www.fiezasani.xyz

Gigih buat gambar rajah ni supaya senang nak bagi orang faham sistem dropship ni acane?

 Meh nak kongsi dengan korang pengalaman aku jadi ejen dropship?Entry ni aku buat sebab haritu ada member blog yang bertanya keburukan jadi ejen dropship?tak de la kata buruk jadi ejen dropship ni cuma ada part yang best & tak best..Jadi terpulang pada memasing..Untuk yang tak tahu dropship ni apa?korang boleh rujuk gambar kat atas ni..Tak baper nak faham?Ejen dropship ni korang jadik ejen pada pembekal utama..Nak jadi ejen dropship ni, ada yang free..ada yang kena bayar yuran..terpulang atas pembekal masing.masing..Yang dikenakan bayaran tu, untuk memastikan korang serius untuk berniaga..Pasal bayaran tu tak perlu risau, sekiranya korang dapat ramai customer, duit keuntungan yang korang dapat dah boleh cover balik yuran pendaftaran masa mula2 korang jadik ejen..

Macamana nak jadi ejen dropship?
 Kena rajin bertanya pada pembekal utama..Dorang ada amik ejen dropship tak?Macam aku dulu, aku pm sorang2 pembekal kat fb..Acane nak cari pembekal?hmmm..rajin2 la joint group biz kat fb..



Best ke jadi ejen dropship?

 Cerita part best dulu la yeak..Yang bestnya jadik ejen dropship ni...
  • TAK PAYAH PEGANG STOK..
  • TAK PERLU KELUAR MODAL UNTUK BELI BARANG
  • TAK PERLU FIKIR UNTUK BUAT PEMBUNGKUSAN BARANG
  • TAK PERLU KELUAR UNTUK BUAT PENGEPOSAN BARANG
TUGAS KITA SEBAGAI EJEN DROPSHIP?

Hanya perlu promosi barang di media sosial masing-masing & mencari bakal customer yang berpotensi untuk membeli barang jualan kita..Kena guna kepakaran masing-masing untuk bersaing secara sihat dengan penjual lain yang mungkin memberi harga jauh lagi rendah dari kita.
Kebiasaannya keuntungan dropship tak banyak. Macam aku dulu, aku amik antara RM5-RM10 setiap barang. Itu pun kadang-kadang ada pelanggan minta harga rendah lagi..pffft...pengalaman berniaga..kalau tak, tak tahu macamana nak mengadap karenah pelanggan..

Okey, ni cerita part tak best pulak jadik dropship?Panjang sikit la penerangan dia sebab nanti tak faham pulak citer dia..

SATU ~ Kena bersaing dengan peniaga lain dari segi harga. tambah kalau peniaga lain bukan dropship..yang mana dorang beli barang harga jauh lagi murah sebab beli secara borong..berbanding kita sebagai ejen dropship, pembekal kita bagi harga ejen rendah sikit je dari harga jualan dorang..jadi untuk untung kita, kena la kita naikkan sikit..macam aku inform tadi, kalau aku untung aku biasanya aku amik antara RM5-RM10..Kadang harga tu bila dah ditambah, jadi tinggi sikit dengan peniaga lain..padahal barang sama dengan penjual lain..

DUA ~ Bila dapat customer,dorang akan buat pembayaran kepada kita..Kita pulak kena buat pembayaran kepada pembekal..
Setel..hah!!tak setel lagi, weii..korang kena pantau sampai barang tu dapat kat customer ..Dapat pulak yang jenis cerewet..Harini bayar, harini nak pos..Padahal dah beritahu pos hari tertentu (contoh - Isnin, Rabu & Jumaat)..Kadang ada pulak yang buat pembayaran hari pengeposan..pagi customer bank in, ptg/malam mintak no. tracking..okey, tak kisah la..betul customer buat tu..kalau aku pun macam tu jugak..kita ejen kena la mintak no.tracking kat pembekal..ada pembekal, tak banyak cerita..terus bagi..tapi ada yang jenis jawab wasap/mesej lambat..customer dah baper kali duk tanya no.tracking.. pembekal masih senyap..okey, part ni aku sangat tak suka..Lagi best kadang tu pembekal tak pos lagi barang..mungkin ada masalah teknikal kes banyak sangat dapat order sampai tertinggal..dah kita kena menjawab pulak dengan customer..

TIGA ~ Ada customer pulak, kita dah bagi no.tracking..bila barang tak sampai lagi..masih duk tanya dengan kita kenapa barang dia order tak dapat2 lagi..Part ni aku tak faham?Kan ke dah bagi no.tracking tu..pi la check kat pos laju..anje sangat pelanggan camni, tau..Nak tak nak, kena la kita yang check status penghantaran barang sampai dapat kat tangan customer ..tu, aku inform kat atas tadi..kena pantau sampai customer dapat barang...

