Vietnam..Sapa tak kenal kan..Tempat membeli-belah weiiii..Haritu mr hubby dapat gi ke sini..Ikut company trip..Waaa..ahkak ni melonjak2 nak ikut..Tapiii apa kan daya, mampu tengok je la..Company trip tu cuma untuk kakitangan sahaja..Di ulang semula..Kakitangan okey..Family members atau yang tidak berkaitan, sila tengok je..huhu...Tak pe la..Tak dapat nak ikut..Apa lagi..Kirim la kat mr hubby suruh beli kain..kat sana kan ke murah..Baju kurung moden yang dah siap pun, mak aihhh..murah2 wei...ada sepasang mr hubby belikan untuk aku, harga RM40..vengsannn..Kalau aku yang joint sekali trip ni, aku rasa lupa diri kejap..haha..

Sikit tips untuk ke Vietnam, korang boleh tengok kat bawah ni yea...eh!!macam aku pulak yang melancong ke sini..ahaks!!Ala aku tolong sikit2 sebelum mr hubby ke Vietnam haritu & mr hubby cerita pengalaman dia masa kat sana...Jadik aku compile kan..Boleh la untuk bagi panduan sikit kat korang yang nak ke sana...

**1st of all, wajib la tukar duit RM ke VND (Vietnam Dong)..Kadar tukaran, ikut waktu semasa..Mr hubby haritu bawa VND2,000,000.00 (RM374)...jutawan sekejap gii ke sana..haha..duit main juta2 terus..duit RM200, mr hubby bawak jugak sebab dengar kat sana, dorang terima jugak RM..

** Sila berhati-hati kalau nak selfie ke wefie ke dengan handphone, takut kena ragut..Kat sana dorang majoriti naik motor..

**Bawa makanan kering sebab kat sana ada restoran halal tapi mr hubby cakap harga dia mahal..mungkin tak banyak restoran halal jadi harga tu lebih sikit..(Ni antara makanan kering yang mr hubby bawak ~ maggie, makanan segera [sambal ikan bilis jenama Brahim], kicap)..haha..jangan terkejut mr hubby bawak kicap lak..feveret dia tu...

**Jangan lupa bawak bekas tau kalau beli maggi..Kat hotel sana tak de bekas..Nak guna hotel punya, di ragui sebab makanan kat sana tak halal..Nak guna bekas makanan kat situ pun was2 sebab status makanan tak halal..Jadi kalau beli maggie, sila bawak bekas sesiap..Haritu mr hubby, 10 bungkus bawak ke sana..10 bungkus gak bawak balik sini..sebab tak de bekas nak makan..Ada try nak beli bekas makanan kat sana tapi mahai bebenor..mungkin mr hubby pergi ke kedai yang mahai kot...

**Kad atm jangan lupa..Kot la shopping sampai duit dah abis..hehe..ni jadik kat mr hubby kisahnya..Dah kena keluar duit kat sana..Caj lebih sikit dari rate tukaran kat Malaysia...Duit yang keluar dari atm, memang terus VND tau, bukan RM...Jangan terkejut lak...

Slip bank mr hubby keluar duit kat sana..Ada Maybank tapi jarak agak jauh dari hotel tempat mr hubby menginap kat EDEN SAIGON HOTEL, Vietnam..Memandangkan dah kehabisan VND & RM gigih jugak la berjalan dari hotel ke Maybank..



Jom nak tengok hasil shopping mr hubby kat sana..Masa shopping ni, mr hubby snap gambar2 kain, baju suruh aku pilih melalui WhatsApp..Rambang mata aku nak pilih, beb...Kalau aku yang folo mr hubby ke sana, memang lebih dari 2 juta dong tu..Mr hubby pun tak cukup..Aku...lagi lerrr..

www.fiezasani.xyz
Ni material kain ~ Swiss Cotton..Aku nak tiru design kat satu igshop ni..cantik bangatt..kebaya je pun tapi mahai...dah mr hubby ke sana..suruh mr hubby cari material yang sama..Jumpa pun..kain ni dalam RM37-RM40 (3.5 meter)..Bidang kain 60..Ada makcik kat sana bagitau mr hubby, bidang 60 tu besar..Kat Malaysia kira 4 meter... 

www.fiezasani.xyz
Tak ingat ni cotton apa? 

  Ni mr hubby bagi gambar kain ke gambar perempuan yang meniaga kat sana..hmmm..confuse jap..sebelum mr hubby ke Vietnam, aku ada google cari review tips shopping kat Vietnam..Ada satu blog yang aku baca tu, dia memang dah inform awal2, peniaga2 wanita yang meniaga kat situ is SEKSI...ok, kalau tengok gambar ni memang betul..seksi u...


Ni antara hasil shopping kain cotton oleh mr hubby..Pandai gak pilih corak..semua cun2...
 
 
 

Atas ni gambar baju kurung moden, jubah yang dah siap..Harga antara RM40-RM100
Waaa..ahkak vengsan dik nak pilih..dalam phone pun rambang mata..kalau depan2, ambil semua la...puas hati...hehe..dasar perempuan sangat kannn..tamak...
 
www.fiezasani.xyz
Baju kurung moden siap yang mr hubby beli kat Vietnam..
Cantikkk..nak tau harga dia baper...RM40 je... 

www.fiezasani.xyz
Tudung naelofar pun ada..Aku tak tau yang ni jenis instant shawl..Kalau aku tahu, suruh mr hubby beli 10 helai.. 

OOTD ahkak muslimah gitu dengan naelofar hijab...Suka pakai shawl naelofar ni, sarung je...Peh tu adjust le sikit2..

  Patut la ramai orang Malaysia suka ke Vietnam..Shopping weiii..

0 Comments