langkah untuk mengurangkan jumlah bil tersebut. Lawatan kali kedua pada bulan Julai, kami memperoleh keputusan yang agak mengejutkan di mana terdapat penduduk yang berjaya mengurangkan jumlah bil mereka daripada RM500 kepada RM200 ke atas dengan menggunakan langkah-langkah yang dicadangkan oleh kami."

Beliau mengakhiri wawancara dengan berharap agar lebih ramai lagi penduduk dapat mengurangkan kadar bayaran bil elektrik di samping dapat mengurangkan kesan penggunaan elektrik yang berlebihan kepada alam sekitar. 





~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

Nuffnang

Pertama Kali CashOut Dari Nuffnang

08:30


Selepas kak fiezz tengok iklan dari Mr.Nuff dah tak naik lagi kat blog ni, kak fiezz cadang nak keluar RM yang terkumpul dari Nuffnang..Tak ada la banyak..Duk kumpul kat Mr Nuff ni start dari blogging tahun 2012..Masa tu tahu Mr.Nuff je..So sign up dengan Mr Nuff..Dah jadi member Mr.Nuff, tepek la banner iklan kat blog kak fiezz ni..Masa tu tak aktif sangat blog..Update ikut suka je..Tapi ada la juga iklan yang tersangkut Mr.Nuff bagi kat blog kak fiezz ni..Jadi ni la hasil yang cashout selepas 5 tahun..haha..Idok la banyak jumlahnya..Boleh la masuk tabung blogging kak fiezz..So hari Isnin baru ni, kak fiezz terus cashout RM dari situ..Lagipun tengok iklan dari Mr.Nuff pun macam sogan2 nak melekat kat blog ni, jadi kita keluarkan dulu RM yang terkumpul tu..Nanti kak fiezz fikir nak masih setia ke idok dengan Mr.Nuff..Tambah2 dah ada Adsense kan..lagi menarik..USD uu..hehe..Tempoh pembayaran cash out kak fiezz buat di Mr.Nuff akan dapat dalam tempoh 30 hari..Wahhh..Boleh tahan..tak pe, sabar je la menunggu..Tak urgent pun nak guna..Nak masuk tabung je...Lepas cash out tadi, kak fiezz saja update status kat fb..Dari komen2 geng blogger, ramai yang cakap Mr.Nuff tak bagi iklan sekarang ni..Oo, kak fiezz ingat line internet problem sebab bukak blog kak fiezz kat ofis memang tak keluar iklan Mr.Nuff..Try bukak blog kat rumah sebab internet rumah laju..Tengok, samaa jugak..tak keluar pun iklan dari Mr.Nuff..Bila baca komen2 kat status kak fiezz tu, terjawab persoalan..Bukan kak fiezz je yang tak keluar iklan..Ramai lagi seangkatan..bukan tak keluar tapi mr nuff tak bagi iklan..huhu..Apa nak buat..Orang tak nak bagi, takkan nak paksa..Yea tak...So, nak setia ke idok ni dengan Mr.Nuff..ermmm...

Okey, untuk korang yang pertama kali nak cashout kat Mr.Nuff ni, korang boleh klik kat bhg.Earning..nanti korang nampak macam kat bawah ni..


www.fiezasani.xyz

Kalau jumlah untuk cashout dah cukup, nanti korang nampak ada button 'cashout'..Kalau tak ada lagi tu, maksud masih tak cukup la untuk cashout..Jumlah untuk boleh cashout, kalau tak silap atas RM50..Kalau ada je button cashout tu..Klik je..Lepas tu korang boleh nampak jumlah terkumpul jadi RM0.00 semula..Maksudnya proses permohonan untuk cashout tadi suksess..Transaction fee RM1 akan dikenakan..Siap semua, tunggu je payment korang sampai..Tempoh bayaran seperti yang tertera di atas...

