Korang..sapa suka gi Hiking ni..Aku!!pernah try dulu dengan mr hubby..pffft..pancit kot..dah la pakaian tak sesuai..Adoi..nak tergelak pun ada..Sebenarnya masa tu, kitaorang tak tau pun yang pakej kitaorang amik tu kena Hiking..Ingatkan naik jip sampai atas..Sekali kena mendaki..Patut la masa naik van yang amik kitaorang kat hotel, ada penumpang lain dalam tu dah siap2 pakai pakaian jenis sukan..Musykil di situ..Mr hubby tanya dengan pemandu van, baru la tahu kitaorang salah ambil pakej..Pakej ni kitaorang beli kat Hotel..huhu..Kalau nak naik jip sampai atas tu lain..lorrr..acane?dah bayar..Nak tak nak redah jugak la mendaki..Tak memasal singgah kedai, beli kasut bertutup penuh yang macam sport punya..haha..kalau ingat balik nak tergelak rasa..

Nak tengok pakaian kitaorang masa tu macamana?Adoi..jangan gelak tau..Miscommunication dengan pihak Hotel..

Blog Fieza Sani
 Kasut kitaorang tu baru beli masa nak gi Hiking ni..Pakaian nak tak nak pakai je la yang tu..nak patah balik, jauh kot..Masa ni kitaorang gi bercuti kat Cameron Highland..

Jadi korang yang suka gi Hiking ni, pastikan pakaian korang adalah bersesuaian tau..Jangan jadi macam kitaorang..

Pemilihan pakaian hiking yang tepat atau the right hiking sportswear ni macamana?Okey, kalau ikutkan pemilihan pakaian untuk hiking ni bergantung kepada kawasan pendakian yang korang nak terokai. Tiada panduan yang
khusus  tapi korang boleh menjadikan senarai ini sebagai panduan:~

1. Base t-shirt

Untuk iklim tropika yang panas, korang pilih base t-shirt berlengan pendek dan
bagi iklim yang sejuk pula, base t-shirt berlengan panjang. Base t-shirt atau juga
dikenali sebagai inner ini biasanya diperbuat daripada fabrik knit polyester, merine wool atau cotton.

2. Trekking Pants

Bawa seluar trek atau trekking pants yang diperbuat menggunakan fabrik polyester atau
nylon untuk pergerakkan yang lebih ringan dan lancar. Elakkan daripada memakai seluar
pendek kalau tak nak kena gigit dengan nyamuk atau serangga lain.

3. Pakaian Dalam

Jangan pakai pakaian dalam yang diperbuat daripada fabrik cotton, tetapi pakai pakaian
dalam daripada fabrik polyester atau merino wool ketika ingin mendaki.

4. Insulated Jacket and Pants

Korang wajib membawa kedua-dua pakaian ini kalau nak mendaki di kawasan gunung yang
beriklim sejuk. Pakaian ini membantu untuk menghangatkan tubuh badan korang dan
menyelamatkan korang daripada terkena kekejangan otot akibat kesejukan.

5. Rain Jacket and Pants

Bagi kawasan tropika pula, jangan lupa untuk membawa baju hujan yang bersesuaian.
Elakkan daripada membawa baju hujan yang menyukarkan pergerakkan korang.

Okey tu sikit sebanyak panduan memilih pakaian untuk aktiviti Hiking ni..

Selamat Mendaki :D

2 Comments

  1. Tak apa pengalaman itu secara tak langsung sekarang kongsi di blog...alhamdulillah jadi panduan untuk pembaca...terbaik!

    ReplyDelete
  2. bru cik en hiking.. mmg btol.. pemilihan baju kena tepat

    ReplyDelete