Rutin Baru Sekarang

16:16

7 Minute Workout


Ni la rutin baru aku sekarang..Orang yang kenal aku mesti cakap 'eh..dah kurus kot'..hmmm..tipikalnya..orang badan besar je la boleh exercise..orang kurus tak boleh?
Exercise kan bagus..Salah satu cara semulajadi untuk keluarkan toksin dalam badan ialah melalui senaman sebab bila bersenam kita akan berpeluh..dan toksin dalam badan dapat dibuang melalui peluh yang keluar melalui kulit..Jadi sebab ini la aku bersenam..Lagi satu sebabnya nak bagi cergas..Tak de la badan macam lemau je..Masa mula2 aku bersenam ikut video ni..7 minit dia, aku rasa macam setengah jam okey..Lepas bersenam tu, badan aku mak aih, sakit weiii..kaki tangan..terutama tangan..tapi esoknya tu tetap tak serik..aku senam juga..so ni minggu kedua aku bersenam..ceh, baru 2 minggu, ingat dah sebulan..haha..tak pe slow2 jadikan rutin...minggu ni, aku start buat zumba pula..tak pergi kelas zumba pun..buka YouTube..cari la step zumba untuk beginner..banyak pilihan..tapi ada satu yang aku boleh follow..semalam, rasa macam dah terer sikit..try buat 3 round..setiap satu round tu dalam 3 minit lebih je..ikut muzik kan..sedap la aku berzumba sorang-sorang dalam bilik..mr hubby balik kerja memang lambat..kunci pintu, lepas solat asar..start le bersenam..mula2 warming up buat step macam video kat atas ni dulu..lepas tu baru buat zumba..aku start dalam 5.30 pukul 6.00 tu dah abis..1/2 jam je..see, kenapa dulu malas nak buat fieza ooi..tak faham aku..kalau dulu duk umah sendiri..ber2 dengan mr hubby je..skrg duk dengan mak abah aku, kena cover2 sikit..buat dalam bilik..kang mak, abah aku tegur..dah kenapa terloncat2..haha..Jadi hasil setakat ni yang aku dapat dari exercise ni, satu - rasa badan lebih bertenaga terutama bila balik dari kerja..kalau tak dulu, dalam kereta sementara nak sampai rumah, badan aku letih macam buat kerja buruh binaan..pakej tidur lagi dalam kereta..yang kedua, aku ada masalah perut boncet, jadi sekarang ni rasa macam dah leper sikit perut..hehe..ada lagi boncet tu tapi kurang sikit berbanding dulu...Sukanyaaa..part perut ni memang dah lama aim..

So ni salah satu cara untuk aku buang toksin dari badan secara semulajadi..Bersenam..Yelah, aku kerja dalam pejabat..Bila masa nak berpeluhnya..Kat pejabat, duk dalam aircond..keluar tengahari, kejap je pergi cafe beli makan..bungkus, makan kat bilik..ate, cer cakap mana nak keluar peluhnya..Dulu aku pun fikir, eh kena ke senam2 ni..Dah la aku kurus..Kang lagi kurus..Tapi selepas diberi kaunseling oleh seseorang, untuk bersenam..dan kenapa perlu bersenam?aku terfikir balik..erm, ada betul juga apa yang dia cakap tu..Dekat 1 group yang aku joint dalam fb, founder selalu nasihat pada member group untuk bersenam..Lama dah aku dalam group tu, selalu founder tekankan part senam tu tapi tue la malas kan..baca di angin lalu je..Lepas dapat nasihat dari seseorang & dia pun tekankan perkara yang sama, dari situ la kesedaran aku untuk bersenam..Pentingnya mengeluarkan toksin dalam badan selain dari sistem perkumuhan (buang air besar/kecil)..Kita dah makan macam-macam tapi tak buat detoks..Tue yang penyakit senang nak lekat...Bak kata seseorang tu, bagi sihat dulu badan..

Lagi satu, tak semestinya nak bersenam kena pakai 1 set pakaian sukan, der...Aku pakai baju kurung je..haha..Tak kisah la..tujuan utama nak berpeluh untuk buang toksin bukan nak bergaya..Aku bersenam pun dalam bilik..Apa ada hal, pakai baju kurung je..Janji senam..gitchuu..


Oo..kalau korang tertanya2, mr hubby aku tu?mr hubby tak nak bersenam..so, aku bagi dia minum air Chia Seed..Paham la lelaki, kan..payah sikit...Chia seed salah satu fungsi dia untuk menyah toksin...Jadi mr hubby cuma amalkan ni & susu omega untuk kolestrol...Haritu mama ada bagi 1 supplement untuk detox..supplement tu dari herba2..aku bagi mr hubby yang minum..kongsi dengan abah aku..Dah habis pun supplement tu..Rasa-rasa mama nak sponsor lagi tak..eh!!haha...

You Might Also Like

4 Comment

  1. haha btl btl. xsmesti ny kena pegi taman rekreasi bru di katakan bsenam.. chayo2 !!! =D

    ReplyDelete
  2. Simple kalau kerap lakukan pun berkesan...

    ReplyDelete
  3. memang agak cliche bila org kabor badan cergas otak cerdas, tapi smemangnya impak bersenam dapat melancarkan pengaliran darah ke otak dan jantung, serta dpt sakurkan oksigen dgm efisiennnnn

    ReplyDelete
  4. Good for you, Fieza...cuma part suami tu, kena pandai ajak dia sama-sama beriadah dengan kita isteri ni...kalau boleh buat aktiviti bersukan yang suami isteri enjoy. Macam Yani dan suami, kami memang tengah seronok masuk event running, suami pun seronok je...cuma kena keluar duit sedikit la untuk yuran event, hotel dan duit minyak, tapi still enjoy...sama-sama sihat.

    ReplyDelete