Nuffnang

Dapat Offer Job Collaboration Tapiii

08:30

Jumaat baru ni kak fiezz terima satu e-mail untuk job collaboration..Sebagai seorang blogger, dapat e-mail untuk collaboration job ni, mmg paling di tunggu la sebab RM masukk..haha..Masa dapat e-mail tu, kak fiezz google dulu produk ni..Tengok yang keluar gambar minuman keras..adehhh..Check balik e-mail..errr..scroll sampai bawah baru nampak This is an alcohol related campaign, STRICTLY ONLY APPLICABLE TO NON MUSLIMS AGED 21 YEARS AND ABOVE ONLY ..haha..adeh..nampak tak, dasar mata RM sangat...Sebelum kak fiezz nak google produk apa yang ditawarkan untuk review ni, kak fiezz nak isi je borang tu terus..Tapi teringat nak tahu produk apa yang di offer ni..Ingatkan cuka epal..Sekali ko..produk minuman keras..ko rasa..Terus tutup e-mail tu..haha..Takkan la kak fiezz nak review produk minuman keras pulak kat blog ni..Adehhh..Jadi moral of the story untuk kak fiezz, next time dapat e-mail collaboration sila jangan excited benor..Baca e-mail sampai habis dulu..haha

Sebenarnya jarang dapat offer collaboration dari pengiklan ni..Dulu kak fiezz pernah gak tepek banner iklan dari pengiklan ni kat blog tapi iklan dia kejap keluar kat blog, kejap tak..Tak tau la masalah internet ofis kak fiezz ke?Balik rumah, internet memang laju kat rumah kak fiezz tu..Buka blog, tengok tak keluar jugak banner iklan dia..Terus la kak fiezz buang & letak iklan adsense je..Lagipun dengar dari blogger-blogger otai, pengiklan yang offer job minuman keras ni, sekarang dah kurang sikit offer job pada blogger2..Dia pilih blogger yang glams je..Jadi bila kak fiezz yang tak baper nak glams ni dapat offer, tu yang excited terlebih tu..haha..Next time jangan over benor, yeak..Kalau dah rezeki tak ke mana..



review

Serlahkan Sisi Sensual Wanita Dengan Rangkaian Produk Enchanteur Stunning

08:00

Rangkaian Produk Enchanteur

Haritu kalau sesapa nampak status kak fiezz di FB..kak fiezz dapat surprise box dari tak tahu sapa...Masa terima tu, duk ingat ada order apa2 ke?Rasa macam tak ada beli apa pun..Buka packaging plastik tu dengan penuh tanda tanya..cewahhh..Sekali bila buka je, wahhhh..memang surprise sangat ni..Dapat box yang cantik ni bersama rangkaian produk Enchanteur yang terbaru...Patut la wangi..Semerbak bau dia..Stunning sangat..Sesuai dengan nama dia...Jewellery box dia pun cantik..Baldu lagi...Wahhh..memang jadi tempat simpanan brooch kak fiezz la..Eh!!mesti korang nak tau rangkaian produk terbaru dari Enchanteur ni...Okey, jom..Kak fiezz perkenalkan set rangkaian produk Enchanteur stunning ni dan setiap item dalam koleksi terbaru Enchanteur ni...Seperti yang kita semua sedia maklum, wanita & haruman wangian tak dapat dipisahkan..Kalau nak keluar mesti wajib sembur minyak wangi, kan..Jadi dengan rangkaian produk Enchanteur Stunning ni memenuhi kriteria wangian yang wanita suka..Lembut dan sweet gitu...Gabungan haruman Turkish Rose & Magnolia serta kemanisan dari Blackcurrant Bud & Raspberry serta Sandalwood akan buat korang tertawan dengan stunning...Aroma sensual hasil gabungan ini mempunyai tarikan yang tersendiri..Boleh buat setiap wanita yang menggunakan koleksi stunning ni terasa istimewa dan menyerlahkan penampilan serta personalitinya..

Enchanteur

Ada apa dalam rangkaian Stunning Enchanteur ni?

Selain dari Eau de Toilette, variasi Stunning juga datang bersama produk pelengkap melalui rangkaian penjagaan peribadi termasuk losyen, deodoran, dan bedak talkum yang membuatkan kulit lebih lembut menawan sehalus satin dan harum segar sepanjang hari.


