AFB Feeds

Selamat Hari Raya, korang...

16:26

Selamat Hari Raya korang..Fuhhh, berabuk blog aku nih..Lama tak update kat sini sebab masa puasa haritu aku demam..lepas baik dari demam, mood blog aku ntah gi mana..nak bukak blog pun malas..eh!!bukak jugak tapi tengok je la..Nak update malas..Mood..Sila datang balik..

Raya ke-7 baru nak update blog..hegeh2 nak wish selamat hari raya..sorry tau..eh..ada ke yang baca..hehe..tak kisah la..Apapun Selamat Hari Raya Aidilfitri..Kalau ada penulisan aku kat blog ni ada yang buat korang terasa ke, tersentap ke atau apa2 yang menyebabkan 'ter' bekas di hati korang..Mohon maaf zahir & batin..Maafkan daku..daku insan biasa yang kadang emo..kadang normal..hehe..

Gambar2 raya tahun ni..Tema tahun ni POLKADOT untuk ladies..Di taja oleh Mama (mak mertuaku) & gentleman - JUBAH..tajaan sendiri..mood baru balik dari umrah..

Tema tahun ni..tak sedondon sangat..tapi kategori warna boleh la masuk

Tema anak & menantu2 Pn. Nor Absah ~ POLKADOT..meriah..
Oo..ada sorang lagi menantu Pn.Nor Absah tak de dalam gambar sebab kena bertugas di Hari Raya..
 
Happy tummy...Kenyang perut, suka hati..hihi
Moh kita gi beraya, weiii..
 
Biras dengan biras..eh!!ada nampak macam anak dara tak?hehe..kisahnya, ada satu rumah yang kitaorang gi beraya, masa tuan rumah nak bagi duit raya elok aku & biras lalu depan dia..terus tuan rumah cakap 'hah, ni anak dara..nah duit raya'..aku macam malu2 nak ambik..tapi dalam hati bunga2 wei..anak dara di katanya..biras aku ni okey la kalau kata anak dara sebab dia lagi muda dari aku..aku!!vengsan jap..fefeling muda kejap..ahaks!!!
 
Muka dah tak larat nak makan sebab sebelum tu gi belasah ketupat palas & lemang kat rumah opah..Lupa nak gi beraya, makan tak hingat..masa gi raya rumah orang..mampu tengok je..eh!!ada la jugak makan..tapi makan sikit2 gitu...

Pak Long..Mak Long..Iman...Raya ke-2..ni dari rumah opah aku kat Manong..nak balik ke Ipoh..
 
Raya ke-2, malam..teman mama gi beraya rumah kawan dia..Jubah dari Mekah..cantik tak?suka jubah ni..glams gitu...

Raya korang acane pulak..meriah tak?

Aku & mr hubby, raya pertama & kedua je yang gi beraya rumah sedara-mara..raya ke-3, gerak balik KL dahh..nak elak jammed..Masa raya ke-3 jalan tak baper nak jammed sangat..Cuma sebelum Rawang je sangkut kejap, ada eksiden kat Sg.Buaya..Lepas tu, lancar sampai KL.. Alhamdulillah, sampai rumah pukul 6-7 ptg...

You Might Also Like

1 comments

Flickr Images

ShopLink Asia

HAK MILIK

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam blog ini, sila hubungi penulis di fieza_amy81@yahoo.com


[PENAFIAN] Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini dan untuk rujukan kepada pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.