AFB Feeds

advertorial

Shopping Barangan Bayi Di motherhood.com.my

10:00

MOLPay Cash


Pernah dengar tak pasal MOLPay ni?Aku pernah tulis dalam entry sebelum ni kalau korang pembaca setia blog ni..Eh!!kalau yang bukan pembaca setia macamana pula?Hah, betul juga tu..Tak semua baca blog aku ni, kan..Yang mana tahu, tahu la..Yang tak tahu..Meh aku explain sikit pasal MOLPay ni..Selalu kalau kita nak beli online, mesti kena ada internet banking, kad debit atau kad kredit?betul kan?Habis yang tak ada macamana..Nak beli barang online..Takkan nak pinjam akaun kawan, sedara-mara yang ada internet banking, kad debit atau kredit..Kalau mula-mula okey le kot..Kalau dah selalu sangat kang orang menyampah pula..Melainkan kawan tu BFF sangat, so terpulang..Citarasa masing2..Tapi ni aku nak kongsi dengan korang yang tiada perkara asas untuk membuat pembelian secara online seperti yang aku beritahu di atas ni..

MOLPay Cash merupakan satu kaedah dimana korang boleh membuat pembelian secara online di mana2 website shopping yang mempunyai kaedah pembayaran dengan MOLPay Cash ni..Macamana nak tahu?Korang boleh baca di bawah nanti..Aku sertakan gambar...

Apa Istimewa MOLPay Cash ni?

 MOLPay Cash

*Memudahkan & cara bayaran yang lebih mesra pengguna..Hanya perlu membeli barangan di atas talian & membuat bayaran di mana-mana 7-eleven..

**Kebanyakan rakyat Malaysia lebih suka membuat pembelian barang dengan tunai dari menggunakan kad debit/kredit..

**Bayaran boleh dibuat pada bila-bila masa kerana 7-Eleven beroperasi 24 jam..

**Lebih mudah untuk pihak penjual menjalankan perniagaan kerana memberi pilihan kaedah pembayaran yang senang untuk pembeli..



Salah satu website yang turut menawarkan pembayaran mesra pengguna ini adalah Motherhood.com.my

Website yang menawarkan barangan-barangan bayi dari 0 - 3 tahun..Harga yang ditawarkan sangat berpatutan & memberi keselesaan kepada bakal2 ibu untuk membeli barangan di hujung jari sahaja..Apa yang perlu dibuat oleh ibu2 hanya membuat bayaran di mana2 7-Eleven..Tidak perlu bersesak, beratur mahupun mengeluarkan kos minyak, tol dan sebagainya untuk membeli belah barangan keperluan bayi terutama buat ibu2 yang sedang hamil..Senangkan?Seperti yang kita sedia maklum, ibu2 yang sedang hamil ni kadang2 ada alahan atau kepenatan untuk berjalan membeli barangan keperluan bayi..Jadi website motherhood.com.my memudahkan bakal2 ibu mahupun ibu yang telah mempunyai anak untuk membuat pembelian secara atas talian sahaja..Nak bawa anak2 ke tempat yang sesak, sangat mencabar terutamanya..motherhood.com.my memberi keselesaan kepada ibu2 ini untuk membeli belah serta menawarkan bayaran mesra pengguna dengan MOLPay Cash..

Duk cerita ni, mesti korang nak tahu senang benor ke shopping guna MOLpay Cash ni.
Ala..senang sangat la..Ni pengalaman kali kedua aku membuat pembelian secara online & membayar menggunakan MOLPay Cash..Untuk yang pertama kali guna mungkin rasa susah tapi percaya la selepas beberapa kali menggunakannya, lepas ni mesti korang akan gunakan lagi..


Cara membuat pembelian di motherhood.com.my dengan menggunakan MOLPay Cash...


www.fiezasani.xyz
Untuk pertama kali, sila register dahulu..Bagi memudahkan, korang boleh sign up dengan gunakan Facebook sahaja..Tak perlu pening kepala nak create nama user & password...

www.fiezasani.xyz
Lepas korang dah sign up & login ke website motherhood.com.my dengan id masing-masing..Korang boleh terus shopping..tak perlu tunjuk yang tu..Rasanya semua tahu, kan..hehe..Ni contoh lepas korang dah pilih produk apa yang korang nak..

Ni contoh summary cart shopping yang aku punya...Kalau semua detail dah betul ,terus proceed to check out & korang ikut sahaja ke langkah seperti di atas..no.2..3 dan sehingga 5 iaitu bayaran..


www.fiezasani.xyz

Selepas langkah ke-5 iaitu bayaran , korang klik pada cara bayaran & korang pilih untuk membuat bayaran dengan internet banking, kad debit/kredit masing-masing..Tapi dalam entry ni, untuk pembayaran dengan MOLPay Cash, korang pilih pembayaran dengan 7-Eleven...

www.fiezasani.xyz
Selepas korang dah pilih 7-Eleven , tertera detail seperti di atas..masukkan nama ,e-mail & contact number...klik 'Proceed'...



Selepas itu , korang akan dapat detail ini di mana ada transaction id & verification code..Sila cetak atau screenshot di handphone..
Pembayaran perlu dilakukan dalam masa 48 jam di mana-mana kaunter 7-Eleven berdekatan yang mempunyai logo ni di kaunter...


Semasa di 7-Eleven ,hanya bagi cetakan detail di atas atau screenshot di handphone pada pekerja kaunter..Mereka akan masukkan no.transaction id & verification code dan confirm jumlah pembayaran & pembelian dari website mana..Selepas kita semak semua maklumat yang tertera di skrin mesin bayaran adalah betul, boleh buat pembayaran seperti biasa & korang akan menerima 2 resit iaitu satu dari 7-Eleven & satu lagi dari MOLPay Cash seperti di bawah..



Okey, siap..Jangan risau, sebaik sahaja korang membuat bayaran, terus automatik update di website motherhood.com.my bayaran telah di buat..Dan korang akan menerima kemaskini melalui e-mail untuk inform order korang akan diproses..So, tunggu je barang sampai di depan rumah..

Simple kan..Nampak macam susah tapi percaya la MOLPay Cash sangat-sangat membantu untuk mereka yang tidak mempunyai internet banking, kredit atau debit kad seperti aku beritahu di atas tadi...

Untuk para ibu, pengumuman..pengumumann..Sedang berlangsung jualan murah di motherhood.com.my, weiii..Ibu-ibu suka la, kan...Eh!!ni Ada berita baik lagi untuk pembaca setia blog Fieza Sani..Haritu aku ada update kat FB so ni nak share dengan korang..Dengan jumlah minimum pembelian di Motherhood sebanyak RM150, korang layak mendapat 10% diskaun (kod : FIEZASANI10 / Tarikh tamat - 31 December 2017 )..Kod ni terhad pada seorang sahaja..Jadi siapa cepat, dia dapat la yea...

