AFB Feeds

Dapur FiezaSani : Daging Goreng Berlada

12:18

Lama tak share resipi kat sini..asyik review je..boring pulak orang nak baca..ada meh yang baca blog tak sebaper ni?hehe..tak kisah la..ada ke tak ke.Nak tepek gak resipi yang aku cuba ahad lepas..mak aku dah tak de idea nak masak apa..jadik moh le turun ke dapur..asyik berkepit je dengan handphone kan..bertuah punya anak!!!

DAGING GORENG BERLADO..Resipi aku amik kat SINI..

Jom berkenalan dengan bahan-bahan


1) Cili merah
2) Cili Padi
3) Bawang Merah
4) Bawang Putih
5) Halia
6) Belacan

**Kuantiti terpulang la pada berapa banyak korang nak masak..aku?ikut suka hati je...


Bahan utama-Daging..Potong nipis2..

 Limau - ambil jus dia je..Sebiji

Cara nak masak pulak : 


Gaul daging bersama serbuk kunyit & garam..


Cili merah , Cili Padi, Bawang Merah, Bawang Putih, Halia & Belacan yang telah dikisar..Sebenarnya lagi best kalau tumbuk..aku dah try nak tumbuk..tapiii banyak yang terkeluar dari dalam lesung batu tu..eh!!marah pulak rasa..terus masuk je dalam blender..setel...

Daging dah siap digoreng..Daging ni lagi best kalau biar lagi garing..sedap..tapi aku tak suka pulak macam tu..Sedang2 gini dah okey untuk aku..Kalau korang suka garing..boleh la buat lagi garing dari macam aku punya ni...

Tumis bahan-bahan yang dah dikisar tadi..Biar sampai naik minyak..Masukkan jus limau tadi, garam & gula..Kalau tak cukup apa2, pandai la korang adjust ikut selera masing-masing...Tunggu agak2 kering & masak..

Masukkan daging..Gaul rata..Siap!!!

Sedap ke idok?Harus la sedap..mr hubby ratah gitu je..okey, kalau gitu maksud dia SEDAP..
Lenkali boleh buat lagi..

You Might Also Like

3 comments

  1. Sedapnya daging goreng berlado versi Fieza ni...terliur pulak dekat anak tekak hehehehe rasa nak makan sekarang juga .

    ReplyDelete
  2. Sedapnya.. sedapnya.. Sha suka daging...
    Resepi yang ohsem nie...
    Nak cuba juga nanti..

    ReplyDelete

Flickr Images

HAK MILIK

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam blog ini, sila hubungi penulis di fieza_amy81@yahoo.com


[PENAFIAN] Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini dan untuk rujukan kepada pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.