Dapur FiezaSani : Daging Masak Hitam

08:13

Dari dapur fiezasani


Aku pernah share resipi ni..Tapi sebab ahkak baik, tepek lagi sekali kat sini..Dulu pernah buat, tapi tak ingat mr hubby suka ke tak..Baru2 ni, aku cuba lagi sekali resipi ni..eh!!tetiba dapat sambutan pulak..abah suka..mr hubby suka..Simple je resipi dia..aku pun suka masak sebab tak banyak cerita nak buatnya..sap sap, siap...gitchuuu...

Daging Masak Hitam

Bahan-Bahan :

1/2kg daging
Segenggam cili kering (ikut suka)
**Cili padi (tambah..bagi yang suka pedas)
1 biji bawang merah
kicap manis
garam
gula
asam jawa

Cara-Cara : 
**Daging direbus hingga lembut
**Tos daging & perap dengan kicap manis dalam setengah jam
**Kemudian goreng daging tersebut tapi jangan sampai garing..Angkat daging & letak ke tepi dulu
**Bawang besar, cili kering & cili padi diblend dengan air rebusan daging
**Guna minyak yg goreng daging tadi & tumis bahan kisar..
**Setelah bahan kisar dah masak..masukkan kicap manis (kuantiti terpulang),gula,garam & air asam jawa..Kacau2..
**Apabila semua dah sebati, masukkan daging yg digoreng tadi.Kacau2 & jangan biarkan kering sangat..kalau suka boleh letak bawang sebagai hiasan..

TADAA!!SIAP

You Might Also Like

0 Comment