HAPPY SHOPPING DI motherhood.com.my

segmen

Cabaran 7 Hari Blogging #Task3

09:06


Cabaran disahut lagi untuk task #3

Makanan Kegemaran


Cerita pasal makanan kegemaran ni, aku bukan dalam kategori cerewet..apa yang sedap, aku makan je..kadang tak sedap pun aku bedal gak..hah la, kadang pi kedai..order makanan..bila sampai je, rasa makanan tu macam krik krik..kadang tolak2 juga bagi habiskan walaupun rasa ke laut..Bayor weiii..membazir rasanya kalau tak makan..Tapi next time memang tak repeat le kedai makan tu..haha..So aku ni dalam kategori jenis suka makan..tolak batu dengan kayu je konsepnya..Tapi kalau nak cerita antara makanan kegemaran aku, paling top dalam senarai LAKSA (wajib)..terutama kalau yang mak aku buat..perghhh, meleleh air liur...of course la mak masak sedap..Mak siapa2 pun..mesti yang paling sedap..air tangan mak gituuu..magic..hehe...Naib juara LONTONG..tempat ketiga diduduki oleh NASI AYAM PENYET..ni antara top three..Yang lain-lain, aku tak banyak cerita..Janji sedap..Aku makan je..hehe...Tapi kalau di pejabat sekarang, aku suka order seafood goreng kunyit..Makan dengan nasi goreng/putih + sambal special yang kedai aku selalu beli tu..memang berselera aku makan...Dulu makan tengahari, nasi separuh je..sekarang nasi penuh..eh!!acance tu?diet ke?hihi

segmen

Cabaran 7 Hari Blogging #Task2

20:28


Jom nak sambung cabaran 7 hari blogging ni..2nd task

IMPIAN SAYA


Wah..cun le kan..nak masuk tahun 2017 ni..Apa yeak impian aku?Tahun 2017 ni nak lebih aktif untuk blogging..Nak tarik ramai lagi pembaca untuk singgah ke blog aku ni..Nak naikkan page view ratus ribu..haha..Lepas tu nak lebih positif...Nak banyak cuti-cuti dengan family..sebab tahun 2016 ni macam kurang je bercuti..Masa awal tahun haritu je ada pergi bercuti..Lepas tu tak de..Apa lagi yeak??Oo..nak lebih serius dalam soal kesihatan..Buat detox, zumba..Sebelum ni macam tak tahu kepentingan dua perkara ni..pfft..kesian..ketinggalan sikit aku ni...

Ooo..Impian yang selalu aku berangan..Nak buat bisnes & bekerja dari rumah..haha..tak tahu la..boring kot kerja ofis..eh!!ko, orang lain berlumba nak kerja kerajaan..haha..Berangan je la part nak bekerja dari rumah tu tapi yang bisnes tu aku serius...sekarang pun aku dah start sikit2 bisnes..sejak joint group AFB tu, founder bagi peluang pada kitaorang untuk buat part-time bisnes..Nanti aku share kat sini bisnes apa yang aku baru buat ni...produk kesihatan...Okey, tue je la impian aku yang aku boleh share kat sini...

advertorial

Membeli Barangan Dari China Dengan Kos Yang Murah

10:00

EZBUY

Korang..Meh kita nak hasut korang shopping..haha..kita kan suka shopping2 ni..terutama secara online ni..klik, klik..bayar..tahu2 barang sampai depan rumah..kita memang suka konon2 terkejut dapat barang padahal sendiri yang order..tapi dia punya suka tu, tak tau nak cakap macamana..hanya orang yang suka beli-belah secara online je tahu feeling tu..haha

okey, dah2..kalau dengar kita membebel ni..lagi panjang..

Pernah dengar pasal website ezbuy ni tak?Kalau sesapa yang rajin baca blog kita ni mesti perasan kita pernah tulis pasal website ni..Untuk yang pertama kali baca, tak pe..Meh kita cerita sikit pasal ezbuy ni...Ezbuy mula beroperasi sejak tahun 2010 & telah meluaskan empayar perniagaan ke Singapura, Thailand, Australia, Indonesia serta Malaysia sendiri..Barang-barang di ezbuy ni datang terus dari China..Suka, kan beli barang2 kat sana sebab murah..Ni tak payah susah2 nak pergi ke China..Duduk je depan pc, korang dah ada kat sana.. ;)..Pilih je barang-barang yang ada kat website ni..pelbagai barangan ada, korang cuma pilih je yang mana berkenan di hati...

Entry sebelum ni berkenaan ezbuy paling dapat sambutan kat blog ni..Ramai juga reader yang pm/dm kat twitter, facebook tanya pengalaman kita shopping kat website ni..boleh percaya ke tidak?alhamdulillah, testimoni kita sendiri yang pernah beli barang kat website ni, barang-barang diterima dalam keadaan selamat..yang mana pm tanya mengenai pembelian kat web ini..diaorang pun bagi testimoni kat kita balik, dah selamat terima barang masing-masing..kemain suka korang..ala, kita tolong je..Benda betul dan elok kita kongsi dengan korang..

Jom tengok barang-barang yang jadi pilihan utama kita kat ezbuy..

10 PILIHAN UTAMA PRODUK PILIHAN DI EZBUY


Kenapa pilih luggage ni?Material nampak kukuh & stabil. Faham je la kalau naik flight, luggage kita bukan letak elok2..memang kena campak je..Jadi kita & mr hubby perlukan luggage yang tahan lasak, kukuh, berkualiti tinggi..Sertai mempunyai ciri keselamatan yang terjamin iaitu kunci bernombor..Jadi luggage ni mempunyai ciri yang kita & mr hubby cari..



Kita suka rak ni sebab mempunyai ciri moden, kelas tersendiri dan nampak tersusun..Boleh dipasang dimana sahaja samaada dapur, ruang tamu, bilik tidur..Mudah untuk dipasang..Serta boleh letak pelbagai barang dari yang ringan kepada berat seperti pasu bunga..





Kita suka yang ni sebab boleh menggayakan pelbagai jenis rambut kerinting..Suhu boleh dilaras mengikut kesesuaian tanpa merosakkan rambut. Selain mudah dipegang..Ia juga boleh diputar 360' untuk mudah diguna.