EMPAT ~ Tak boleh janji dengan customer,pos harini esok sampai sebab takut ada masalah di pihak pembekal yang mungkin terlewat/tertinggal order kita untuk proses pengeposan ataupun kesilapan di pihak Pos yang lambat untuk hantar barang kepada pelanggan..Paham je la kan pos laju ni..kadang laju..kadang lambat..tak boleh nak jangka..Jadi jangan berjanji dengan customer terutama yang jenis nak guna barang yang dia order tu dengan segera..Aku kalau dapat customer macam ni, aku terus terang cakap tak berani janji..Terpulang kalau dia nak beli jugak, risiko atas dia sendiri..

LIMA ~ Customer order barang..kita check dengan pembekal sebelum customer transfer duit kat kita..Status barang, pembekal kata ada..Kita inform semula dengan customer..So customer order & buat pembayaran..Tapiiii bila kita dah transfer duit kat pembekal & beri detail item yang customer dah order, pembekal inform barang dah abis..Suruh advice customer tukar barang lain..Ko rasa?Style aku senang je..malas nak pening2..aku refund je duit customer..sedikit hangin disitu..tapi nak buat macamana kan..konsepnya jadi ejen Dropship, gitu le...

Aku stop bisnes sebab kes2 macam kat atas ni la..barang tak de kat tangan..susah nak deal dengan customer..Kalau barang kat kita, senang..nak pos bila2 pun tak pe..Ni la juga sebab kenapa aku tak nak buat dropship lagi..Kadang ada jugak terpikir nak buat bisnes balik tapi kena dropship sebab aku tak de modal..Fikir jadik dropship je, langsung CANCEL..tak larat nak jadik orang tengah antara pembekal dengan customer..Yang tu perangai macam ni..Yang ni perangai macam tu..Serabut aku rasa..Kalau aku bisnes lepas ni, aku nak pegang stok aku sendiri...Ada orang suka je buat dropship..tapi kalau aku, malas nak jadik ejen dropship lagi sebab pening dengan karenah pembekal & pelanggan...

Untuk korang yang baru berjinak2 dengan dunia bisnes, aku galakkan korang start dari dropship sbb boleh belajar banyak menda..Lagipun kita mula2 nak berniaga ni, kadang tak de modal..So bila buat dropship, dapat untung sikit2 tu boleh la kumpul untuk melabur beli barang korang sendiri..Ramai je yang buat dropship berjaya..Contoh kisah founder PerlaKing tu..start dari dropship jugak kalau tak silap aku..So dropship ni tak de la teruk sangat..ada kelebihan & kekurangan dia..Kena kuat semangat kalau nak jadi ejen dropship..

8 Comments

  1. Pengalaman tu indah... Sy tak pernah jadi agen dropship... Alhamdulillah... Pengalaman dan rezeki urus bisnes usahasama suami isteri..

    ReplyDelete
  2. Bagus juga Fieza buat entry macam ni, bertambah bagus sebab based pada pengalaman sendiri sebagai agen dropship. Yani terfikir juga nak jadi agen dropship sebab terfikir kelebihan tak perlu pergi pejabat pos nak hantar barang, tak payah simpan ready stok...cuma kena pandai promosi dan manis mulut layan customer je...tp lepas baca pengalaman Fieza, kena consider balik banyak perkara..tq Fieza!

    ReplyDelete
  3. Rabia pernah jadi dropship .. tapi sekejap je..heheh.. at least dapat pengalaman kan..

    ReplyDelete
  4. Apa-apa bisnes pun ada kurangnya sama ada dropship atau bukan dropship. Apa yang penting sentiasa fikir positif insha Allah takde masalah tak boleh setel. :)

    ReplyDelete
  5. Sy ari ni terkena customer order brg warna pink utk anak perempuan dia tp smp color biru... Customer nk tukar sb anak dia nk pink juga... Tgh tgu reply Dr kilang katanya.. Ntah la.. Harap bole settle dgn baik...

    ReplyDelete
  6. Sy ari ni terkena customer order brg warna pink utk anak perempuan dia tp smp color biru... Customer nk tukar sb anak dia nk pink juga... Tgh tgu reply Dr kilang katanya.. Ntah la.. Harap bole settle dgn baik...

    ReplyDelete
  7. Sy ari ni terkena customer order brg warna pink utk anak perempuan dia tp smp color biru... Customer nk tukar sb anak dia nk pink juga... Tgh tgu reply Dr kilang katanya.. Ntah la.. Harap bole settle dgn baik...

    ReplyDelete