Tadaaa..ni la box yang kak fiezz dapat haritu..Surprise sangat uolls...Jom tengok isi dalamnya


Koleksi terbaru Enchanteur Stunning  terdiri daripada rangkaian penjagaan peribadi (losyen, deodoran, dan bedak talkum)

www.fiezasani.xyz
ENCHANTEUR Eau De Toilette 
Boleh didapati pada harga runcit RM28.20 (termasuk 6% GST) bagi setiap botol 50ml

ENCHANTEUR telah membaharui bentuk botol rangkaian EDT. Botol EDT ini berkonsepkan bentuk tubuh seorang wanita memakai gaun berlipat dengan potongan duyung. Manakala variasi warna pada botol adalah berdasarkan wangian flora di dalamnya. Keanggunan botol ini dimahkotakan dengan penutup berbentuk bunga mawar mekar yang menjadi simbolik percintaan yang romantis dan pati bunga yang menjadi esen pelengkap di dalam botol wangian tersebut. Pembungkusan yang menarik ini amat mudah dipegang dan boleh dijadikan hiasan di atas meja rias.

 Deodoran Enchanteur dalam bentuk semburan
Boleh didapati pada harga dari RM4.90 sehingga RM8.40 

 Deodoran Enchanteur dalam bentuk bebola
Boleh didapati pada harga dari RM4.90 sehingga RM8.40 

Losyen Enchanteur Satin Smooth
Boleh didapati dalam pelbagai saiz yang berharga dari RM5.40 hingga RM17.60

Bedak Enchanteur 
Boleh didapati pada harga dari RM4.40 hingga RM11.80

 Semua produk wangian serta penjagaan diri Enchanteur boleh didapati di semua rangkaian pasar raya, pasar raya besar dan farmasi. Untuk maklumat lanjut mengenai ENCHANTEUR, boleh lawati www.enchanteur.com.my atau laman Facebook ENCHANTEUR di www.facebook.com/EnchanteurMY

WorkOut

Senaman Simple Suami Isteri Di Hari Minggu

09:42

Aktiviti baru suami isteri di hari minggu..Baru je start buat minggu lepas..Mr hubby cari workout yang simple oleh Coach Anuar ni kat dalam you tube...So hari sabtu baru ni, mr hubby ajak exercise sesama..Kak Fiezz okey je la...Bukan senang mr hubby nak exercise ni..Lagipun step dia tak susah sangat pun..Senaman simple bagi kak fiezz..Ada 16 pergerakan untuk 8 minit..Fuhhh..nampak je mcm sekejap 8 minit..Lepas siap tu, berpeluh2 weii..Walaupun kak fiezz exercise dibawah kipas..Ooo, kitaorang exercise kat rumah je..Lepas breakfast, rehat jap bagi makanan dah jatuh dalam perut, baru start workout..Kang lepas makan terus lompat bagai, ada gak yang take turn dalam toilet duk uweeek uwekkk..haha...

Kalau korang nak cuba, boleh cari kat dalam you tube..Tajuk senaman ni misi kurus..tapi untuk kak fiezz & mr hubby, lebih kepada untuk stamina..Minggu depan kitaorang nak cuti2..So banyak berjalan kat tempat kitaorang nak pi melancong ni..Jadi nak pastikan stamina okey masa melancong ni..Lagipun untuk kak fiezz, exercise bukan untuk kurus sebab memang dah kurus..Alhamdulillah..Cuma nak bagi peluh keluar..Buang toksin dalam badan melalui berpeluh..Hari kerja, duk dalam air cond je kat pejabat..Langsung tak berpeluh...Jadi sesekali hari cuti, bagi badan bergerak dan keluarkan peluh...Nanti nak cakap kat mr hubby teruskan senaman ni lepas dah balik dari melancong..Buat aktiviti together suami isteri kat rumah..Bak kata seorang yang pernah nasihatkan kak fiezz, nak exercise tak perlu nak keluar dari rumah pun..Dalam rumah pun boleh..Cuma kalau nak release tension boleh la buat senaman kat taman2..Cuci mata tengok kehijauan...

advertorial

Membersih Kenderaan Jadi Lebih Mudah Dengan WD-40

08:51

Tidak kira usia, jenis atau rupa, kenderaan yang bersih dan dijaga rapi akan sentiasa nampak lebih cantik.