Mudah diguna, suhu boleh dilaras mengikut kesesuaian & boleh lihat di belah tepi straightener jadi mudah untuk mengawal supaya tidak terlalu panas sehingga boleh merosakkan rambut...Menjadikan rambut lebih lembut..



Blazer ni nampak ringkas & sesuai digayakan samaada ke pejabat ataupun kasual. Mempunyai pilihan warna seperti hijau, coklat (seperti dalam gambar) ataupun kuning..




Dah lama cari tempat letak payung ni..nak letak kat rumah..Sebab nampak style & payung tersusun je dalam bekas dia...Maklum la payung kat rumah kita ada 2-3 biji juga..tak masuk lagi yang dalam kereta..Sebab letak kat kereta, nampak semak banyak sangat dalam rumah..Kalau ada bekas ni, kan nampak tersusun je...




Kita kan suka mekap2 ni..Memang jadi pilihan utama la ni..Senang nak bawa travel...Sebab utama pilih yang ni, bentuk dia yang bulat..Ada ruang pemisah di bahagian tengah untuk letakkan berus mekap ni..Nampak kemas & tersusun serta mudah untuk dicapai..




Untuk keselamatan, boleh letak dalam rumah/kereta atau bawa travel..Bentuk yang sederhana, mudah untuk dibawa ke mana sahaja. Saiz 23cm x 13cm.




Eh..tak cerita lagi yea kat sini..sekarang kita suka bersenam..balik kerja, buat workout simple2..yang ni nampak senang je..sambil duduk2 tengok tv pun boleh senam..Pemegang dia lembut & mudah dilentur..Tidak menyakitkan tangan serta tempat letak kaki yang diperbuat dari getah yang tidak menyakitkan & mengelakkan kaki kita tergelincir semasa senaman..



Tadi dah beritahu, kan..kita bersenam sekarang..Jadi kena la cari pakaian sukan yang sesuai...Material yang selesa..Selesa untuk dipakai sebab pernah terbaca semasa bersenam kita digalakkan memakai pakaian yang melekap di badan tidak semestinya seksi tetapi untuk memudahkan pergerakan & lebih aktif..Jadi pakaian ini rasanya sesuai sangat..Eh!!kita senam dalam rumah je..jadi pakai macam ni pun okey..Kalau keluar, kena la pakai jaket macam gambar yang sebelah tu..Set ni boleh digayakan samaada 2 piece atau 3 piece..Pilihan masing-masing.


Dah beli banyak2 macamni, mesti risau kan..sebab barang-barang di ezbuy ni dari China..Jadi isu penghantaran dari sana nak ke Malaysia, harus la risau..terutama kalau ambil barang yang berat...waaa..macamana,kan..hati dah berkenan tapi masalah kos pula jadi isu..mesti tidur pun mimpi2 gitu..okey, jangan risau..meh kita nak bagi cadangan kat korang semua ni..

AKAUN PRIME

Okey, apa ni?mesti tertanya-tanya kan..Prime ni akaun yang diperkenalkan oleh ezbuy untuk memudahkan korang membeli-belah di website itu tanpa risau isu kos PENGHANTARAN yang mungkin mahal pada kebiasaannya kalau kita membeli barang dari luar negara..Melalui akaun PRIME ini, korang boleh membeli pelbagai barang dengan kos penjimatan untuk penghantaran iaitu RM8.80 sahaja tak kisah la berapa banyak & berapa berat barang-barang-barang korang tu..Mesti tak percaya kan?Sila la percaya..Kita rasa untuk korang yang menjalankan perniagaan & selalu membeli barang-barang dari China, sangat digalakkan menggunakan akaun PRIME ini..Berbaloi..eh, kalau bukan untuk perniagaan pun boleh..Pernah seorang reader kita pm tanya pasal akaun prime ni..Ingatkan dia beli barang-barang kat website ezbuy ini untuk bisnes, rupanya dia kongsi dengan kawan beli barang dari ezbuy..nampak..pun boleh..jimat...

Untuk korang yang baru pertama kali cuba membeli di ezbuy & berminat untuk buka akaun PRIME, tempoh percubaan melanggan dengan akaun PRIME selama sebulan dengan bayaran cuma RM18.80 sahaja..Bagi langganan secara tetap bayaran yang dikenakan RM188.00 untuk setahun..

Maklumat Lanjut Di : https://ezbuy.my/Prime


Untuk pendaftaran baru & pertama kali, korang boleh klik link di bawah ni untuk mendapat RM15 baucer membeli-belah di ezbuy..


http://bit.ly/fiezasani

Lupa pulak nak remind korang..Dah daftar tu, jangan lepaskan peluang untuk dapatkan barang-barang di SUPER VALUE ezbuy dengan harga RM19.90 sahaja...Omgee sangattt uolls..Klik banner kat bawah ni...

KLIK

Dan juga barangan fesyen dengan diskaun sebanyak 50%...Okey, yang ni lagi OMGeee sangat...Ada koleksi beg (my favourite for all the time)..Klik Banner di bawah...


KLIK 

Selamat membeli-belah di ezbuy...Harga paling murah & berpatutan hanya di Ezbuy Malaysia :)

segmen

Cabaran 7 Hari Blogging #Task1

08:30

BW ternampak plak segmen cabaran dari blogger Hanis Masturina ni..
eh!!tertarik plak nak joint..Tak de idea nak update entry apa..So boleh la joint cabaran ni..

Klik Banner kalau korang nak joint jugak

Kenapa Buat Blog?

Mula2 tak tahu pun blog ni untuk apa?Mr hubby pernah buatkan blog untuk kitaorang sebelum kahwin lagi tapi dia tak cerita detail untuk apa blog tu?So blog tu terabai gitu je..Lagipun masa tu aku pun tak tahu apa fungsi blog?haha..siannya..Yelah, dulu kat handphone mana ada internet..Guna untuk call/sms je..Jadi nak cari info pun malas..padahal masa tu dah kerja, boleh je nak google kan..tapi tue la dulu aku macam ketinggalan sikit...So, lepas dah kahwin baru aku tahu apa fungsi blog ni?Nak suruh mr hubby buatkan, malu..Kebetulan adik sepupu aku ada blog masa tu..Dia yang ajarkan..Start dari situ aku berblog..Masa tu on off je update..dan masa tu cerita hal lain..Lepas dah berapa lama tu, macam bosan pulak asyik up entry topik yang sama je..Dan kebetulan tahun 2015, aku terima e-mail untuk berkolaborasi dengan satu website terkenal..Sebagai imbuhan, dapat voucher shopping kat website tu..Sejak dari situ, aku mula serius berblog & sentiasa cari info macamana nak dapat job macam blogger lain selalu dapat..Seronok sangat bila kita dapat imbuhan hasil dari kerja blogging ni..Menaikkan semangat..Jadi sebab itu, aku sentiasa belajar untuk naikkan nama blog supaya mencapai piawaian 100% SEO..Dah fullmark kat situ, kena tahu juga teknik untuk menarik minat orang untuk masuk ke sini..Yang ni aku masih lagi belajar..Macamana nak cantikkan blog supaya orang yang masuk ke sini, rasa best & rasa nak singgah je selalu..hehe..Yang part ni, blog aku sekarang memang yang paling simple aku pilih sebab aku memang pesen tak suka blog yang ada lagu2 background bagai dengan corak2..ada orang suka, ada tak suka..Citarasa memasing, yea tak...Bagi aku part paling best bila berblog, bila ada antara entry review yang aku buat dapat perhatian dari pembaca bila ada yang mesej di twitter/facebook & instagram tanya mengenai pengalaman aku sendiri berkaitan entry yang dorang baca..part ni memang best..terasa diri dihargai sangat..rasa macam 'eh..ada orang baca blog aku'...gitu le perasaan dia..

