AFB Feeds

Dapur FiezaSani ~ Ayam Masak Kicap

14:30



Lama tak kongsi resepi kat blog aku ni..Nah, aku bagi sikit idea & cadangan resipi 3S = Simple, Sedap & Senang..Boleh la cuba untuk berbuka kang..

Aku suka resipi ni sebab simple...aku ni kalau nak masak tengok bahan jugak..senang ke nak cari..cara masak pulak, tak terlalu banyak benor kerjanya..hah!!tu cara aku la..memasing punya cara sendiri..Kalau korang yang sama jenis macam aku, jom nak kongsi resipi yang simple tapi sedap ni...

Ayam Masak Kicap
 Sumber : iresipi.com

Bahan-Bahan:

  • 1/2 ekor ayam
  • serbuk kunyit
  • 3 ulas bawang putih *
  • 3 ulas bawang merah*
  • 2 cm halia*
  • 5 tangkai cili padi (dipotong 2) [aku tukar kepada cili merah..kehabisan cili padi]
  • 1 ulas bawang besar (dihiris nipis)
  • kicap manis secukup rasa
  • 2 sudu besar sos tiram
  • garam secukup rasa

Cara Penyediaan:

  1. Potong ayam kepada beberapa bahagian kecil.
  2. Gaul dengan kunyit dan garam.Goreng separuh masak. Angkat dan letak ketepi.
  3. Kisar semua bahan2 bertanda *.
  4. Panaskan 4 camca besar minyak. Tumis bahan kisar yang bertanda * sehingga kekuningan dan naik bau.
  5. Masukkan ayam, sos tiram dan kicap beserta sedikit air (1 cawan). Kacau dan tutup, biarkan sehingga ayam menjadi empuk.
  6. Kemudian masukkan cili merah dan bawang besar, biar 5 minit.
Siap untuk dimakan!!!

Komen - Aku rasa sedap je..hihi..ke lapar sebab puasa kan..hihi

You Might Also Like

4 comments

  1. lama dah tak buat ayam masak kicap..feberet ni..hehe

    ReplyDelete
  2. Lama tak buat resepi nih...

    ReplyDelete
  3. Suami yani pun suka yani masak lauk masak kicap ni, tak kisah la ayam @ daging...

    ReplyDelete

Flickr Images

HAK MILIK

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam blog ini, sila hubungi penulis di fieza_amy81@yahoo.com


[PENAFIAN] Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini dan untuk rujukan kepada pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.