AFB Feeds

mr hubby

Kembara Umrah Mr Hubby & Keluarga

22:11

Alhamdulillah..Ahad lepas mr hubby & kaum keluarganya selamat berlepas ke Tanah Suci untuk menunaikan ibadah umrah..Dah sampai rezeki mr hubby menjejakkan kaki ke tanah suci..

Berkumpul & bertolak dari Ipoh sebab travel agent yang mr hubby ikut ni, di Ipoh..Jadi kitaorang hari Jumaat dah bertolak balik ke kampung..Jumaat ptg, gerak dari KL terus ke kampung aku dulu kat Kuala Kangsar..Mr hubby nak jumpa dengan opah aku..Minta maaf..Lepas tu terus tidur kat rumah mak abah aku kat Sg.Siput..Hari sabtu baru ke rumah mama kat Ipoh..
Ahad pagi, pukul 9.45 dah gerak ke Masjid Negeri Ipoh..Berkumpul dan bertolak dari situ sampai KLIA..Ada beberapa orang jemaah umrah yang terus tunggu di KLIA..antaranya adik ipar & biras aku..

Jom nak share sikit aturcara masa hari ahad..

 
Semua jemaah umrah menunaikan Solat Sunat Mussafir sebanyak 2 rakaat sebelum berangkat ke tanah suci..

Selepas solat sunat mussafir, semua jemaah umrah diberi masa 10-15 minit berjumpa dengan ahli keluarga..waaaa..part ni touching uolls..first time aku & mr hubby berjauhan..sebelum ni mana pernah jauh2..
Masa kat rumah lagi, mr hubby minta maaf bagai..aku dah rasa nak nangis..Even masa menaip ni pun...aiyooo..ahkak hati tisu tau..nampak je macam garang..huhu

So ada masa beberapa minit yang ustaz tu bagi, meh la bergambar..buat pengubat rindu..

My bantal peluk...tapi masa kat depan mata, selalu tak peluk pun...bila jauh2 macamni, baru rasa rindu..




Mr hubby, mama, adik mr hubby & mak saudara (pakai tag merah) yang ikut sekali dalam rombongan ni..

Gambar bawah, dari photographer travel agent..Mr hubby bagi melalui WhatsApp..
Selesai sesi perjumpaan dengan keluarga, semua jemaah umrah diminta beratur dan bergerak bersama ke pintu bas..

Masa ni, serius taching sangat..aku mana berdiri dekat dengan mr hubby..Kan dah kata, ahkak hati tisu..aku nampak macam mr hubby duk cari aku..aku ada kat belah belakang..terselit-selit...kecik kan senang nak menyelit..hehe..masa dah naik atas bas tu, lagi la..tahan je air mata jangan bagi jatuh..tu pun ada terlepas sikit2..dah la ahkak mekap haritu..heeee..nasib tak meleleh air mata pakej dengan eyeliner..hihi..

Lepas bas dah gerak..aku, abah & mak otw gi ke rumah opah aku kat Kuala Kangsar, mr hubby WhatsApp..Aik..baru je gerak dah mesej..hehe..mr hubby cakap masa atas bas tu,rasa sayu..aku pun..tue pasal aku malas nak tengok sangat mr hubby kat atas bas..ai is cannot..hati tisu tau..

Bawah ni, gambar masa tengah bersiap kat rumah..

 Kononnya nak lilit shawl keknis..sekali shawl pendek daaa..eh, terus jadik ala-ala je..eh..boleh la..first time lilit shawl sendiri, tau..selalu mesti mintak tolong orang..

 
Selfie sekali..pengubat rindu ni..hehe
Kat bawah ni, gambar-gambar di Airport..adik ipar & biras aku tunggu di KLIA..gambar ni adik ipar aku yang perempuan tu bagi melalui WhatsApp..Siap gi makan kek bagai..kemaheeen..
Mr hubby, biras aku, adik ipar no.4, adik ipar no.5, mama & adik ipar no.3..
 
 Kembara Baitullah..29/5/2016-10/6/2016

Bawah ni gambar hari pertama di Mekah..Trip yang mr hubby joint ni, penerbangan dari Malaysia-Dubai & Dubai-Jeddah..