Sejak tu aku jadi lebih semangat berblog..Rasa banyak manfaat bila menulis..Dapat share info dengan korang..tQ yang selalu singgah kat sini..eh!!ada ke?ada le kot...

contest

MyTravelokaEscapade #Korea

10:36

Untuk hilangkan penat bekerja, selalunya kita mesti pilih untuk bercuti..Ada yang suka bercuti ke luar negara, dalam negara..Tak kisah ke mana pun tapi mesti dengan keluarga tersayang..Untuk spend quality time..Percutian ni boleh dikategorikan sebagai reward diri kita sendiri & keluarga selepas penat bekerja..Asyik kerja je, boring juga..Rumah-Kerja-Rumah-Kerja..Tue la rutin kita..Jadi percutian ni macam satu terapi untuk kita rehatkan diri sebentar dari kesibukan kerja & lari dari rutin biasa kita tu..Aku pun dah lama tak pergi bercuti..Kalau keluar negara, tahun lepas rasanya..ke Krabi..Lepas tu tak de bercuti ke mana..Kalau ada pun dalam negara je..Bila nak cuti2 ke luar negara pulak ni?I need a holiday lah...

Tempat idaman percutian keluar negara, kali ni aku pilih Korea..Walaupun daku bukan peminat K-Pop..Dah tu kenapa nak Ke Korea?Orang asyik up gambar pi bercuti ke korea..Kita nak juga explore Korea..Apa yang best kat Korea tu?

Sebelum ni ada baca ramai blogger post entry  pasal #MyTravelokaEscapade ni..Ada yang nak ke Hong Kong, London, Tokyo..Eh!!memacam la ikut pada pilihan masing-masing..Ingatkan kenapa la ramai yang share entry tajuk sama ni..Ooo, rupanya 
Traveloka menganjurkan pertandingan percutian idaman ..Hadiah dia sangat sangat menarik, weiii..Mula-mula macam tak nak joint..Sekali bila tengok senarai 10 tempat percutian dia..OMgeee..Koreaaa..eh!!dah sejak bila aku minat korea ni..Haha..Haritu masa MATTA Fair kat PWTC, mr hubby tanya aku..Nak pergi melancong ke mana kalau keluar negara..aku macam?ermm..tak tau la..tak ada tempat percutian idaman..Rasa tak mampu..haha..Mampu tengok gambar je...Tapi tak salah mencuba nasib,kan..Kot ada pakej2 yang murah masa Matta haritu..Jadi pilihan destinasi pelancongan ke Korea..sekali bila tengok pakej ke Korea..ermmm..tu diaaa..awat mahai ngat..jadi simpan je la impian nak ke Korea tu..Tapi tetiba nampak contest yang dianjurkan oleh Traveloka ni..Harus mencuba..Rezeki, mana nak tahu..dapat tajaan percutian..rezeki, weiii...Boleh holiday ala2 babymoon gitu macam retis2 yang selalu gi oversee time mengandung, kan dorang suka letak caption 'babymoon'..eh!!kita nak jugak..haha..

Sebelum aku menaip lagi panjang..meh nak perkenalkan korang dengan website Traveloka ni dulu..Pernah dengar kan pasal Traveloka ni..Sebuah website yang menyediakan perkhidmatan untuk pembelian tiket & hotel ke mana-mana destinasi percutian pilihan kita...Selain itu Traveloka juga memberi info, panduan & tips mengenai tempat percutian tersebut...

Untuk percutian idaman, aku pilih KOREA...Apa yang best ada kat korea ni, weiii?

Aku pun tak berapa mahir sangat pasal Korea..Tue sebab aku rasa aku berminat untuk ke Korea sebab nak explore tempat-tempat yang menarik kat sana?Kat bawah ni antara tempat-tempat cadangan untuk dikunjungi kalau ke Korea..Ni hasil carian aku di google..Tengok gambar & info macam best...Jadi moh kita check it out...

TEMPAT PERCUTIAN YANG BEST DI KOREA


 Gyeongbokgung

Merupakan sebuah istana yang paling utama dan terbesar pada era pemerintahan Dinasti Joseon. Dibina pada tahun 1395 selepas masihi..

Insa-dong

Tempat untuk membeli hadiah dan cenderamata dari Korea..Sekiranya bernasib baik dan datang pada masa yang sesuai, dapat lihat persembahan kebudayaan di Insadong ni. Sambil shopping boleh belajar budaya Korea.

 Namsan

Namsam merupakan sebuah gunung yang berada di tengah2 kota Seoul.. dan terdapat banyak tempat-Tempat yang menarik untuk dilawati..Antaranya di kaki gunung Namsan terdapat Namsagol Hanok Village yang merupakan perkampungan tradisional orang2-orang korea & juga Seoul Time Capsule..Kat atas puncak Namsan pon ada tempat menarik antaranya Namsan Tower. Menara telekomunikasi Seoul, restoran dan tempat untuk bersantai sambil melihat keindahan Seoul dari atas serta Teddy Bear Museum… 
Yang paling Popular di namsan ialah love pad lock. Simbolik cinta dengan meletakkan kunci yang ada nama pasangan di puncak Gunung Namsan…Okey, yang ni aku tahu juga sebab selalu nampak orang melancong ke Korea, wajib ambil gambar kat kerusi ni..dengan love pad lock tu..

