AFB Feeds



TNB Jalan Klang Lama...Your Front Liner OUT

18:20

Bak kata mr hubby, kat Malaysia ni tak ada pilihan jadi nak tak nak memang kita kena berurusan dengan TNB...Tak kisah pasal tu..Dah memang kat Malaysia macam ni cuma bila ada satu sahaja syarikat yang menguasai, kakitangan yang bekerja di syarikat tu jadik lemak berkrim..Mungkin tak semua TNB macam tu tapi ni pengalaman aku & mr hubby baru2 ni kat TNB Jalan Klang Lama..Aku ada up status pasal ni kat fb..Geram aku...



Layanan sangattt la mengecewakan..Dari mula kitaorang masuk, terus ke kaunter sbb nak check no.akaun & jumlah yang kena bayar..Layanan kat situ pun dah OUT..Muka staff yang layan kitaorang masa tu sangat la 'MANIS'...di ulang lagi sekali MANIS..bak komen sorang member aku kat fb, 'period semedang staff kat kaunter ni'...Selalunya memang kitaorang akan bayar kat mesin sbb kitaorang bayar weekend..Kebetulan Isnin baru ni, kitaorang cuti jadi dah alang2 lalu & time pejabat, mr hubby cadang nak bayar bil kat kaunter je sebab kalau guna mesin selalunya update selepas 1 hari..Masa hari kitaorang nak bayar tu dah due tarikh untuk bayar bil..Tak nak la ada tunggakan untuk bulan berikutnya..Jadi ingatkan boleh bayar kat kaunter..Rupanya tak boleh..kena kat mesin jugak..Tak pe la nak buat macamana kan..Nak save bajet kot..tapi letak staff ramai2 kat kaunter tu untuk apa yeak?Masa aku nak ambil no.giliran, staff kat kaunter layan sambil lewa je dengan aku..Sambil cakap dengan aku, mata tak lepas pandang pc..Sibuk sangat tu...

Bila dah tak di layan kat situ, aku & mr hubby udah tercangak2 depan kaunter yang berderet tu..kebetulan ada salah satu kaunter kosong, tak de pelanggan pun..staff tu tak de pun ambil inisiatif nak tanya kitaorang 'ada apa2 yang boleh saya bantu?'..nan adoo..Mr hubby perasan ada yang main handphone..hat sorang staff yang tak de pelanggan masa tu, buat2 tak nampak pun kitaorang yang terang2 tengah berdiri kat situ..Padahal tak de pelanggan lain pun..dalam erti kata lain..tak ramai..Mr hubby nak bayar kat kaunter jugak sebab nak tanya sekali kenapa bil elektrik kitaorang tinggi tiap2 bulan..pernah sampai RM200..Jenuh komplen..Ada la orang TNB datang rumah, check apa ntah..Turun sikit..lepas sebulan dua, naik balik..Pelikkk tul kitaorang..Padahal rumah PPR kot..Bukan duk kondominium..Nak tanya pasal ni sekali kat kaunter tapi memandangkan staff2 TNB Jalan Klang Lama sangat super busy masa tu..Jadi tak boleh la nak tanya...

Hmmm..bz sangat kan..Tue yang tak boleh nak layan pelanggan yang tercangak2 kat depan kaunter masa tu (kitaorang)...Kaunter 5/6 tu ada staff tapi agaknya dia nampak kot aku nak tangkap gambar..tengok2 kosong pulak kat situ..tak pe la..positif2..gi toilet gamaknya

Apa2 pun tQ TNB Jalan Klang Lama..Your service OUT!!!Your front liner customer service not helping at all..Jadi apa fungsi letak berderet2 kaunter & staff front liner tapi tak membantu pelanggan...Hope do upgrade your service..Jangan la duit nak..bonus nak..tapi pelanggan, dilayan macam sampah...Aku rasa kalau ada pilihan lain syarikat yang handle elektrik, dah lama TNB ni bungkus...Memang la staff2 TNB akan fikir, eh lantak la kan..komplen la macamana pun..Janji dapat gaji cukup bulan..yea..tapi fikir2kan berkat ke dapat duit gaji bagi famili makan tapi hasil kerja??macam *&^%$##..oo..mungkin fikir, sihat je famili kat rumah walaupun hasil kerja macam *&^$%**..tak pe la dia kalau dapat balasan bukan sekarang..nanti2..kalau tetiba ada masalah itu..masalah ini..fikir2 kan le yea...Kita kerja bukan setakat untuk gaji..Kerja tu sebagai ibadah..Setiap kerja yang kita buat dengan ikhlas, ada hasilnya..bukan dari segi wang ringgit je..Pahala pun dapat...Aku selalu pikir macamni..Kalau kita mudahkan urusan orang..Allah mudahkan urusan kita..

You Might Also Like

2 comments

  1. bukan setakat di TNB, pergi bank ke pejabat pos, layanan memang k.o. ada yg staff senyum n ramah tapi kebanyakannya muka 'ketat' je. staff di Malaysia patut belajar cara melayan cust

    ReplyDelete
  2. Banyak tempat kat KL ni FL diorang macam hampeh..x nak keja berenti la kan..bg org lain yg perlukan kerja plak...besar sgt gaji agaknya..eh..emosi plak

    ReplyDelete


Flickr Images

HAK MILIK

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam blog ini, sila hubungi penulis di fieza_amy81@yahoo.com


[PENAFIAN] Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini dan untuk rujukan kepada pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.