Sampai je di Mekah, para jemaah terus buat umrah..Ni gambar yang biras aku hantar..Alhamdulillah

affialiate

Tips Menyusu Badan Di Bulan Puasa

08:30

 thebabystore.com.my?tracking=572c225f1f8f5

Nak bulan puasa ni, ibu-ibu yang menyusukan baby sure risau pasal susu merudum..Ada dengar jugak member-member ofis yang tengah menyusukan anak risau susu badan sikit time bulan puasa nanti..Yea la, siang kita berpuasa..malam baru makan..Kalau aku pun, aku risau..Baby kan..Dia mana nak tau bulan puasa ke tak?dia tau, lapar je..susu mesti ada..Ada sorang member ofis aku tu cerita, style dia kalau nak susu badan meriah kena makan & minum banyak..Nanti dah bulan puasa acane pulak..Aku nak bagi pendapat pun, orang tak ada pengalaman lagi..Cuba la korang yang ada masalah macam kawan ofis aku tu tengok tips-tips kat bawah ni..Mana tau boleh cuba..Untuk si manja korang jugak, kan...


1. Cukup rehat


Berasa letih ketika berpuasa itu lumrah, apatah lagi jika si ibu baru saja menyusu. Cuba untuk beristirahat sejenak, dengan tidur atau sekadar relaks menenangkan fikiran. Ibu menyusu perlu tahu, semakin kerap payudara dihisap oleh bayi, maka penghasilan susu akan semakin banyak. Jadi, bila ibu rajin menyusu semasa berpuasa, penghasilan susu ibu akan tetap lancar.

2. Pengambilan air 


Jika mampu, minum air masak 2 liter sehari, ditambah dengan jenis cairan lain seperti jus buah, teh manis suam dan susu. Minum segelas susu setiap sahur boleh mengurangkan ancaman anemia bagi ibu hamil dan menyusu. Anemia adalah berkurangnya kadar hemoglobin (Hb) dalam darah. Berbuka puasa dengan minum minuman suam adalah elok untuk ibu menyusu.

3. Mengepam pada waktu malam


Jika anda tiada masa untuk mengepam pada waktu siang? Lakukan lebih aktiviti mengepam pada waktu malam. 


 thebabystore.com.my?tracking=572c225f1f8f5


4. Jangan stress jika susu kurang


Korang rasa susu badan berkurang? Jangan risau, teruskan mengepam supaya ada "demand and supply". Sentisa berfikiran positif dan jangan stress. Stress boleh kurangkan penghasilan susu ibu.

5. Pengambilan Milk Booster.


Anda boleh cuba menggunakan milk booster seperti Mamom Milk Booster atau Umma Lacto Milk Booster bagi menggalakkan susu badan.

 thebabystore.com.my?tracking=572c225f1f8f5

Mamom Milk Booster
 thebabystore.com.my?tracking=572c225f1f8f5
 thebabystore.com.my?tracking=572c225f1f8f5

Umma Lacto Milk Booster
 thebabystore.com.my?tracking=572c225f1f8f5

6. Elakkan Minuman Bikarbonat dan Minuman Berkafein


Ketahuilah bahawa kandungan gula dan kafein boleh mengganggu penghasilan susu ibu jika diambil berlebihan.

7. Amalkan Madu atau VCO


Korang sangat digalakkan untuk amalkan madu atau VCO setiap hari sepanjang berpuasa kerana ia merupakan sumber tenaga semula jadi. Selain daripada menambah stamina, ia mampu meningkatkan kadar serapan kalsium dalam tubuh. VCO atau Minyak Kelapa Dara seperti D'Aura juga amat sesuai untuk ibu menyusu.

 thebabystore.com.my?tracking=572c225f1f8f5

D'Aura Minyak Kelapa Dara
 thebabystore.com.my?tracking=572c225f1f8f5


8. Jangan Abai Sahur


Jangan meninggalkan waktu bersahur. Makanlah makanan yang kaya dengan protein dan apa sahaja makanan berbentuk sup. Kurangkan pengambilan makanan bergoreng dan berminyak kerana ia boleh mengurangkan nutrisi makanan yang diambil.

