Menyahut cabaran #SarapanDutchLady...Alhamdulillah..Dapat tajaan susu Dutch Lady selama seminggu untuk cabaran 7 hari #SarapanDutchLady..Kalau perasan kat facebook aku, aku duk post gambar susu dutch lady & sarapan pagi minggu lepas..Harap bertabah je la yeak korang tengok gambar susu dutch lady & bekpes aku tu..hehe..Sampai ada yang komen, ingat aku duta SUSU DUTCH LADY ke?..haha..Tak mampu nak ganti tempat Aaron Aziz tu jadi duta susu DUTCH LADY..Sapa la daku..Mampu untuk ajak korang beramai-ramai mengamalkan gaya hidup sihat dengan bertukar dari minuman kegemaran korang setiap pagi kepada susu DUTCH LADY..


Seperti yang kita semua pun tahu..SARAPAN PAGI sangat la penting..Aku jatuh dalam kategori  WAJIB mengambil SARAPAN PAGI, hokay..Boleh naik angin kalau tak makan pagi..Wei..penting kot sarapan ni..Tak kisah la korang suri rumah ke, wanita yang bekerja ke?Sebelum mulakan aktiviti harian kita tu, WAJIB kita ambil sarapan pagi.. Sarapan pagi MEMBERIKAN TENAGA untuk kita melakukan aktiviti harian..Sarapan pagi MEMBERIKAN kita LEBIH SIHAT berbanding yang tidak mengambil sarapan kerana kandungan gula dalam darah akan meningkat & membuat kita cepat lapar..Sarapan pagi DAPAT MENJAGA BERAT BADAN kita sebab bila kita makan di waktu pagi, mengurangkan rasa lapar yang menyebabkan kita akan mengambil makanan ringan..Sarapan pagi MEMBERIKAN kita MINDA YANG LEBIH TAJAM sebab kita akan lebih fokus bila melakukan kerja harian..Sarapan pagi MENGURANGKAN RASA LAPAR terutama untuk sesiapa yang tengah mengawal berat badan sebab mengurangkan pengambilan makanan yang berlebihan pada waktu makan tengahari dan malam.. Sarapan pagi bersama keluarga akan mendidik anak-anak terutamanya untuk memberitahu mereka secara tidak langsung pentingnya untuk SARAPAN PAGI..

Nampak tak kepentingan SARAPAN PAGI disitu..Bagi melengkapkan lagi sarapan pagi kita, wajib kita amalkan susu DUTCH LADY iaitu SUSU No.1 UNTUK SARAPAN yang padat dengan kalsium & sesuai untuk semua ahli keluarga..Kebanyakan dari rakyat Malaysia lebih suka mengambil minuman seperti teh o, teh tarik, kopi, nescafe untuk dihidangkan bersama sarapan kita..Tahu tak korang dari kajian menunjukkan susu merupakan penawar yang diperlukan oleh badan kita..Selepas 8 hingga 12 jam makanan yang kita ambil pada waktu malam, segelas susu dapat menyediakan khasiat yang diperlukan oleh badan kita pada waktu pagi..Oleh itu  DUTCH LADY Malaysia mencadangkan agar setiap ahli keluarga di Malaysia mengambil sekurang-kurangnya 2 hidangan susu sehari untuk memenuhi keperluan pemakanan untuk seisi keluarga..Dengan setiap 2 hidangan ini, merangkumi 200mg kalsium ke dalam tubuh kita..Susu sebagai sumber utama kalsium, membantu kanak2 untuk  pertumbuhan tulang & gigi yang kuat juga untuk kita yang dewasa..



tQ DUTCH LADY for 1 week sponsor..Dalam pakej ni ada 7 kotak susu DUTCH LADY untuk cabaran #sarapandutchlady..

Susu DUTCH LADY mengandungi MANGANESE, PHOSPHORUS, SELENIUM, CALCIUM, PROTEIN & VITAMINS C, D, A dan B

Antara fungsi vitamin di dalam susu DUTCH LADY >>

PROTEIN ~ memainkan salah satu peranan utama dalam pertumbuhan seperti pembinaan tulang, otot dan tisu

VITAMIN A ~ Vitamin A penting untuk fungsi mata yang sihat

VITAMIN B2 ~ menyokong fungsi-fungsi selular yang mengubah makanan kepada tenaga 

VITAMIN D3 ~ Membantu penyerapan kalsium dan fosforus 
 
 Tahu tak korang?

Kajian menunjukkan satu cawan susu lebih mudah untuk dihadam apabila dihidangkan dengan makanan lain.. Dan dengan pengambilan setiap gelas Dutch Lady PureFarm pada waktu pagi boleh membantu untuk menyediakan sekurang-kurangnya 275 mg kalsium bagi memenuhi keperluan kalsium harian kita..

 Cabaran 7hari #sarapandutchlady

Jom tengok cabaran 7 hari #sarapandutchlady..apa menu2 yang aku ambil untuk sarapan pagi?Yang penting wajib ada SUSU DUTCH LADY...


HARI PERTAMA ~ Sandwich, Oat & 1 kotak DUTCH LADY Pure Farm Full Cream Milk 


HARI KEDUA ~ Mihun Goreng + Telur Goreng & 1 kotak DUTCH LADY Pure Farm Low Fat High Calcium

HARI KETIGA ~ My favourite LONTONG & 1 kotak   DUTCH LADY Pure Farm Low Fat High Calcium


HARI KEEMPAT ~ Telur separuh masak + 1 kotak DUTCH LADY Pure Farm Low Fat High Calcium


HARI KELIMA ~ Mihun Goreng + Telur Goreng & 1 kotak DUTCH LADY Pure Farm Full Cream Milk
 

HARI KEENAM ~ Kegemaran rakyat Malaysia iaitu Nasi Lemak &1 kotak DUTCH LADY Pure Farm Full Cream Milk


HARI KETUJUH ~ Roti kegemaran BUTTERSCOTCH & 1 kotak DUTCH LADY Pure Farm Full Cream Milk  

Eh!!Breakfast aku semua berat2..ngeee..yup..aku seorang yang tak suka sarapan pagi kalau kuih2 gitu je..Hari ketujuh tu je, saja try sarapan dengan roti kegemaran sebab ternampak kat kedai..hehe..Okey jugak tapi aku lagi suka sarapan yang berat macam hari lain..Cabaran 7 hari #sarapandutchlady ni juga beri info baru pada aku kepentingan pengambilan susu setiap hari & aku harap cabaran ni akan ubah cara pengambilan minuman untuk sarapan pagi aku..Sebelum ni tahu kepentingan susu tapi buat tak kisah..Tapi bila sambil taip entry ni, baru nampak pentingnya SUSU dalam kehidupan harian kita..

Kalau korang nak tengok mix & match sarapan pagi dengan + DUTCH LADY peserta2 yang menyertai cabaran sarapan 7 hari ni, korang boleh cari kat instagram dengan #sarapandutchlady..Ramai yang kreatif weiii breakfast dorang...Mungkin boleh beri idea untuk sarapan pagi korang pula bersama DUTCH LADY ;)

Untuk maklumat lanjut :~

FB PAGE : Dutch Lady Malaysia 
INSTAGRAM : DutchLadyMy

2 Comments

  1. cantik..kemaih gambaq depa.. mesti boleh menang contest ni.. all the best fieza.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kemaih ke?besa2 je PCL..kalau tengok blogger lain lagi gempaq gambaq depa..Kalau menang, uiii..memang rezeki sangat..hehe

      Delete