Cheonggyechon Stream


 Merupakan anak sungai yang mengalir di tengah-tengah kota Seoul, dan terjaga kebersihan dan keindahannya..Pemandangan di sepanjang anak sungai ini amat indah dan unik terutamanya pada waktu malam. Terdapat air pancut dan air terjun di permulaan sungai dan pelbagai ukiran seni di sepanjang tebing sungai.Pada awal november setiap tahun, sungai ini akan dipenuhi dengan tanglung yang besar, cantik dan unik sempena festival tanglung Korea .tanglung yang besar dan unik diletakkan di sepanjang sungai..


 Banpo Moonlight Rainbow Bridge

Jambatan yang besar ( 2 tingkat) dan panjang dan dihiasi dengan air air pancut yang berwarna warni. 

 Lotte World

Taman Tema indoor dan outdoor menyediakan pelbagai permainan yang boleh menyebabkan adrenalin  rush..Okey yang ni macam Genting rasanya..tapi aku pasti, mesti lagi best..tak sabar nak explore..


 Pulau Nami

Yang ni memang glamer kot..Orang kalau ke Korea, mesti jejak kaki kat sini..Jadi tarikan utama sebab pemandangan dia yang cantik sangat tu..Kalau sampai ke Korea, harus la aku tak lepaskan peluang juga..Perkara wajib sampai ke sini..Posing..


 Itaewon

Kat sini aku difahamkan, deretan restoran.kedai makanan halal di Korea..Macam-macam pilihan ada, nasi arab, kebab, masakan india, dan juga masakan Malaysia. masakan korea yang halal pun ada disini serta terdapat Masjid Besar Korea..  

Ni antara info yang aku dapat hasil dari carian di Google jadi kalau boleh aku nak experience sendiri pengalaman bercuti ke sana dengan mr hubby & boleh kongsi dengan pembaca blog aku...Mesti lagi best sebab pengalaman sendiri...

Traveloka, I need a holiday lah...

Keyword

Apa Top Entry Di Blog FiezSani?

09:00


Apa yang korang selalu cari kat blog FiezaSani?Banyak tak info korang dapat dari entry kita yang lama-lama tu..tQ jenguk ke sini..Dalam masa sama menaikkan trafik blog kita yang tak sebaper ni, hah...

Ni hasil research kat Nuffnang untuk keyword minggu lepas...Agak banyak jugak hasil carian korang kat blog kita yang biasa-biasa ni je..Ada entry personal..Ada entry review..Ada entry tips...Yang entry review tu, kita bangga juga sebab melekat kat hasil carian..hehe..keyword mengena..tetiap minggu, kalau check mesti entry review tu ada melekat kat keyword nuffnang...ni bagi semangat lebih kat kita untuk tulis entry review/advertorial..eh!!ada ke yang nak offer..kalau ada, okey je..kita tak tolak...rezeki jangan ditolak orang tua-tua cakap...kita pun masih belajar lagi nak menulis entry review ni..agak mencabar juga nak taip entry review/advertorial tapi kita suka sebab boleh belajar...

Kalau yang atas ni dari Nuffnang..Yang bawah ni dari Google Analytics..

Entry Nasi Goreng Kicap tu tetap no.1 kat blog kita ni..Masa mula2 share resipi tu tak aktif lagi jadi blogger..On off on off update blog..Lepas tu kalau taip entry pun tak tahu  macamana nak letak keyword apa?Main suka hati je taip..Tahu2 sekarang, paling top kat sini..hehe..

mr hubby

Every Girl Dream, I Guess

09:36

Semalam saja buat2 ter tag mr hubby yang ni kat FB..hehe

Sumber Dari : Izzatihazrul

Waaa..Every girl dream aku rasa..eh!!tapi siapa yang minat mekap2 je la..Kalau yang tak minat, bukan every girl dream..tapi kalau aku, yes dalam kategori Every Girl Dream..sebab aku sukaaa..

Mr hubby lepas dah tengok ni semalam kat FB dia..Dia cakap tak faham..Ingat tak faham apa?tak faham kenapa aku tag dia ni..pfffft..Dia cakap apa ni?Terus malas nak explain..Cakap tak de apa2..Saja je..Tapi seperti kata Harith Iskander, if girl say nothing it means everything..
Malas la nak explain dah orang tak faham...Lepas tu mr hubby pi masuk ke website Sephora..Dia cari ada ke yang selambak macam ni, hah..Aku cakap mana maunya..Kena pilih satu-satu lepas tu combine la jadi macam ni..kan..Sebab rasa aku kena pilih satu-satu atau tempah dengan orang yang ada buat delivery servis..kan kan..rasanya la...tak kisah la macamana tapi cakap kat mr hubby lepas tu hantar ke ofis aku..Lepas tu aku buat-buat terkejut..haha..Mr hubby cakap kat aku, kata kat ofis low profile..Low profile amendanya suruh hantar ke ofis bagai..Gedik..haha..Saja je melawak dengan mr hubby..Mr hubby cakap kalau kena pilih satu-satu memang dia tak reti ler..dia ingat ada jual lengkap macam ni kat Sephora..haha..adoi, shuben ku ini..Dia cakap kalau kena pilih satu-satu, serupa bagi duit kat aku, aku pi beli sendiri...ala, tak surprise la kan..eh!!tapi boleh jugak kan..bagi duit, iolls shopping kat sini..okey - mood verangan..ko rasa mampu pulak aku nak shopping barang mekap kat Sephora ni..

Tapi tetap rasa sweet kalau dapat make up bouquet flower macam ni...eh!!