9. Banyakkan Buah Dan Sayur


Makanlah buah dan sayur yang ternyata mengandungi banyak khasiat yang bukan sahaja baik untuk tahap kesihatan anda malah bagus untuk bayi juga.


10. Makan Kurma Ketika Berbuka


Berbukalah dengan memakan kurma terlebih dahulu sekurang-kurangnya tiga biji. Amalan sebegini dapat membekalkan tenaga segera selepas berpuasa sepanjang hari.

SELAMAT MENCUBA IBU-IBU 

advertorial

Peluang Untuk Menjadi Pengasas Produk Secara Percuma

10:27

Blog Fieza Sani
PELUANG MENJADI PENGASAS PRODUK PERCUMA

Berlumba-lumba orang sekarang nak jadi pengasas produk sendiri..Nak ikut jejak Dato' Aliff Syukri (Terlajak Laris), Dato' Vida (QuPuteh QuPuteh), SimplySiti (Dato' CT)..Tu antara contoh yang paling famous kat Malaysia ni yang ada produk sendiri..Tapi nak buka perniagaan sendiri, nak cipta produk sendiri..bukan senang-senang gitu je..kena ada ilmu..ada pengetahuan..cukup ilmu di dada, baru la boleh buat produk sendiri, kan..kang tak memasal je kena tipu..lagi parah..modal pun kena ada juga, yea tak?Ni peluang untuk korang yang betul2 berminat & mendapat tajaan sepenuhnya sekira terpilih..Macamana?

Baca kat bawah ni, yea..Semoga membantu impian korang untuk bergelar usahawan kosmetik berjaya..
Pihak MVM (Muslim Volunteer Malaysia) sebuah badan NGO dengan kerjasama MOHA GROUP berbesar hati mengadakan bengkel untuk memulakan bisnes sendiri iaitu MVM Apprentice..Ia adalah satu program amal keusahawanan bagi memupuk minat keusahawanan seterusnya melahirkan usahawan kosmetik yang berjaya pada usia muda..
Apa yang menarik kat bengkel ni, bagi setiap aprentis yang mendaftar & terpilih iaitu memenuhi syarat-syarat, akan mendapat tajaan sepenuhnya dari MOHA Group untuk mengeluarkan produk sendiri..
Sebelum ni syarat yang dikenakan oleh pihak MVM kepada yang berminat agak ketat..Tetapi untuk membantu ramai muda-mudi Malaysia menjana pendapatan sendiri & melahirkan usahawan kosmetik yang berjaya, mereka telah melonggarkan syarat iaitu minimum CGPA 2.5 & berumur 21-28 tahun..


Maklumat lanjut, korang boleh rujuk di bawah :~

Ini peluang korang yang berminat untuk belajar mengenai bisnes, korang boleh hadirkan diri ke "Preview MVM Apprentice yang seterusnya pada 29 Mei 2016..

Khas buat yang masih mencari kerja. Tiba masa untuk korang mempunyai kerjaya, bijak mengurus kewangan dan menjadi pengasas produk sendiri.


MAKLUMAT PROGRAM
» Tempat : EZAZ Wealth Management & Consultancy
» Alamat : No 13B, Tingkat 2, Pusat Perdagangan Suri Puteri,
Persiaran Jubli Perak, Seksyen 20, 40300, Shah Alam, Selangor.

» Tarikh: 29 Mei 2016
» Masa: 9.00 pagi - 3.00 petang
» Peserta: Terhad kepada 100 orang sahaja!
» Pendaftaran: - 019 - 387 4397 / Atiqah

Apprentice yang berjaya, berpeluang untuk mengeluarkan produk mereka sendiri secara PERCUMA melalui bantuan dana dari MOHA GROUP SDN BHD.
SIAPA PERLU HADIR?
» Graduan baru
» Mereka yang sedang memburu kerja
» Mereka yang ingin menjadi pengasas produk
» Mereka yang ingin belajar tentang pengurusan kewangan
» Mereka yang ingin belajar mengenai pemasaran online/offline

BAGAIMANA UNTUK MENDAFTAR SEBAGAI CALON MVM APPRENTICE?