Ia juga umpama cermin kepada personaliti pemiliknya, dan disebabkan itu ramai peminat kereta/motor akan menghabiskan ribuan ringgit dan ratusan jam untuk memastikan kenderaan mereka sentiasa bersih dan kemas.

Namun begitu, ramai yang terlupa bahawa Produk Pelbagai-Guna WD-40®  yang ada dirumah itu bukan sahaja boleh digunakan sebagai pelincir, penghalang kelembapan dan bahan anti-karat tetapi ia juga sebenarnya adalah pembersih pelbagai-guna untuk kenderaan anda.

Ramai pengguna WD-40®  yang mengakui sendiri bahawa ia sangat berkesan bagi membersihkan kekotoran-kekotoran degil seperti tar, lumpur dan kesan melekit pada permukaan krom atau bercat tanpa merosakan permukaan tersebut.

www.fiezasani.xyz


Produk Pelbagai-Guna WD-40® juga sangat efektif untuk digunakan pada gril hadapan kenderaan kerana ia mampu membuang kekotoran degil seperti kesan serangga dan sebagainya. Malah, ia juga menghalang kekotoran dari melekat di situ.

Kadang-kadang ada pelekat-pelekat lama pada kenderaan kita yang sudah lusuh dan perlu dibuang tetapi kesan gam pada pelekat itu adalah antara yang paling sukar untuk dihilangkan. Sebenarnya, ia mampu dibuang dengan lebih mudah bila ia disembur dengan Produk Pelbagai-Guna WD-40®.

Satu lagi contoh terbaik ialah kesan gam dari pelekat cukai jalan. Ia mengotorkan cermin hadapan kenderaan dan sukar untuk dihilangkan. Cara paling mudah sebenarnya ialah dengan semburkan WD-40®, gosok dengan kain dan kesan melekit itu akan hilang!



Terpaksa meletakan kenderaan di bawah pokok? Pastinya najis burung dan getah pokok akan mula hinggap di atas bumbung kenderaan dan  memang diketahui ramai kedua elemen itu mampu merosakkan cat kenderaan.

Cara termudah untuk menghilangkannya ialah dengan semburkan WD-40®  dan bilas dengan air sabun. Mudah bukan?


WD-40® bukanlah produk yang hanya boleh digunakan untuk bahagian luaran kenderaan. Ia juga berguna untuk bahagian kabin kereta anda.

Bagi mereka yang berkeluarga, fabrik tempat duduk atau karpet lantai kenderaan yang diconteng dengan krayon anak-anak atau yang dikotori dengan bekas jari dan tangan berminyak mampu dibersihkan dengan WD-40®.

Cuma sembur dan sental beberapa kali dengan kain untuk menghilangkan kekotoran tersebut.

Satu lagi masalah yang memeningkan kepala ialah apabila ada gula-gula getah (chewing gum) yang melekat di karpet kenderaan. Ia melekit dan sukar dihilangkan.

Sebenarnya, Produk Pelbagai-Guna WD-40® boleh menghilangkan kesan gula-gula getah juga. Caranya, semburkan WD-40® dan sental menggunakan kain sebelum dibilas dengan air sabun.

Produk WD-40®  yang sinonim dengan tin biru itu memang praktikal dan anda tidak perlu membazir wang ringgit dengan membeli barangan pembersihan kenderaan yang mahal itu.

Cuma pastikan ada satu tin biru Produk Pelbagai-Guna WD-40® di rumah kerana selain dari membersihkan kenderaan, ia juga mempunyai pelbagai lagi penggunaan lain seperti melincirkan engsel, menghentikan bunyi berkriuk malah ia juga mampu melepaskan nat dan bolt yang melekat kuat!

www.fiezasani.xyz


Untuk mengetahui lagi kenapa peminat kenderaan sangat meminati WD-40® dan kenapa mereka akan pastikan akan ada setin biru produk itu di garaj mereka, layari laman web www.wd40.asia sekarang!