Kesihatan

Rutin Baru Sekarang

16:16

7 Minute Workout


Ni la rutin baru aku sekarang..Orang yang kenal aku mesti cakap 'eh..dah kurus kot'..hmmm..tipikalnya..orang badan besar je la boleh exercise..orang kurus tak boleh?
Exercise kan bagus..Salah satu cara semulajadi untuk keluarkan toksin dalam badan ialah melalui senaman sebab bila bersenam kita akan berpeluh..dan toksin dalam badan dapat dibuang melalui peluh yang keluar melalui kulit..Jadi sebab ini la aku bersenam..Lagi satu sebabnya nak bagi cergas..Tak de la badan macam lemau je..Masa mula2 aku bersenam ikut video ni..7 minit dia, aku rasa macam setengah jam okey..Lepas bersenam tu, badan aku mak aih, sakit weiii..kaki tangan..terutama tangan..tapi esoknya tu tetap tak serik..aku senam juga..so ni minggu kedua aku bersenam..ceh, baru 2 minggu, ingat dah sebulan..haha..tak pe slow2 jadikan rutin...minggu ni, aku start buat zumba pula..tak pergi kelas zumba pun..buka YouTube..cari la step zumba untuk beginner..banyak pilihan..tapi ada satu yang aku boleh follow..semalam, rasa macam dah terer sikit..try buat 3 round..setiap satu round tu dalam 3 minit lebih je..ikut muzik kan..sedap la aku berzumba sorang-sorang dalam bilik..mr hubby balik kerja memang lambat..kunci pintu, lepas solat asar..start le bersenam..mula2 warming up buat step macam video kat atas ni dulu..lepas tu baru buat zumba..aku start dalam 5.30 pukul 6.00 tu dah abis..1/2 jam je..see, kenapa dulu malas nak buat fieza ooi..tak faham aku..kalau dulu duk umah sendiri..ber2 dengan mr hubby je..skrg duk dengan mak abah aku, kena cover2 sikit..buat dalam bilik..kang mak, abah aku tegur..dah kenapa terloncat2..haha..Jadi hasil setakat ni yang aku dapat dari exercise ni, satu - rasa badan lebih bertenaga terutama bila balik dari kerja..kalau tak dulu, dalam kereta sementara nak sampai rumah, badan aku letih macam buat kerja buruh binaan..pakej tidur lagi dalam kereta..yang kedua, aku ada masalah perut boncet, jadi sekarang ni rasa macam dah leper sikit perut..hehe..ada lagi boncet tu tapi kurang sikit berbanding dulu...Sukanyaaa..part perut ni memang dah lama aim..

So ni salah satu cara untuk aku buang toksin dari badan secara semulajadi..Bersenam..Yelah, aku kerja dalam pejabat..Bila masa nak berpeluhnya..Kat pejabat, duk dalam aircond..keluar tengahari, kejap je pergi cafe beli makan..bungkus, makan kat bilik..ate, cer cakap mana nak keluar peluhnya..Dulu aku pun fikir, eh kena ke senam2 ni..Dah la aku kurus..Kang lagi kurus..Tapi selepas diberi kaunseling oleh seseorang, untuk bersenam..dan kenapa perlu bersenam?aku terfikir balik..erm, ada betul juga apa yang dia cakap tu..Dekat 1 group yang aku joint dalam fb, founder selalu nasihat pada member group untuk bersenam..Lama dah aku dalam group tu, selalu founder tekankan part senam tu tapi tue la malas kan..baca di angin lalu je..Lepas dapat nasihat dari seseorang & dia pun tekankan perkara yang sama, dari situ la kesedaran aku untuk bersenam..Pentingnya mengeluarkan toksin dalam badan selain dari sistem perkumuhan (buang air besar/kecil)..Kita dah makan macam-macam tapi tak buat detoks..Tue yang penyakit senang nak lekat...Bak kata seseorang tu, bagi sihat dulu badan..

Lagi satu, tak semestinya nak bersenam kena pakai 1 set pakaian sukan, der...Aku pakai baju kurung je..haha..Tak kisah la..tujuan utama nak berpeluh untuk buang toksin bukan nak bergaya..Aku bersenam pun dalam bilik..Apa ada hal, pakai baju kurung je..Janji senam..gitchuu..


Oo..kalau korang tertanya2, mr hubby aku tu?mr hubby tak nak bersenam..so, aku bagi dia minum air Chia Seed..Paham la lelaki, kan..payah sikit...Chia seed salah satu fungsi dia untuk menyah toksin...Jadi mr hubby cuma amalkan ni & susu omega untuk kolestrol...Haritu mama ada bagi 1 supplement untuk detox..supplement tu dari herba2..aku bagi mr hubby yang minum..kongsi dengan abah aku..Dah habis pun supplement tu..Rasa-rasa mama nak sponsor lagi tak..eh!!haha...

SEO

SEO Blog Mencapai Piawaian...

09:34

AFB


Bestnya joint group AFB ni..Macam-macam ilmu pasal blogging dapat..Suka join group yang macam ni..eh!!AFB ni apa?AFB singkatan pada AUTO FEED BLOG..Dulu dikenali dengan nama Exchange Feed Group(EFG)..Founder group ni, adalah Mommy Ira yang comel lotey...tQ ira, terima akak masuk dalam group ni..Dalam group ni macam-macam ilmu berkenaan blog akan dikongsi bersama..Jadi tiada istilah malu2..Kalau tak tahu kena la tanya..macam baru2 ni, aku tukar template blog..Haih, pening juga nak bermain coding tu..Tambah template aku yang mula2 tak jadi..Butang 'Read More' , arkib link tak berfungsi..Nak tanya mr hubby tak berani sebab kena marah pasal gatal tukar template lain..Jadi aku tanya la kat dalam group AFB ni..ramai juga yang bantu..tQ korang..Mula2 masa nak tanya tu, macam was-was je..ada ke yang nak jawab..Sekali meleset sangkaan tu..Hasil bantuan dari member group AFB & mr hubby, ni la hasil template baru kat blog FiezaSani..Macamana hasilnya?Cantik tak?Nak tak nak minta tolong juga la dengan mr hubby sebab melibatkan coding..failed ahkak...

Ni antara ilmu baru yang aku dapat untuk menjadikan SEO blog 100%..hasil tunjuk ajar senior AFB..Masa mula2 aku cuba check blog aku ni dapat 78% je..macam hmmm..kureng je..sebab otai2 yang dalam AFB kebanyakan 100%..mak aih..boleh ke blog aku ni dapat macam tu juga..Jadi dengan tunjuk ajar senior2 dalam ni, aku cuba juga menjadikan SEO blog aku ni 100%..Aku rujuk dari sini WayneHarraz & PCL..Geng AFB juga...Pada geng baru AFB yang lain terpulang nak cuba buat atau tidak tapi senior dah tunjuk jalan, kita cuma praktikkan je pada blog masing-masing..Kadang bila buat ada yang jadi..ada tak..Jangan putus asa, cuba je hingga berjaya..Tak tahu sila bertanya..Orang tua-tua kata 'Malu Bertanya Sesat Jalan'...Macam aku nak buat blog aku capai SEO 100% ini, agak mencabar untuk aku sebab main dengan coding..tapi nasib baik, menjadi...kembang kempis hidung tunjuk kat mr hubby hasil SEO blog aku ni..Nak tengok tak, berapa peratus aku dapat?Jeng..Jeng..Jeng...

Hasil pencapaian SEO terkini dari http://chkme.com/ untuk blog aku yang tak seberapa ini..



yeay...

Geng baru AFB, kalau nak dapat hasil macam ni..cewah macam hebat sangat..Boleh la terjah blog senior yang aku dah letak link kat atas tu..Ikut langkah2 kat situ, mesti jadi punya...