Daftar SEKARANG >> Dengan whatsApp nama penuh ke no 019 – 387 4397 / Atiqah, dan beritahu yang "saya berminat untuk hadir ke "Preview MVM Apprentice pada 29 Mei ini"

Anda juga boleh klik "interested" / "going"di event kami di FB
» https://www.facebook.com/events/759059704231483/

Maklumat lanjut di:
» https://mvm.org.my/preview-mvm-apprentice-2-0/645

Mohon juga bantu untuk hebahkan kepada kawan-kawan korang, terutamanya yang masih mencari peluang pekerjaan atau yang berminat untuk menjadi usahawan.
Blog Fieza Sani
BARISAN 3 PANEL MVM APPRENTICE
YAYA MOHAMAD


Yaya Mohamad merupakan Pengarah Urusan bagi syarikat MOHA Group Sdn. Bhd dan dua syarikat lain iaitu MOHA Trading Sdn. Bhd serta MOHA Biotech Sdn. Bhd. Beliau merupakan usahawan kosmetik yang berjaya dalam usia muda. Usia muda dan kepayahan hidup sebelum ini tidak menghalang beliau untuk terus maju dalam bidang keusahawanan kosmetik. Mempunyai pelbagai produk kecantikan yang hangat dipasaran dan dikenali di serata Malaysia serta dikagumi oleh usahawan yang lain. 


SHIDA MOHAMAD


Shida Mohamad merupakan Pengurus Besar Jamutera Trading Sdn. Bhd. serta pengasas kepada 5 produk kecantikan dan kesihatan khas untuk pasaran online bermula pada awal tahun 2014.

YA MUHAMMAD

Ya Muhammad merupakan seorang usahawan muda dan Presiden kepada Pertubuhan Sukarelawan Muslim  Malaysia (Muslim Volunteer Malaysia Association). Beliau juga aktif memberikan latihan berkaitan pemasaran Online kepada Usahawanan Muda.
 Peserta yang terpilih & memenuhi syarat akan mengikuti bengkel ini selama 2 bulan lebih..

GOOD LUCK pada yang mendaftar & bakal terpilih nanti..

beauty

Merawat Jerawat Yang Teruk

15:34


Reaksi muka kita kalau tengok cermin tetiba ada jerawat yang tak diundang..Tambah pulak jerawat yang setepek keluar kat muka tu jenis bernanah..arghhhh..boleh bikin mood kelaut..terutama kaum perempuan kan..Terus otak ligat pikir nak pakai krim apa untuk hilangkan jerawat tu..mula la gigih mencari info2 dari internet..

Google punya google, lagi bertambah pening ada..banyak kot lambakan produk untuk jerawat..antara sesuai dengan tak je dengan kita..nak cari produk pun tak boleh sembarangan..kena tengok dari semua sudut..kandungan bahan yang digunakan, ada kesan sampingan ke tak??

Meh nak share satu produk untuk jerawat dengan korang..bukan setakat jerawat tapi juga untuk masalah JERAGAT, PARUT JERAWAT, WHITEHEAD/BLACKHEAD, EXZEMA, GATAL, KURAP & PANAU

Sabun Nurraysa Collagen..

Boleh hubungi no. yang tertera kat pamplet tu..

Kandungannya terdiri daripada Glycerin, Extra Virgin Olive Oil, Selected Herbs, Goat Milk, Collagen (sourced by seaweed)...


Testimoni yang aku kongsi kat bawah ni adalah adik sepupu aku..


Kenapa aku tak guna sendiri???

Aku tak ada masalah jerawat yang teruk..Setakat ni alhamdulillah, kalau jerawat pun masih dalam kategori boleh dikawal..kalau ada naik pun jerawat hat besar sikit, bila mai KAWAN BAIK kaum perempuan tu je..Jadi aku rasa tak adil untuk aku cerita keberkesanan sabun ni pada aku..Baik aku bagi pada orang yang betul bermasalah..Kebetulan adik sepupu aku mengalami masalah jerawat bernanah akibat salah guna produk..

