Top entry kat blog aku ni resipi Nasi Goreng Kicap...Memang menjuarai carta no.1 kat blog ni..Untuk entry kali ni, aku nak share resipi nasi goreng cili api, resipi dari facebook..Mana tau boleh lawan resipi nasi goreng kicap yang jadi carian utama kat blog aku..hehe..Sorry, link asal resipi ni dah tak ingat sbb aku cuma screenshot je bahan2 & cara masakan dia...Lama dah screenshot resipi ni..Masa cuti minggu lepas baru aku cuba sebab ada balance ikan sardin yang mak aku buat inti karipap..Dari dibiar je dalam peties tu, baiklah kita masak...

Bahan2 ~

Nasi (Ikut suka nak berapa banyak)
1 Biji Bawang Besar - Dihiris
1 Tin Ikan Sardin - Ambil isi sahaja & hancur kasar-kasar
Sedikit Kacang Buncis (aku gantikan dengan sayur campur)
Garam & Gula Secukup Rasa
Kicap Sikit (Untuk bagi warna hitam - yang ni aku tambah sendiri)
**tambahan aku letak kek ikan (fish cake) sebab dah nak expired..Dari masuk tong sampah, meh la masuk dalam kuali..Boleh makan..Sedap pun Sedap...

Bahan-Bahan Untuk DiKisar ~

3 Biji Bawang Merah
2 Ulas Bawang Putih
1-2 Genggam Ikan Bilis
10-15 Biji Cili Api (Yang ni aku agak2 je.Kalau nak pedas, tambah la lagi cili api tu)

Cara Masak ~

1) Panaskan minyak & tumis bawang besar dan semua bahan yang telah dikisar. Kacau2 sekejap & biar sampai ada bau wangi..

2) Masukkan isi ikan sardin, kek ikan & kacau semua bahan sampai jadi rata. Seterusnya masukkan nasi, sayur campur, garam, gula & sedikit kicap. Kacau sehingga semua bahan menjadi mesra dan nasi menjadi agak kering dan boleh ditutup api...

Tadaaa..Rupa Nasi Goreng Cili Api versi FiezaSani...

1 Comments