AFB Feeds



Dapur FiezaSani - Ayam Bakar Kicap Pedas

11:58

Ayam bakar versi fiezasani..Dapat resipi ni kat group masakan dari Facebook tapi diolah semula oleh chef fiezasani...Jom tengok bahan2 dia..Simple je resipi ni..


Bahan-Bahan:

**Ayam 
**Serbuk kunyit
**Garam
**Halia + Bawang Putih 2-3 ulas (Kisar/tumbuk)
**Cili kering yang telah dikisar 
(berapa sudu nak letak, ikut la pada tahap kepedasan masing-masing
**Kicap
(Aku guna kicap JALEN je)

Cara Masak:

1. Bersihkan ayam & masukkan dalam satu bekas

2. Campur kesemua bahan & gaul sehingga sekata..Perap 15-30 minit..Lagi lama lagi bagus sebab bahan2 perap tu meresap dalam ayam..

3. Siap untuk dibakar..Yang bakar ni aku guna pemanggang ajaib je..senang keja..

Resipi asal ayam kicap ni sebenarnya berkuah..Aku dah try tapi tak kena dengan selera mr hubby..Sebab ayam tu tak goreng dulu..Jadi aku ubah kepada versi bakar pulak..Macamana hasil dia?Tangan #fiezasani gitu kan..Harus la sedap..Ahaks!!!
Kena dengan selera mr hubby...Komen mr hubby, macam ayam panggang katanya..

Resipi ni bagi aku sangat lah senang nak buat terutama untuk wanita2 yang bekerja macam kita ni..Malam siapkan bahan2 & perap..Petang esok, balik dari kerja terus bakar...Jimat masa...

You Might Also Like

2 comments


Flickr Images

HAK MILIK

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam blog ini, sila hubungi penulis di fieza_amy81@yahoo.com


[PENAFIAN] Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini dan untuk rujukan kepada pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.