AFB Feeds

Barang-Barang Shopping Dari SG SHOP Dah Sampai...

12:50

Yeayy..Sampai dah barang-barang aku order dari SGSHOP..Pantas weiii..ETA patutnya 22hb Oktober 2016..Lepas tu aku check balik kat website SGSHOP, jangkaan barang2 aku ni sampai dah tukar kepada 6 November 2016 pulak..Sokay,sokay..small matter..tunggu je la kan..Barang2 ni tak de nak guna urgent sangat pun..Tapiii, semalam rasa nak loncat2 bila ada orang hantar barang2 dari sgshop kat ofis..Kat luar packaging, tengok sgshop..senyum dahhh..kecoh kat ofis aku sbb bungkusan dia agak besar..ngeee..

Aku pernah up story pasal membeli-belah di SGSHOP ni..Tak ingat?korang ni saja je, kan...tak pe..klik je kat SINI..Pi kat situ,k..

Jom nak tengok tak aku beli apa?Sibuk je,kan..macam orang kisah..tak kira...kisah ke tak kisah..nak cerita jugak..ngeeee..


Pak Long & Iman yang happy terima bungkusan dari SGSHOP..confuse Mak Long..Rasanya banyak barang mak long dalam tu..haha..


Setiap item dibungkus elok dalam plastik yang berlainan..Yang gitar tu pun dalam kotak..tapi nak tangkap gambar ni, aku keluarkan..Sapa punya barang-barang ni?Hah!!jom...


4 Helai t-shirt (Mr hubby, Abah & Adik aku) tapi malangnya mr hubby & abah aku punya tak muat coz size XXL & XXXL dia kecik..So, dapat kat adik-adik aku..Harga t-shirt ni dalam RM8-RM20 sehelai...


3 helai t-shirt & 1 seluar skinny jeans aku punya..Paling kegemaran yang ada gambar buat senaman tu...Ngam2 size..Lagi 2 tu aku terambil size M..Besar sikit...Tak kisah la..kain dia sejuk..selesa pakai..
Harga t-shirt ni antara RM8-RM11 sahaja..Skinny Jeans RM19..


3 beg..Yang hitam depan tu aku punya..Lagi 2 kat belakang tu, mak & adik ipar aku punya...
Harga beg2 ni RM13 lebih kurang..


Okey, yang ni..Untuk Fakhrul Iman...Sibuk nak gitar, nak gitar..Nah!!mak long belikan sebijik..Harga gitar ni RM39.32..Murah kannn..Nasib tak amik 2..Buat band dengan Pak Long..hihi

So..Dah tengok kan harga barang-barang aku beli ni..Murah ke idok??Mau tak rambang bijik mata ahkak ko ni, hah..Kontrol je napsu serakah shopping ni..Kalau tak kontrol ni, mau dari 12 barang ni aku beli..Ni pun ada rasa nak beli lagi..Moh la kita shopping beramai-ramai kat sgshop...

You Might Also Like

2 comments

Flickr Images

HAK MILIK

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam blog ini, sila hubungi penulis di fieza_amy81@yahoo.com


[PENAFIAN] Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini dan untuk rujukan kepada pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.