AFB Feeds



Dapur FiezaSani ~ Ikan Sardin Masak Kari

12:15


  Try resipi baru..Mr hubby yang bagi cadangan ikan masak sardin kari ni..Layan je...nak asah skill memasak..kena le selalu memasak..

Aku pun tak pernah try..Tak tau la rasa dia macamana?tak pe..Konsep aku senang je..try masak..kalau sedap, makan..lain kali boleh try..gitu..Yang resipi ni aku try, sedap..kena dengan tekak & selera..Tepek resipi kat sini untuk rujukan aku nanti..Resipi asal dari Kak Azie..Kalau korang nak try, boleh la amik resipi kat sini..Kalau nak siap bergambor setiap step, boleh terus ke blog kak azie..lengkap dengan cara masak & gambor..aku pemalas sikit..ngeee..ikut mood...


Bahan-Bahan : ~

  • 1 tin sardin
  • 3 ulas bawang merah - hiris
  • 2 ulas bawang putih - hiris
  • 2 sudu besar serbuk kari
  • 4 cili padi
  • 1 tangkai daun kari
  • Sedikit halia
  • Garam
  • Asam jawa (aku tukar guna asam keping [1])
  • Ubi kentang (aku saja tambah)

Cara Masak : ~

  • Asingkan ikan sardin dan sosnya.  Panaskan minyak dan goreng ikan sardin sehingga agak agak rata bergoreng. **Hati2 tau, masa goreng ikan sardin ni dia meletup2..fuhhh..bertabah masa goreng..**
  • Panaskan minyak dalam kuali lain.  Masukkan cili padi, bawang merah & bawang putih yang dah dihiris, halia dan daun kari sehingga garing dan wangi.
  • Masukkan serbuk kari yang dibancuh dengan sedikit air.  Goreng sehingga rempah garing dan wangi.
  • Masukkan santan, ubi kentang dan air secukupnya.  Tunggu sehingga ubi kentang empuk, baru masukkan ikan sardin, asam keping  dan garam.  Kalau suka boleh la tambah sos sardin tapi aku tak letak.
  •  Angkat dan sedia dihidangkan. 

You Might Also Like

3 comments

  1. Lama plak x mkn sardin kari..selain kari boleh buat masak lemak cili api jugak....sedapppppp

    ReplyDelete
  2. Lama plak x mkn sardin kari..selain kari boleh buat masak lemak cili api jugak....sedapppppp

    ReplyDelete
  3. dulu masa kecik2 mak selalu masak kari sardin.. sedapp 😋😋😋

    ReplyDelete


Flickr Images

HAK MILIK

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam blog ini, sila hubungi penulis di fieza_amy81@yahoo.com


[PENAFIAN] Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini dan untuk rujukan kepada pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.