Cabaran 7 Hari Blogging #Task1

08:30

BW ternampak plak segmen cabaran dari blogger Hanis Masturina ni..
eh!!tertarik plak nak joint..Tak de idea nak update entry apa..So boleh la joint cabaran ni..

Klik Banner kalau korang nak joint jugak

Kenapa Buat Blog?

Mula2 tak tahu pun blog ni untuk apa?Mr hubby pernah buatkan blog untuk kitaorang sebelum kahwin lagi tapi dia tak cerita detail untuk apa blog tu?So blog tu terabai gitu je..Lagipun masa tu aku pun tak tahu apa fungsi blog?haha..siannya..Yelah, dulu kat handphone mana ada internet..Guna untuk call/sms je..Jadi nak cari info pun malas..padahal masa tu dah kerja, boleh je nak google kan..tapi tue la dulu aku macam ketinggalan sikit...So, lepas dah kahwin baru aku tahu apa fungsi blog ni?Nak suruh mr hubby buatkan, malu..Kebetulan adik sepupu aku ada blog masa tu..Dia yang ajarkan..Start dari situ aku berblog..Masa tu on off je update..dan masa tu cerita hal lain..Lepas dah berapa lama tu, macam bosan pulak asyik up entry topik yang sama je..Dan kebetulan tahun 2015, aku terima e-mail untuk berkolaborasi dengan satu website terkenal..Sebagai imbuhan, dapat voucher shopping kat website tu..Sejak dari situ, aku mula serius berblog & sentiasa cari info macamana nak dapat job macam blogger lain selalu dapat..Seronok sangat bila kita dapat imbuhan hasil dari kerja blogging ni..Menaikkan semangat..Jadi sebab itu, aku sentiasa belajar untuk naikkan nama blog supaya mencapai piawaian 100% SEO..Dah fullmark kat situ, kena tahu juga teknik untuk menarik minat orang untuk masuk ke sini..Yang ni aku masih lagi belajar..Macamana nak cantikkan blog supaya orang yang masuk ke sini, rasa best & rasa nak singgah je selalu..hehe..Yang part ni, blog aku sekarang memang yang paling simple aku pilih sebab aku memang pesen tak suka blog yang ada lagu2 background bagai dengan corak2..ada orang suka, ada tak suka..Citarasa memasing, yea tak...Bagi aku part paling best bila berblog, bila ada antara entry review yang aku buat dapat perhatian dari pembaca bila ada yang mesej di twitter/facebook & instagram tanya mengenai pengalaman aku sendiri berkaitan entry yang dorang baca..part ni memang best..terasa diri dihargai sangat..rasa macam 'eh..ada orang baca blog aku'...gitu le perasaan dia..

Sejak tu aku jadi lebih semangat berblog..Rasa banyak manfaat bila menulis..Dapat share info dengan korang..tQ yang selalu singgah kat sini..eh!!ada ke?ada le kot...

You Might Also Like

3 Comment

  1. yep rasa mcm excited bila kena komen entry, lagi2 info yg kita share bguna untk pbaca kan =) selamat mayahut cbrn ! Ju pun rasa nak buat cabaran ni haha

    ReplyDelete
  2. Wah macam best pula cabaran 7 hari blogging nie..

    ReplyDelete