Sebelum aku kongsi testimoni adik sepupu aku guna sabun ni..Jom la baca apa fungsi2 sabun ni..

Fungsi Sabun Nurraysa Collagen
  • Merawat jerawat
  • Merawat jeragat
  • Merawat kulit berminyak
  • Memudarkan parut
  • Mengecilkan liang pori pada wajah
  • Mencerahkan kulit wajah
  • Membuang sel-sel kulit mati
  • Melembapkan kulit muka
  • Memperbaiki struktur kulit muka dari dalaman
  • Mengurangkan whitehead & blackhead
  • Merawat eczema, gatal , kurap dan panau
  • Menghilang bau badan
  • Sesuai untuk lelaki ,wanita dan kanak-kanak

Ni la rupa kotak sabun ni..kecik je..sweet gitu..pink & putih..ada bentuk ala-ala love gitu kat depan dia..

 

Untuk penjimatan sabun ni, sepupu aku potong kecik2..Bagi setiap potongan kecik tu dia guna dari muka sampai ke kaki..Kata dia strectchmark pun dah kurang..

Ni testimoni sepupu aku sendiri..Hasil penggunaan selama seminggu..
 
 
Gambar atas, jerawat naik sebab salah guna produk..Haritu mak saudara aku pun cakap, muka sepupu aku ni teruk sekarang..Gambar bawah, selepas seminggu guna..Jerawat yang merah2 tu dah surut..tinggal jerawat kecik2..dalam proses nak surut..
Bahagian pipi..Gambar sebelum, ada kesan parut jerawat & jerawat..Selepas beberapa hari gunakan sabun ni, parut jerawat dah mulai hilang melalui proses pengelupasan..Selain tu, whitehead yang selalu ada kat celah2 hidung & blackhead yang jenis kalau picit keluar hitam2 tu..sepupu aku cakap, sekarang dah tak ada..

Alhamdulillah..lega dengar..Seronok tolong orang yang bermasalah..Insyallah, sepupu aku akan konsisten guna sabun ni..Kebetulan ada promosi pulak sekarang..aku rasa berbaloi-baloi kalau beli buat stok..Harga asal, boleh tahan..

Adik sepupu aku beritahu sebelum aku bagi sabun ni kat dia, ada kawan dia jual produk nurraysa ni jugak tapi kurang sambutan sebab harga dia yang agak mahal..Jadi korang pengguna2 tegar Nurraysa atau baru-baru nak mencuba, boleh la beli banyak2 sementara promosi masih ada..

Kat bawah ni antara testimoni yang menggunakan sabun ni untuk pelbagai masalah selain dari jerawat..Boleh digunakan samaada lelaki, wanita mahupun kanak-kanak..
 

TESTIMONI SABUN NURRAYSA COLLAGEN
 
Untuk maklumat lanjut & promosi, boleh la klik link kat bawah ni..

FB ~ SUZIE GOLD 

LifeStyle

Jangan Goyang Kaki Sangat Laaa

16:00

Entry ni cuma sekadar pandangan aku je, tau..Jangan la ada yang terasa ke apa..Sekadar pandangan & pendapat serta cadangan aku je untuk kita kaum hawa yang lemah ni..

Ramai kot antara kita yang bangga kan kalau dapat pasangan anggota keselamatan..kalau dulu kat kampung2..dengar je anak dara si polan tu kahwin dengan anggota keselamatan..bukan mahennn..kembang kempis hidung mak pak..haha..agaknya la..Eh..dulu sebelum aku kahwin, aku dah aim nak yang kerja anggota keselamatan..hah..jangan tak tau..tapi lepas dah rasa sendiri pengalaman aku bercinta dengan anggota keselamatan ni macamana..hmmmm..terus tak pandang dah anggota keselamatan..tak kose, aku..makan hati, beb..nak putus pun tak berani nak cakap depan2..main lari2..dah kenapa?tapi nasib la aku ni jenis reti bahasa..orang dah mengelak-elak tak nak jumpa..call pun tak nak jawab, sendiri dah faham..terus undur diri..
 
