Dapur FiezaSani ~ Resipi Spaghetti Simple

09:30

Happy Sabtuday, korang...Tak de idea nak masak apa hari cuti ni..Meh, nak bagi idea sikit..

Resipi omputih pulak..ingat kita tak tahu nak masak western2 ni..see the leg, hokay..walaupun benornya tahu masak spaghetti je pun..kalau menu western lain, failed..oo..pernah haritu cuba masak chicken chop tapi dengan bantuan adik ipar..harap kat kita nak masak renyah macam tu, memang tak rajin..banyak benor stepnya...berpeluh rasa nak menyiapkan..eh!!nak cerita pasal resipi spaghetti ni..tapi melalut ke cerita resipi lain..okey, back to the topic..

Ni resipi style kita..kita masak yang senang & simple..Bahan apa yang ada je..tak de, letak ke tepi..Yang penting ada rasa spagheti & sos dia..


Bahan-bahan ~

Spaghetti
Daging Kisar
Sos Prego
1 BIji Bawang Merah - Dipotong bulat kecil
3 Ulas Bawang Putih - dicincang
1 Sudu Besar Cili Kisar 
3 Sudu Besar Sos Cili
2 Sudu Besar Sos Tomato
1 Sudu Besar Sos Lada Hitam
Garam & Gula Secukupnya

**Bahan yang tiada - 1/2 Sudu Serbuk Oregano / 1 Helai Bay Leave / 3 Sudu Besar Minyak Zaitun & Grated Parmesan Cheese Untuk Tabur

Cara Masak ~
1.Rebus Spaghetti, letak sedikit garam & minyak. Kemudian, toskan..Letak ke tepi..

2. Panaskan minyak dalam periuk, tumiskan bawang besar & bawang putih sehingga naik bau..

3. Masukkan cili kisar, kacau & masukkan daging kisar. Masak sampai daging empuk..

4. Masukkan sos spaghetti (Prego), sos cili, sos tomato, sos lada hitam..

5. Masukkan garam & gula secukup rasa. Tutup api..

6. Tuangkan kuah ke atas spaghetti.. 

DAH SIAP!!SELAMAT MENJAMU SELERA

You Might Also Like

3 Comment