Tentang syarikat WD-40®


Syarikat WD-40®  adalah pembuat produk pelbagai guna yang sangat dipercayai, malah peralatan ini mesti ada dalam toolbox setiap rumah seluruh dunia. Jenama Amerika ini ditubuhkan pada 1953 sebagai anti karat, pelindung anti-hakisan untuk lapisan luar Atlas Missile  (peluru berpandu) dan ia diubah kepada produk penyelesaian yang pantas bagi tujuan membersih dan melindungi, melonggarkan bahagian yang berkarat, menghilangkan kelembapan dan lain-lain.

Produk syarikat WD-40® sentiasa menjadi pilihan mereka yang profesional dalam bidang penyelengaraan dan amatur DIY dalam kerja-kerja mereka seperti perkakasan, industri, automotif , sukan, basikal dan jualan runcit. Hari ini WD-40® boleh diperolehi di seluruh dunia dalam pelbagai saiz dan pelbagai rangkaian produk baru seperti WD-40® Specialist, WD-40® BIKE dan WD-40® Specialist Automotive. Rangkaian produk WD-40® boleh diperolehi di kedai-kedai perkakasan seluruh negara. Untuk maklumat lanjut tentang WD-40® , layari: www.wd40.asia


Maklumat lanjut dan gambar, sila hubungi Chan
GreatWorks Marketing
Mobile +6012 362 7205
Email chan@greatworksmarketing.com

LifeStyle

Terpilih Untuk Bertugas PRU Ke-14

08:30

Minggu lepas kak fiezz hadir ke taklimat untuk jadi petugas pilihanraya yang akan datang ni..eh!!jangan tanya pilihanraya bila tau..Kak fiezz pun tak tahu..masa taklimat haritu, urusetia tak beritahu pun..Yang mana terpilih untuk bertugas ni dipanggil untuk dengar taklimat dan ambil surat jadi petugas pilihanraya..Ni kali kedua kak fiezz bertugas jadi petugas PilihanRaya..Kak Fiezz pernah share kat sini masa 1st time bertugas jadi petugas Pilihanraya yang sebelum ni..Kalau yang sebelum ni, kak fiezz jadi Ketua Tempat Mengundi..Kali ni kak fiezz jadi Kerani Tempat Mengundi/Kerani Mengira Undi je..Tak mo jadi ketua sebab banyak kerja..Jadi kali ni pilih jadi kerani je..Lagi best kak fiezz jadi kerani yang no.3 dalam bilik darjah tu nanti..kerani no.3 koyak kertas undi je..hehe...sonang kan..
Macamana boleh dapat jadi petugas ni?kak fiezz bagi nama kat kawan..dan kebetulan kak fiezz ada pengalaman bertugas sebelum ni, agaknya tu yang boleh dapat rasanya..Untuk bertugas PRU kali ni, kak fiezz dapat kawasan Bangsar...Senang..sebab Bangsar tempat kak fiezz membesar dulu..dari sekolah sampai la kahwin..Agak familiar la jugak kawasan Bangsar ni..Jadi lepas ni kalau ada taklimat petugas pilihanraya lagi sebelum pru sebenar, senang nak attend sebab area Bangsar..Dekat dengan rumah kak fiezz sekarang..


Lokasi taklimat PRU parlimen Lembah Pantai - Pusat Komuniti Bukit Bandaraya


Masa taklimat 


Selamber selfie masa tengah taklimat..hehe..Biasa la dengar taklimat..agak bosan sikit...

