Dapur FiezaSani ~ Ayam Phat Phet..Mudah DiSediakan

08:43


Korang..meh nak kongsi resipi baru dari Dapur FiezaSani..wahhh..kemahenn..Resipi ni aku dapat dari member ofis..Lama dah dia bagi..Baru2 ni je aku cuba resipi ni..

Kalau korang tak de idea nak masak apa terutama surirumah @ ibu2 yang berkerjaya, balik rumah berkejar nak masak seringkas yang mungkin, boleh cuba resipi ni..Memang senang je...Dari segi rasa, boleh tahan..Ikut selera memasing..Untuk aku, boleh je masuk..Mr hubby makan jugak tapi dia kureng sikit..Itu aku cakap ikut selera memasing..Kalau nak tahu, boleh la cuba...

Bahan~Bahan : 

> Ayam (potong kecil)
*Bawang Merah (1 biji - ikut kuantiti ayam)
*Bawang Putih (2-3 ulas)
*Lengkuas
*Halia
*Serai
*Cili Padi
*Belacan
> Daun Limau (hiris nipis)
> Kunyit Hidup @ Serbuk Kunyit (1 sudu kecil)

{Semua bahan yang bertanda *, di kisar}

Cara Masak :

1) Goreng ayam sekejap setengah masak tanpa minyak.Ketepikan dahulu.

2) Panaskan minyak & tumis bahan yang dikisar sehingga naik minyak.

3) Masukkan ayam.Tambah air sekiranya kering. Perasakan dengan gula & garam.

4) Letakkan daun limau yang telah dihiris nipis ke dalam masakan. Kacau2 seketika & boleh dihidangkan.

You Might Also Like

1 Comment