AFB Feeds



Tak Sangka Dapat Sambutan..Tetiba Feeling Jadi Ejen..

08:30


Feedback yang aku dapat dari entry aku yang ni..seronok membeli di ezbuymy sebab murah..
Ramai pm kat fb/twitter, tinggalkan komen kat blog tanya pasal shopping di website ni..Even kawan ofis aku pun ada yang tanya..tapi kes kawan ofis aku ni, kelakar pun ada..dia nak beli buaian yang bentuk ala2 telur tu..kan ke besar buaian tu..aku pun minat..kata dia rega murah dalam RM3.90 kat ezbuy ni..aku macam was-was, betul ke ni?takkan buaian besor tu murah bebenor..aihh..kawan aku ni beria nak beli..aku suruh dia tanya dengan customer servis ezbuy ni dulu..bukan apa..nak confirm kan je..tak cakap pun website ni menipu sebab terbukti aku beli barang, dah selamat diterima pun..cuma nak kepastian..kang, sampai2 kot sarung kusyen buaian tu ke?ataupun replika mainan ke?mana nak tau kan..member aku ni nak beli sampai 2 le..dah dia beria nak beli, tak kisah la kan..masa nak buat bayaran, asyik 'error'..banyak kali try..kat ezbuy ni, kita kena top up dulu dalam akaun..nanti baru buat bayaran..bila kawan aku nak top up, asyik tak boleh..so tak pe, biar la dulu..aku pulak macam tak puas hati..yea ke RM3.90 ni??kang dapat yang macam mainan tu, naya je..haha..letak kat tepi pc je la jawabnya..tengok buaian tu, bayangkan konon2 duduk kat situ..ahaks!!!Oleh sebab aku tak puas hati, try live chat dengan customer servis ezbuy..cepat & pantas dorang ni jawab..check punya check..rupanya RM3.90 tu hiasan rama-rama untuk letak kat buaian tu..hah!!amik ko..Nasib aku tanya..Cerita kat member ofis aku tu, pakat gelak la kitaorang..Jadi kalau korang nak beli barang dari website ni & ada beberapa detail mengenai item di situ yang kurang faham, terus tanya dengan customer servis dia secara 'live chat'..On the spot dapat jawapan. Sebab ada juga yang pm tanya aku, kadang aku pun tak tahu nak beri jawapan..Aku cerita dari pengalaman aku..

Yang mana dah membeli di ezbuy, ada yang sudi tinggalkan komen kat blog aku, beritahu barang2 yang di order kat ezbuy dah selamat diterima..Alhamdulillah..Jadi terbukti website ezbuy ni boleh dipercayai..So, tunggu apa lagi boleh la terjah website ezbuy laju-laju...

You Might Also Like

2 comments

  1. hahaha~ kalau yang kecik tu buh la tepi laptop dok tenung berangan ala ala dok snatai kat situ.. adoi.. sakit perut gelak.. tapi memang murah website tu.. sebab saya nih surirumah, banyak masa lapang.. habis segala ceruk website jual jual seme saya geledah..

    ReplyDelete


Flickr Images

HAK MILIK

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam blog ini, sila hubungi penulis di fieza_amy81@yahoo.com


[PENAFIAN] Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini dan untuk rujukan kepada pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.