AFB Feeds

Dapur FiezaSani :Udang Goreng Berempah Sedap dan Mudah

22:30

Resipi udang goreng berempah





  2 hari tak update blog..kisah nak update blog kat ofis memandangkan bos aku cuti 2 hari >> Isnin & Selasa..tapi line internet ofis ada gangguan..Nak bukak e-mail ofis pun, bercinta..Facebook semua lagi la tak payah cerita..Tahap malas nak bukak ler..So tengok fb dari phone je..Saja je tau sabotaj aku line internet ofis ni..Tau je aku hooray2 time bos tak de..ala..sekali-sekala...Selalu aku dah draft sesiap..sampai ofis publish je..tapi sebab tau bos aku cuti 2 hari..saja la nak update kat ofis..Konon..Sekali..disabotaj plak..

Sokay, sokay..Ni nak share resipi dengan korang..hee..resipi dari mak aku pulak..Haritu aku pernah buat resipi yang sama tapi mak sedara aku yang bagi..Kali ni mak aku punya cara plak..Kalau mak aku punya resipi..memang simple & senang..Zass..campak2..siap..Sesuai la untuk kita yang bekerja ni kalau balik keja, nak masak untuk family tapi nak resipi yang senang untuk disediakan..Moh tengok bahan-bahan & cara masak..

Bahan-Bahan ~ 

  • Udang 
  • Bawang Besar (2/1 biji) - Dikisar 
  • Bawang putih (1 ulas) - Dikisar 
  • 1 Sudu Cili Kering yang telah dikisar 
  • 1 Sudu Rempah Kari 
  • Garam & Gula
  • Minyak
Cara Masak ~
  • Panaskan minyak terlebih dahulu..Minyak tu lebihkan sikit untuk bagi berkuah..
  • Minyak dah panas, tumis bahan kisar + 1 sudu cili kering+ 1 sudu rempah kari..
  • Masukkan garam + gula..Kacau sehingga bahan sekata..Biar sehingga masak..
  • Selepas itu ,baru masukan udang..kacau2 & biar seketika sehingga udang masak..

SIAP..SEDAP wei..confirm

You Might Also Like

0 comments

Flickr Images

HAK MILIK

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam blog ini, sila hubungi penulis di fieza_amy81@yahoo.com


[PENAFIAN] Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini dan untuk rujukan kepada pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.