SEO

Design Yang Simple Tapi Menarik

09:00

TEMPLATE BARU 

Hollaa..yang selalu masuk kat blog kita mesti terkejut gitu, berwajah baru blog kita...cewah..macam ramai benor yang masuk ke blog kita yang tak sebaper ni..okey, tak pe la just untuk info korang, ni la  wajah baru blog FiezaSani..Saja je ubahsuai blog ni..Asyik sama je..boring juga kan...cehh, padahal ada udang di sebalik mee..hihiSebenarnya ikutkan malas nak tukar template sebab kalau tukar je, mesti kena bermain dengan coding dia..fuhhh..untuk yang tak berapa pandai I.T. macam kita ni memang jenuh juga la nak edit bagai..Masa tukar template yang pertama, rasa macam dah cun tapi link arkib blog, menu tab & 'read more' tak berfungsi..fuh..mencabar weii..tanya kat group blog yang kita joint, ada beberapa orang member group beritahu macamana nak buat..tapi jalan penyelesaian yang terbaik tukar template lain..mungkin template yang kita pilih tu ada masalah..fuhhhh..sabar je la..Jadi tukar yang kedua..okey, dah masuk template kedua..cantik dah..tapiii..kotak komen tak nak keluar..ah..sudah..macamana orang nak komen..walaupun tak ramai pun orang komen tapi kena la sediakan juga kan..perumpamaan, orang datang ke rumah kita..mesti kita sediakan air walaupun mungkin tetamu kita tu tak minum air  yang kita dah buat..hah!!lebih kurang macamtu la nak bagi contohnya..Dah tu..macamana nak buat ni?tanya seorang member group, dia sibuk..yelah hari cuti kot..ko sibuk je ganggu orang, kan..nak tak nak kena le minta tolong mr hubby..ikutkan malas sebab masa tukar template yang pertama tu, dah kena marah..hihi..yelah..template sebelum ni mr hubby dah buat cun dah..tapi aku tukar pula yang baru ni..mau tak bising mr hubby..hehe..terpaksa tukar sebab bounce rate blog aku rendah sangat..mungkin template blog yang sebelum ni, berat..orang kalau masuk blog kita, mesti nak cepat je..tekan je, terus keluar..kalau kena tunggu loading bagai..eh!!memang tak la orang nak tunggu kan..so dah tukar template ni, rasa okey sikit kot..lagipun nak cari template yang mesra SEO katanya..maklum la jadi blogger ni, blog kena mesra SEO kat google...baru blog senang melekat kat carian google...

Nota : Untuk jadikan blog kita mesra SEO, cari tema jenis Responsive

LifeStyle

TNB Jalan Klang Lama...Your Front Liner OUT

18:20

Bak kata mr hubby, kat Malaysia ni tak ada pilihan jadi nak tak nak memang kita kena berurusan dengan TNB...Tak kisah pasal tu..Dah memang kat Malaysia macam ni cuma bila ada satu sahaja syarikat yang menguasai, kakitangan yang bekerja di syarikat tu jadik lemak berkrim..Mungkin tak semua TNB macam tu tapi ni pengalaman aku & mr hubby baru2 ni kat TNB Jalan Klang Lama..Aku ada up status pasal ni kat fb..Geram aku...



Layanan sangattt la mengecewakan..Dari mula kitaorang masuk, terus ke kaunter sbb nak check no.akaun & jumlah yang kena bayar..Layanan kat situ pun dah OUT..Muka staff yang layan kitaorang masa tu sangat la 'MANIS'...di ulang lagi sekali MANIS..bak komen sorang member aku kat fb, 'period semedang staff kat kaunter ni'...Selalunya memang kitaorang akan bayar kat mesin sbb kitaorang bayar weekend..Kebetulan Isnin baru ni, kitaorang cuti jadi dah alang2 lalu & time pejabat, mr hubby cadang nak bayar bil kat kaunter je sebab kalau guna mesin selalunya update selepas 1 hari..Masa hari kitaorang nak bayar tu dah due tarikh untuk bayar bil..Tak nak la ada tunggakan untuk bulan berikutnya..Jadi ingatkan boleh bayar kat kaunter..Rupanya tak boleh..kena kat mesin jugak..Tak pe la nak buat macamana kan..Nak save bajet kot..tapi letak staff ramai2 kat kaunter tu untuk apa yeak?Masa aku nak ambil no.giliran, staff kat kaunter layan sambil lewa je dengan aku..Sambil cakap dengan aku, mata tak lepas pandang pc..Sibuk sangat tu...

Bila dah tak di layan kat situ, aku & mr hubby udah tercangak2 depan kaunter yang berderet tu..kebetulan ada salah satu kaunter kosong, tak de pelanggan pun..staff tu tak de pun ambil inisiatif nak tanya kitaorang 'ada apa2 yang boleh saya bantu?'..nan adoo..Mr hubby perasan ada yang main handphone..hat sorang staff yang tak de pelanggan masa tu, buat2 tak nampak pun kitaorang yang terang2 tengah berdiri kat situ..Padahal tak de pelanggan lain pun..dalam erti kata lain..tak ramai..Mr hubby nak bayar kat kaunter jugak sebab nak tanya sekali kenapa bil elektrik kitaorang tinggi tiap2 bulan..pernah sampai RM200..Jenuh komplen..Ada la orang TNB datang rumah, check apa ntah..Turun sikit..lepas sebulan dua, naik balik..Pelikkk tul kitaorang..Padahal rumah PPR kot..Bukan duk kondominium..Nak tanya pasal ni sekali kat kaunter tapi memandangkan staff2 TNB Jalan Klang Lama sangat super busy masa tu..Jadi tak boleh la nak tanya...

Hmmm..bz sangat kan..Tue yang tak boleh nak layan pelanggan yang tercangak2 kat depan kaunter masa tu (kitaorang)...Kaunter 5/6 tu ada staff tapi agaknya dia nampak kot aku nak tangkap gambar..tengok2 kosong pulak kat situ..tak pe la..positif2..gi toilet gamaknya

Apa2 pun tQ TNB Jalan Klang Lama..Your service OUT!!!Your front liner customer service not helping at all..Jadi apa fungsi letak berderet2 kaunter & staff front liner tapi tak membantu pelanggan...Hope do upgrade your service..Jangan la duit nak..bonus nak..tapi pelanggan, dilayan macam sampah...Aku rasa kalau ada pilihan lain syarikat yang handle elektrik, dah lama TNB ni bungkus...Memang la staff2 TNB akan fikir, eh lantak la kan..komplen la macamana pun..Janji dapat gaji cukup bulan..yea..tapi fikir2kan berkat ke dapat duit gaji bagi famili makan tapi hasil kerja??macam *&^%$##..oo..mungkin fikir, sihat je famili kat rumah walaupun hasil kerja macam *&^$%**..tak pe la dia kalau dapat balasan bukan sekarang..nanti2..kalau tetiba ada masalah itu..masalah ini..fikir2 kan le yea...Kita kerja bukan setakat untuk gaji..Kerja tu sebagai ibadah..Setiap kerja yang kita buat dengan ikhlas, ada hasilnya..bukan dari segi wang ringgit je..Pahala pun dapat...Aku selalu pikir macamni..Kalau kita mudahkan urusan orang..Allah mudahkan urusan kita..