Korang dah semak ke tempat mengundi masing2..Jalankan kewajipan pada negara..cewahhh..hehe

review

Jadi Pengguna Yang Bijak Dengan Shopback

08:00

ONLINE SHOPPING

Nak tanya ni, sapa suka online shopping?okey, kita geng..Kak fiezz pun..Kaki online shopping okey..tak boleh la ada RM dalam akaun bank tu, mula la jari2 kak fiezz gatal melayari mana2 website shopping..Paling favourite, harus la si Lazada tu..Tambah pulak semedang Lazada tu bagi diskaun..eh!!alergik tau tengok je tapi tak beli..haha..kang tetiba jari ter'klik add to cart..eh!!shopping tu shopping jugak kan..tapi best kan kalau shopping & dapat balik cash..ada mehhh..jom kak fiezz cerita lebih detail..Kisahnya ada la uolls..Kak fiezz baru tahu sebab terbaca ulasan2 dari blog-blog..Rupanya kat satu website ni ada menawarkan diskaun untuk pembelian di mana2 shopping website yang korang suka terjah..termasuk la favourite kak fiezz Si LAZADA tu..laaa..kalau dah tahu dari dulu, banyak dah cashback dapat, kan..tak pe, tak pe..dah tahu sekarang, apa lagi mulai harini kita dapatkan diskaun kat website ni untuk shopping di mana2 kedai online kegemaran kita sambil dapatkan semula beberapa peratus pulangan wang kita dari hasil pembelian kita..Website apakah yang kak fiezz duk cerita ni?Website ni, hah...

SHOPBACK

Apa menda shopback ni?okey, shopback ni website yang mengumpulkan semua kedai shopping online yang korang suka terjah tu..Apa yang menarik kat sini, shopback selain menawarkan diskaun, shopback juga memberi pulangan beberapa peratus nilai wang tunai dari hasil pembelian korang di kedai shopping online kegemaran melalui shopback ni..tak faham?okey, meh tengok gambar ni..

www.fiezasani.xyz

okey, nampak tak di situ ada Lazada, Zalora, Hermo dan semua yang tersenarai di atas..apa yang korang perlu buat..cuma daftar akaun di shopback ni (free saja) dan setiap kali korang nak online shopping kat mana2 web di atas, korang klik saja di website shopback ni untuk mendapatkan diskaun dan korang boleh gunakan diskaun tersebut untuk membeli-belah di kedai online kegemaran masing-masing..Dari sini korang boleh mendapatkan semula beberapa peratus nilai cashback yang ditawarkan untuk setiap pembelian di kedai online seperti senarai di atas (Lazada, Taobao, Zalora & lain-lain)..Contoh macam Lazada tu..Korang boleh dapat pulangan wang tunai sehingga 11% menggunakan baucer yang ditawarkan di shopback..okey la tu..pulangan wang tunai ni nanti korang boleh kreditkan ke dalam akaun shopback & boleh di tunaikan untuk RM sebenar..menarik tak...Eh!!tak terhad pada website shopping je yea..Korang boleh juga mendapatkan pulangan cashback ni untuk tempahan perjalanan ke luar negara menggunakan Booking.com, Expedia seperti senarai di atas.Korang jangan risau shopback ni sebuah perkhidmatan yang sah yea..Bukan sahaja di Malaysia, Singapura, Filipina dan India, tetapi bakal berkembang ke seluruh Asia..

tak faham juga macamana shopback ni berfungsi..okey sila rujuk gambar di bawah

Korang nak shopping produk k-beauty untuk mendapatkan hermo voucher

Klik pada hermo (dalam senarai di atas)..Korang akan nampak page kat bawah ni...

www.fiezasani.xyz
Sila pilih View More..

www.fiezasani.xyz

Korang boleh pilih deal yang mana berkenan di hati tapi pastikan yang masih ada tulis di situ ongoing..Contoh kalau korang pilih yang pertama tu, klik Get Deal..Dapat pulangan 2% cashback dan ada diskaun di situ..Boleh gunakan kod tu untuk pembelian produk Innisfree..

www.fiezasani.xyz

Lepas korang pilih Get Deal tadi, keluar yang atas ni..Korang cuma klik Continue To Hermo...Kat bawah tu ada tips untuk memastikan korang layak dapatkan pulangan cashback..

www.fiezasani.xyz

Nanti korang akan masuk ke website hermo & korang boleh pilih barang yang korang nak..Macam tadi kita pilih Innisfree Products jadi kita cari produk yang berkaitan..

Pulangan cashback dari setiap pembelian kita akan masuk ke akaun shopback kita dalam masa 48jam..dan boleh di cashout ke mana2 akaun bank kita..yahuuu..

