Design Yang Simple Tapi Menarik

09:00

TEMPLATE BARU 

Hollaa..yang selalu masuk kat blog kita mesti terkejut gitu, berwajah baru blog kita...cewah..macam ramai benor yang masuk ke blog kita yang tak sebaper ni..okey, tak pe la just untuk info korang, ni la  wajah baru blog FiezaSani..Saja je ubahsuai blog ni..Asyik sama je..boring juga kan...cehh, padahal ada udang di sebalik mee..hihiSebenarnya ikutkan malas nak tukar template sebab kalau tukar je, mesti kena bermain dengan coding dia..fuhhh..untuk yang tak berapa pandai I.T. macam kita ni memang jenuh juga la nak edit bagai..Masa tukar template yang pertama, rasa macam dah cun tapi link arkib blog, menu tab & 'read more' tak berfungsi..fuh..mencabar weii..tanya kat group blog yang kita joint, ada beberapa orang member group beritahu macamana nak buat..tapi jalan penyelesaian yang terbaik tukar template lain..mungkin template yang kita pilih tu ada masalah..fuhhhh..sabar je la..Jadi tukar yang kedua..okey, dah masuk template kedua..cantik dah..tapiii..kotak komen tak nak keluar..ah..sudah..macamana orang nak komen..walaupun tak ramai pun orang komen tapi kena la sediakan juga kan..perumpamaan, orang datang ke rumah kita..mesti kita sediakan air walaupun mungkin tetamu kita tu tak minum air  yang kita dah buat..hah!!lebih kurang macamtu la nak bagi contohnya..Dah tu..macamana nak buat ni?tanya seorang member group, dia sibuk..yelah hari cuti kot..ko sibuk je ganggu orang, kan..nak tak nak kena le minta tolong mr hubby..ikutkan malas sebab masa tukar template yang pertama tu, dah kena marah..hihi..yelah..template sebelum ni mr hubby dah buat cun dah..tapi aku tukar pula yang baru ni..mau tak bising mr hubby..hehe..terpaksa tukar sebab bounce rate blog aku rendah sangat..mungkin template blog yang sebelum ni, berat..orang kalau masuk blog kita, mesti nak cepat je..tekan je, terus keluar..kalau kena tunggu loading bagai..eh!!memang tak la orang nak tunggu kan..so dah tukar template ni, rasa okey sikit kot..lagipun nak cari template yang mesra SEO katanya..maklum la jadi blogger ni, blog kena mesra SEO kat google...baru blog senang melekat kat carian google...

Nota : Untuk jadikan blog kita mesra SEO, cari tema jenis Responsive

You Might Also Like

6 Comment

  1. simple yet attractive... suka putih!

    ReplyDelete
  2. Simple template ni, suka-suka !

    AFBian walking dari www.cekgunorazimah.com ;)

    ReplyDelete
  3. AFBian 023 singgah sebentar bligwalking disini

    ReplyDelete