 Nak cerita sikit pengalaman kawan baik aku sendiri yang berkahwin dengan anggota keselamatan..Rumahtangga yang diharap panas ke petang, rupanya hujan di tengahari..hmm..aku rasa lega jugak dia bercerai..bukan la maksud aku suka pulak dia bercerai tapi kalau kahwin pun dah hidup sengsara, buat apa..Masa tempoh perkahwinan kawan aku ni dengan bekas suami dia tu..selalu dia mengadu macam-macam kat aku..paling tak boleh tahan dia kena pukul..dah la kena kontrol..hmmm..aku rasa sekarang ni self-confidence kawan aku ni dah down..aku ada jugak nasihat dia cari kerja..tapi macam dia tak yakin..sebab dia cakap lepas kahwin, terus berhenti kerja..jadi mungkin dia kekok nak bekerja..anak dia yang sulung pun dah nak masuk sekolah menengah..jadi korang boleh kira sendiri berapa tahun dia tak kerja..aku malas nak cerita detail pasal rumahtangga kawan aku ni..tak baik, bukak aib orang..cuma nak nasihat pada adik-adik terutama yang perempuan, jangan bangga sangat dapat pasangan yang beruniform..dah macam-macam aku dengar..kena pukul..suami kawen lain..ada skandal..eh..macam-macam la...tak semua..tapi macam aku cakap tadi, hati-hati..aku tak cakap la yea beruniform ni suka buat hal..yang tak beruniform pun ada je buat hal..cuma kadang tu ada yang taksub sangat bakal pasangannya seorang anggota keselamatan..haih..dah kenapa?oo yea la, mungkin sebab kerja tetap..kerja kerajaan..kahwin je, terus duduk quarters..tak payah pening-pening nak cari rumah sewa..alhamdulillah, kalau yang mana bertemu jodoh dengan anggota keselamatan..dah jodoh korang..masa depan terjamin..tapiiii beringat la yea..jangan goyang kaki sangatttt..ambil iktibar dari kisah yang aku cerita kat atas ni..tak kisah la..kalau pasangan tu bukan kerja anggota keselamatan pun..sebagai perempuan, kita kena pandai juga berdikari..kalau susah sangat nak cari kerja..boleh la berjinak-jinak belajar kemahiran ke..boleh mulakan bisnes kecil-kecilan..sebagai back up di kemudian hari..mana nak tau pasangan yang kita cintai tu tetiba dia berubah hati.. 

reward blogging

Rezeki DiKongsi Bersama

12:12


Alhamdulillah..rezeki blogging lagi..Dapat baucer dari Zalora..
Untuk blogger picisan & kecilan macam aku ni, dapat baucer pun dah syukur..Ada blogger boleh buat duit dari blog..tapi aku rasa tahap aku untuk dapat RM tu, jauh lagiiiiiii..Follower pun tak ramai..Rasa ada ke orang nak bayar..haha..

Dapat baucer pun baucer laaa..rezeki jugakk kan..

Rezeki baucer Zalora kali ni kongsi bersama mr hubby & mak..
Untuk mr hubby, belikan wallet sebab hat yang sebelum ni, dah teruk benor aku tengok..
Untuk mak, belikan instant shawl..Sarung je..Siap!!Mak pun nak bergaya jugak..Kalau nak lilit sendiri, memang tak de la rajin, mak aku nak melilit tu..Jadi mudahkan kerja mak, beli yang dah siap punya je..setel
 Aku punya..aku beli shawl yang warna dark blue/hitam tu..Shawl aku tu kena lilit sendiri..Aku tengah nak belajar2 melilit shawl..Gigih follow ig yang ada ajar tutorial pakai shawl..Dah tengok dah..cuma tak praktikkan je lagi..
 
Blog Fieza Sani  

Wallet untuk mr hubby & Instant Shawl untuk mak..aloo..sweet sangat mak aku pakai..hehe..

review

Jatuh Cinta Dengan Magic Jelly Lovera

21:42

Ingat tak entry aku pasal Magic Jelly Lovera (MJL) kat SINI..Jom nak kongsi dengan korang testimoni aku sendiri lepas gunakan MJL ni hampir 2 bulan..

