AFB Feeds

Explorace Dengan Family..Seronok..Menarik..Best

12:04

Entry ni sambungan dari cerita cuti2 aku yang kat The Kabin..huhu..lama baru update..Kalau baca entry sebelum ni, tau la pasaipa lambat aku up cerita pasal ni..

Lepas bercuti kat The Kabin dengan family aku, aku & mr hubby sambung cuti2 ke Melaka & USS pulak dengan family mr hubby..Masa kat Melaka ni, aku & mr hubby ada anjurkan satu game..saja je untuk seronok2..Yang joint pun adik2 ipar & biras2 aku je..Game kitaorang ni ala-ala explorace gitu..Jadik la nama dia aku letak explorace versi fiezasani..
Hadiah2 memang menarik la weiii..Nanti kat bawah tu boleh tengok hadiah2 & pemenang2 nya..

Masa explorace ni memang persaingan sengit, ko..ada yang sampai tak nak main la sebab silap aku terlepas cakap ada yang dah mendahului sebab dah setelkan tugasan pertama..tapi lepas sesi bertenang & berehat, yang tarik diri tu..sambung balik main..is okey..suka2 kan..tak de hal..Mr hubby buat game ni tak de la expect dorang berlari beria2 siapkan tugasan..Ingatkan dorang buat slow & steady..Sekali amik kau, hat menang tu beria2..Dah yang lain2 rasa tercabar...Kira persaingan agak sengit jugak..

Kat bawah ni tugasan2 yang perlu disiapkan ~


Kat bawah ni jawapan untuk tugasan2 yang peserta perlu siapkan.. 
Tugasan 1..Aku & mr hubby dah edit gambar2 dalam gambar atas ni & peserta2 kena cari tempat2 dalam gambar ni..dan dikehendaki 'SELFIE' & wajib nampak penuh tempat ni seperti di dalam gambar..
Blog Fieza Sani
Tugasan 2..Cari bunga2 di sekitar tempat aku duduk masa tu..Kat area Dataran Pahlawan jugak..


Tugasan 3..Resit bernilai RM1 dari 3 kedai yang berlainan

Tugasan 4..Beli air mineral (kecil) & kena bawak depan aku dan wajib habiskan masa tu jugak..Rasional suruh beli air mineral..Tau dorang dah penat berlari ke hulu ke hilir siapkan tugasan..Ingat senang..Sian tengok dorang berlari..Ada yang kena buat baper kali entah yang selfie tu sebab salah..huhu..tu yang sampai ada tarik diri tu..hihi...Nasib baik lepas sesi bertenang, peserta itu sambung balik main..

Tugasan 5..Peserta2 kena cari mama kat atas Bukit ni (seperti dalam gambar)..Bagi dalam bentuk pantun sebab  cabaran sikit..Masa lepas je game start & tugasan pertama bermula..Mr hubby dah bawak mama lari siap2 kat atas bukit ni..Cabaran jugak untuk peserta2 untuk naik ke bukit ni ada 2 jalan..Wajib guna jalan belakang..Ada la yang dah naik ikut jalandepan, kena turun balik..sian tau..tapi tak kisah sebab dia menang..masa tu peserta hat lain dah ketinggalan sikit kat belakang..jadi yang juara ni turun & naik balik ikut jalan belakang, masih banyak masa lagi sebab yang lain tak siap lagi tugasan 2-4...


Nak tengok hadiah2 dia tak

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V

Kat bawah ni hadiah2nya..Menarik ke idok..Ni semua sponsor by mr hubby...Rugi tak joint gak..hehe..tak leh nak joint sebab kena jadik assistant mr hubby..
 

Barisan pemenang2nya..Yang juara, adik ipar no.3, Naib Juara - adik ipar bongsu & Tempat ke-3 - adik ipar no.4
 

  Tahniah..Untung dapat hadiah best2...

Best..Saja je buat game ni untuk suka2..Katanya family day..Selain berjalan kat tempat orang, kita buat game sikit..

Next percutian pun, ada game jugak..hehe..Tapi tak de la mencabar macam ni sebab mak & abah aku pun joint jugak..Bagi game senang2 tapi kena cekap...Hadiah..Kalau mr hubby yang sponsor..jangan la wisau, memang best..confirm...

Tak sabar nak cuti2 tahun depan..ngeee

You Might Also Like

1 comments


Flickr Images

HAK MILIK

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam blog ini, sila hubungi penulis di fieza_amy81@yahoo.com


[PENAFIAN] Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini dan untuk rujukan kepada pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.