Dapur FiezaSani - Soda Herbs Berpudina

13:10

Waaa...lamanya tak update..bulan posa ni, mcm malas je nk menaip entry..tak de idea pun iya jugak..Memandangkan tak de menda aku nak menaip kat sini, meh la nak kongsi sikit cara buat air Soda Herbs berpudina ni..

A-kisah, tak plan pun nak buat..baru ni masa balik keja, tengok asam boi atas meja..uiii, sikit pelik disitu..sapakah yang makan asam pulak ni?tanya mak, kot mak yang beli..idok katanya..abah aku lagi laaa..pi tanya mr hubby..dia yang beli rupanya..aku tanya kenapa beli?dia cakap ada nampak aku pernah share resipi air ni kat fb aku..laaa..aku pun tak ingat..mr hubby siap beli lemon lagi..wah!!!semangat ni..tak pe, terus ajak abah gi cari air ice cream soda dengan serai je..bahan-bahan lain semua dah cukup...

Cadang mula2 nak beli kat 99..saja pi check kat kedai biasa dulu sebab nak beli serai..tengok kat dalam petis kedai, ada air ice cream soda ni..save tenaga di bulan puasa yang mulia ni..malaihnya lahai nak berjalan ke kedai 99 nun walaupun naik motor..ahaks!!!

Balik rumah, tolong mak masak jap..siap..terus buat air ni pulak..Moh le try kome..Aku dah buat, sedap air dia..memacam rasa..masin, manis, masam, berangin sikit..cukup segala rasa..tu pun aku guna air ice cream soda ni 1/2 botol je..sebab aku tak berapa suka air gas..


 

Bahan-bahan :~

  • 1 botol air ice cream soda
  • 1/2 sudu gula (ikut la pada citarasa masing-masing)
  • 1 tin laici
  • beberapa biji asam boi
  • 1 biji lemon
  • serai (di ketuk)
  • daun pudina kering 
(yang ni saja tambah je sebab kebetulan ada..mr hubby beli masa pi umrah baru ni..
Jadi kalau korang nak letak, boleh la beli daun pudina fresh kat pasaraya..)

Cara Menyediakan : ~

  1. Cairkan dahulu gula..
  2. Campurkan semua bahan-bahan diatas..Kacau sehingga adunan sebati..
  3.  Masukkan dalam peti ais untuk sejuk..Kalau nak terus letak ais batu pun boleh...

Note**Daun pudina kering tu, aku letak dalam kain..buat macam ala2 sup bunjut gitu..

Memang pembuka selera bila berbuka puasa..

You Might Also Like

0 Comment