Macamana hasil dia?

Jujur aku cakap, aku jatuh cinta dengan MJL ni..Memang terbukti berkesan..MJL ni boleh dikategorikan untuk pelbagai fungsi..Korang boleh rujuk entry aku yang lepas, fungsi dia..Entry ni aku nak cerita keberkesanan produk ni untuk aku..Bukan sebab aku dapat produk ni PERCUMA jadi aku puji melambung-lambung, yea..ni testimoni ikhlas dari pengalaman aku sendiri menggunakan MJL ni..

First, kalau korang rujuk pada entry aku yang lepas mengenai MJL ni, aku ada beritahu yang aku mengalami kegatalan di celah jari yang menyebabkan kering, luka & pecah2..Hasil dari sapuan dengan MJL ni, alhamdulillah semakin baik..Suka wei..dah berbulan-bulan aku menghadapi masalah ni..Gara-gara aku gunakan sejenis krim untuk kesuburan..aku tak serasi dengan krim tu, kesannya aku mengalami kegatalan di tangan..Banyak dah produk aku guna tapi tak berkesan kat aku..
Nampaknya serasi bersama dengan MJL sebab dah menampakkan kesan yang positif..

Blog Fieza Sani

Gambar sebelum & selepas menggunakan MJL..ni pun aku sapu kadang2 je bila teringat..

Salain di tangan, aku guna MJL ni kat muka..sebab dia tak berminyak..Kulit pun rasa moist2 gitu..Aku cuma calit MJL + Bedak compact je..Macamana rupa dia..tu tengok gambar kat bawah..

Kalau tetiba mood rajin aku datang, sebelum tidur aku sapu jugak kat muka..bangun pagi, cuba rasa kulit muka sendiri...Lembut!!! 

 
Blog Fieza Sani

 Yea tau..ahkak tak baper nak lawa..tepek gambar sendiri ni sebab nak share hasil dia..

Dari uji kaji aku sendiri menggunakan MJL ni, jerawat dah kurang..Pori yang terbuka dah semakin mengecil..Salah satu fungsi MJL, mengecilkan pori..dan hasilnya tidak mengecewakan..serius suka sangat!!Bukan tue je, blackhead/whitehead kat hidung dah semakin kurang..dulu selalunya hari cuti, mesti aku pakai mask vietnam tepek kat hidung untuk buang whitehead/blackhead..tapi sekarang tak payah dah..Boleh rasa hidung licin je..kalau tak dulu, mak aihhh kasarnya...Kadang nak pegang hidung sendiri pun malas..tapi sekarang, asyik nak pegang je..ahaks!!

Selain aku yang guna, haritu Iman naik ruam kat badan dia sebab musim panas..mula-mula ingatkan kenapa la dia asyik menggaru je..Bila check, lorrr ada ruam..Aku cuba sapu MJL ni..dan nampak berhasil..Baru ni, abah aku pulak naik bengkak-bengkak kat badan..Masa abah cakap tu, terus teringat MJL ni..Apa lagi meh kita sapu kat bengkak2 tu..Tadi tanya abah, acane bengkak2 tu?kata abah dah elok..Seronok dengar..

MJL ni memang membantu sangat2..boleh guna tak kira lelaki, perempuan, dewasa, kanak-kanak..Harga pun tak ada la mahal sangat..Tahan lama..Ni terbukti sebab aku terima produk ni masa bulan 3 & masih ada lagi..Jimatttt sangat, weiii..Memang confirm aku pengguna setia MJL lepas ni..Nanti nak beli..yang 1st dah dapat free, takkan 2nd nak free..melampau sangat tu..haha

Pada aku memang berbaloi-baloi beli..pelbagai fungsi..boleh guna untuk seluruh badan..Kandungan MJL ni pun guna bahan-bahan semulajadi..Jadi tak perlu risau ada kandungan2 kimia yang membahayakan..

 Jom kita ber 'MJL

Flickr Images

ShopLink Asia

HAK MILIK

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam blog ini, sila hubungi penulis di fieza_amy81@yahoo.com


[PENAFIAN] Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini dan untuk rujukan kepada pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.