Dapur FiezaSani - Udang Harimau Masak Lemak

09:45


 Korang..meh nak kongsi resipi yang best & sedap ni..Ikut pada tekak aku & mr hubby ler..Aku nak tau sedap ke idok aku masak?Senang je..kalau mr hubby tambah nasi, maksud sedap le tu..Resipi ni aku pernah cuba untuk ketam..tapi kali ni tukar menu utama dia kepada udang pulak..Tak semestinya udang harimau..udang size yang biasa pun boleh jugak..
Bahan-bahan & cara masak dia pun senang je..sesuai la untuk isteri2 & ibu2 yang bekerja..Balik rumah penat2, tetap nak masak untuk family..Air tangan isterim, memikat perut suami..cewah!!!


Udang Harimau Masak Lemak
½ kg Udang Harimau / Udang biasa
½ biji kelapa atau 1/2 peket santan 

15 biji cili api atau cili kering
2.5 sm kunyit hidup

2 batang serai (dititik)
1 labu bawang besar
Garam dan gula secukup rasa




Cara:
  1. Udang dibersihkan (buang janggut je)
  2. Kelapa diperah ambil santannya atau beli santan siap.
  3. Cili api @ cili kering, bawang merah dan kunyit ditumbuk lumat / dikisar. 
  4. Masukkan santan, serai & bahan kisar ke dalam periuk. Masak di atas api yang sederhana sambil kacau perlahan-lahan sampai mendidih. 
  5. Bila nampak dah mula mendidih, masukkan udang . Perasakan dengan garam & gula secukup rasa. Kacau2 & biarkan seketika.
  6. Bila nampak udang dah bertukar warna macam dalam gambar atas ni, kacau2 kejap & siap untuk dihidangkan.
  Hasil..Nyummmyy..confirm..
:D

You Might Also Like

2 Comment

  1. sedap ni..suka makan panas-panas

    ReplyDelete
  2. Fav SA jgk ni...sedapp..alaaa lama x buat...

    ReplyDelete