LifeStyle

Cuak ni

17:57

Sapa pernah terperangkap dalam lif?? angkat tangan..heeee....aku tadi kena kat lif ofis ni..aku turun kat tingkat 5 nak antor something kat pejabat pengurusan atasan..lepas dah antor tadi, naik lif balik..ofis aku tingkat 11..masuk lif tekan butang tingkat 11..lif tu bergerak naik ke atas..habit aku masuk dalam lif, aku akan tengok kat skrin dalam lif tu..masa aku tengok kat skrin tu..baru aku pasan, skrin tu tak kuar no..aku pandang balik kat butang lif, tingkat 11 tak menyala..ah sudah!!!! aku tekan butang 11 balik, x boleh..tingkat 12, 13, 14..tak menyala..halamakkk!!!! cuak ni..sekali lif tu benti..tingkat baper aku tak sure sbb skrin tu tak berfungsi..aku dah pandang hp, nak kol sesapa kat opis aku..tapi aku try je tekan butang pintu bukak banyak2 kali..alhamdulillah..hasil tekan banyak2 kali, berjaya..pintu bukak..terus aku kuar..tengok2 tingkat 12..turun tangga je la..mengigil jap kepala lutut aku pas kuar dri lif tu..dah la aku sensorang stuck dalam lif tu tadi..


Dah la aku fobia naik lif..kena tadi, lagi bertambah fobia..aku aim je lif yang aku sangkut tadi..serik naik lif tu..tak pe ada 5 lif lain..Kalau ada orang, aku naik lif tu..kalau tak, memang aku tunggu lif lain..

LifeStyle

Pengaruh Iklan

13:36

Pengaruh iklan????

Haritu ternampak iklan Scha jadik model iklan Rexona yang jenis spray untuk cik ketty..hehe..tak tau la iklan tu baru ke lama tapi haritu tertengok terus terpengaruh..  aku dah lama tak pakai sebarang deodorant sbb alergik..gatal2 kat cik ketty sbb sebelum ni aku pakai jenis stick..dari sebelum kawen lagi..tapi lepas dah kawen, boleh plak aku jadik alergik..aku syak jangkit dengan mr hubby..mr hubby tak boleh pakai deodorant..cik ketty dia jadik bengkak2..tu aku syak, aku dah terjangkit..hehe..so memandangkan aku tak boleh pakai yang hat stick tu, kita try hat spray plak..tak tau le sesuai ke idok..hope sesuai..tak pe la mahai sikit..dah baper hari aku pakai ni, okey..selesa..rasa kering jer..cik ketty pun tak de la bau asyem2..hihi..kalau x, fengsannn..hihi..


Perlu ke berkongsi di media sosial?

13:08

Beberapa hari lepas blogger terkenal Abg Ben Ashaari dijemput ke satu rancangan wawancara kat TV 1..topik nya Kongsi Aib Di Laman Sosial..Ada beberapa orang blogger yang share berkenaan ni di blog masing-masing..

Aku nak share jugak sebab aku tak nak cakap pasal orang lain tapi diri sendiri..Aku pernah buat dulu..Alahai..bila ingat balik tak matangnya aku..Aku sebenarnya memang tak suka nak update status kat fb..Memang bukan cara aku sikit2 nak update kat media sosial..

Tapi masa aku update isu tu sebenarnya aku tengah marah ya amatttt dengan seseorang..bukan kat fb..kat blog ni pun aku tulis jugak..pfffttt..fieza fieza..tak matangnya masa tu!!!!Aku memang tak suka update apa2 status kat fb..Disebabkan status aku tu, kecoh sekejap..Supaya kes tak jadi lagi panjang, status yang aku dah tulis tu, aku hide dari wall fb..Nampak tak kesan dari berkongsi / luah perasaan di media sosial ni..Bila perasaan marah mengawal diri, tak sedar luah perasaan kat fb..ayat pulak mak aihhh..malas nak cakap..seeloknya masa tu, aku kena bertenang..haih..tapi tue la duk nampak salah orang je..salah sendiri tak nampak..Belajar dari kesilapan dulu,  sekarang aku memang tak suka nak update apa2 status yang menyakitkan hati orang @ mengaibkan orang..Kalau difikir2kan balik kalau kita bercakap yang boleh aibkan orang tanpa sedar kita bukak aib kita sendiri..Satu jari tunjuk kat orang, 4 jari tunjuk pada kita balik..Aku pernah terbaca kat fb..

Sekarang ni aku more positive..Malas nak jadik macam budak2, semua nak update kat fb/ig..Kalau ada yang komen pula, aku rasa yang jadik batu api lagi banyak dari yang menasihat..Jadi apa ke point update kat media sosial?adakah nak tunjuk kita hebat?kita bagus?kita sempurna?

Moral of the story - sebelum kita nak share @ update apa2 di media sosial kita, fikir2 dulu sebelum jari tu laju menaip..Yang penting niat nak update tu untuk apa?Fikir2kan..

Give Away

New Year Giveaway by MF

08:30

Support member blog..Join GA lagi..ngeee..Jangan bohsan tau..kita memang suka mencuba nasib..sebab kalau menang, dapat hadiah..heee..Sesapa nak joint, klik banner kat bawah ni...


Tidak lama lagi sudah hendak masuk tahun 2017.
Mya nak launch New Year Giveaway yang akan bermula hari ini,
14 Disember 2016 - 11 Januari 2017.


KLIK BANNER UNTUK JOIN

Hadiah:

Grand Top Referral : RM100

Weekly Top Referral : RM20
(21hb, 28hb, 4hb)

Planner x 2 winners
Topup RM10 x 2 winners
Pouch x 2 winners

*hadiah akan diupdate dari masa ke semasa*

Flickr Images

HAK MILIK

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam blog ini, sila hubungi penulis di fieza_amy81@yahoo.com


[PENAFIAN] Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini dan untuk rujukan kepada pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.