AFB Feeds



Dapur FiezaSani ~ Resipi Ayam Goreng Berempah Simple dan Sedap

22:59


Sumber Resipi ~ AZIE

Tunjuk skill kat rumah mama (mak mertua)..nervous pulak...Jarang aku masak kat umah mama..

Aku cadang nak masak rendang ayam tapi cadangan ditolak oleh mr hubby..Abis tu nak masak apa?Sambil beli barang, cari resipi kat en.google..Cari punya cari, cadangan ni lulus tapisan mr hubby..

1st time buat ni..entah apa la rasa..Dah le nak masak kat rumah mak mertua ni..kalau sedap, alhamdulillah...kalau x sedap, sorry le adik2 iparku & birasku..kakak ipar korang ni tak baper terer masak..Masak pun kena ada handphone kat sebelah nak tengok resipi...ahaks!!!

Okey, jom tengok bahan2 & cara masak...

Bahan2 :~

1/2 ekor ayam - potong kecil
1-2 sudu besar serbuk kari daging
Sedikit serbuk cili atau cili kisar (pilihan)
Garam secukup rasa
Beberapa helai daun limau purut - dipotong halus
Minyak untuk menggoreng

Bahan Kisar Halus:
2 sudu besar biji ketumbar
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih

Bahan Kisar Kasar:
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 inci halia
2 inci lengkuas 
(yang ni aku tak letak..tak baper suka resipi yang kena buh lengkuas)
2 inci kunyit hidup
2 batang serai

Cara Penyediaan :~

  • Masukkan ayam beserta semua bahan2 kisar, rempah kari, serbuk cili & daun limau yang telah dipotong halus ke dalam 1 bekas.. Gaul bahan2 ini sehingga sekata..
  • Kemudian diperap selama 1 jam atau lebih.
  • Panaskan minyak & goreng ayam yang telah diperap..
SIAP!!!

Sedap ke idok?komen mr hubby haruslah sedap..berani cakap tak sedap..tido luar..ahaks!!!gurau je la..

You Might Also Like

0 comments


Flickr Images

HAK MILIK

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam blog ini, sila hubungi penulis di fieza_amy81@yahoo.com


[PENAFIAN] Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini dan untuk rujukan kepada pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.