Selain dari senarai kat atas tadi, korang boleh juga dapatkan bag dari BagBeg..Dengan setiap pembelian di website bagbeg ni, korang layak dapat bagbeg promo code..Step pembelian sama juga di atas..

www.fiezasani.xyz

dan untuk peminat2 fesyen terkini, korang boleh dapatkan doublewoot discount dengan pembelian di DoubleWoot..woot woot..

www.fiezasani.xyz
Tak faham juga, nah tengok video ni...



Okey, dah faham tak fungsi shopback ni..Jadi lepas ni nak shopping, sila jadi pengguna yang bijak ;)..Berbelanja dan dapatkan semula cashback dengan shopback...


Facebook : Shopback Malaysia

Instagram : @shopbackmy

LifeStyle

Bila Mak Datang Rumah..

15:42

Minggu lepas mak kak fiezz datang rumah...jadi mak dah datang rumah apa lagi aktiviti memasak le..Sebelum ni mak kak fiezz memang ada share resipi kentang ala wedges macam gambar bawah ni tapi kak fiezz biasa la penyakit M tu tebal benor..haha..So mak kak fiezz datang baru ni, pagi ahad tu dia dah siap2 rebus ubi kentang..kak fiezz kena buat step penyediaan dia je..mak kak fiezz tunjuk..kak fiezz is 'baiklah mak'..nampak tak, macam terpaksa je rupa..haha..apa nak buat anak perempuan dia M lebih sikit..hehe..Ini la menu breakfast kitaorang pagi ahad haritu di suai padan kan dengan badak berendam (gambar yang ke-2 tu)..tak ada la suai pun..mak kak fiezz rajin buat badak berendam pulak..hat ni kak fiezz tak belajar le..tau2 dah siap letak dalam pengukus..tunggu masak je..Bila dah rasa badak berendam ni..eh!!sedap yeak..cehh..pemalas nak buat..makan laju je..haha...Hari ahad tu jugak mak kak fiezz nak balik kampung..sebab datang sehari je..saja datang tengok rumah kat KL yang kak fiezz tinggal sekarang dengan mr hubby..rindu katanya..mak kak fiezz konon saja buat lebih badak berendam ni nak bagi kat adik kak fiezz sorang lagi..dia stay tempat lain..Ikutkan adik kak fiezz dengan wife dia memang cadang nak datang rumah kak fiezz sebab mak ada tapi family mertua dia ada kat rumah jugak..Jadi mak pergi ke rumah adik kak fiezz ni sebab ahad tu mak memang dah nak gerak balik kampung..Tu yang cadangnya mak nak bawak la badak berendam hat buat extra ni..tapiii tak berapa lama lepas mak kak fiezz dah gerak dari rumah..kak fiezz teringat badak berendam ni sebab tak nampak pulak mak pegang bekas makanan masa nak keluar..tengok kat atas dapur..tu diaaa!!elok bertutup badak berendam..laaa..banyak weiii..untuk kak fiezz yang mak buat pun ada lagi..takkan nak buang pulak kan..sayang weiii..apa lagi, terus teringat kat jiran sebelah rumah..kak fiezz salin buat 2 bekas..bagi jiran sorang sebekas kat belah kanan & kiri..setel...

Kentang ala wedges KFC

Badak Berendam..
Yang ni kak fiezz punya mak buat..Untuk adik kak fiezz, mak dah buat 1 lagi bekas...

Laksam

eh..mana datang laksam pulak ni..berbalas makanan di hari ahad ritu..kak fiezz bagi kat 2 orang jiran yang badak berendam tu..Salah seorang jiran ni balas bagi laksam pulak..Allah..rezeki...Sedap uolls..kak fiezz walaupun orang Perak, minat gak masakan pantai timur ni..Boleh lalu la kat tekak kak fiezz..Masa jiran ni nak bagi, dia tanya dulu kak fiezz makan ke laksam..Yelah, kang dia bagi tak makan..berbuang je..membazir pulak..jadi kebetulan kak fiezz hantar badak berendam, tu yang dia tanya sekali..dan kak fiezz makan je laksam..hehe..tak da hal..