AFB Feeds

Peluang Untuk Menjadi Pengasas Produk Secara Percuma

10:27

Blog Fieza Sani
PELUANG MENJADI PENGASAS PRODUK PERCUMA

Berlumba-lumba orang sekarang nak jadi pengasas produk sendiri..Nak ikut jejak Dato' Aliff Syukri (Terlajak Laris), Dato' Vida (QuPuteh QuPuteh), SimplySiti (Dato' CT)..Tu antara contoh yang paling famous kat Malaysia ni yang ada produk sendiri..Tapi nak buka perniagaan sendiri, nak cipta produk sendiri..bukan senang-senang gitu je..kena ada ilmu..ada pengetahuan..cukup ilmu di dada, baru la boleh buat produk sendiri, kan..kang tak memasal je kena tipu..lagi parah..modal pun kena ada juga, yea tak?Ni peluang untuk korang yang betul2 berminat & mendapat tajaan sepenuhnya sekira terpilih..Macamana?

Baca kat bawah ni, yea..Semoga membantu impian korang untuk bergelar usahawan kosmetik berjaya..
Pihak MVM (Muslim Volunteer Malaysia) sebuah badan NGO dengan kerjasama MOHA GROUP berbesar hati mengadakan bengkel untuk memulakan bisnes sendiri iaitu MVM Apprentice..Ia adalah satu program amal keusahawanan bagi memupuk minat keusahawanan seterusnya melahirkan usahawan kosmetik yang berjaya pada usia muda..
Apa yang menarik kat bengkel ni, bagi setiap aprentis yang mendaftar & terpilih iaitu memenuhi syarat-syarat, akan mendapat tajaan sepenuhnya dari MOHA Group untuk mengeluarkan produk sendiri..
Sebelum ni syarat yang dikenakan oleh pihak MVM kepada yang berminat agak ketat..Tetapi untuk membantu ramai muda-mudi Malaysia menjana pendapatan sendiri & melahirkan usahawan kosmetik yang berjaya, mereka telah melonggarkan syarat iaitu minimum CGPA 2.5 & berumur 21-28 tahun..


Maklumat lanjut, korang boleh rujuk di bawah :~

Ini peluang korang yang berminat untuk belajar mengenai bisnes, korang boleh hadirkan diri ke "Preview MVM Apprentice yang seterusnya pada 29 Mei 2016..

Khas buat yang masih mencari kerja. Tiba masa untuk korang mempunyai kerjaya, bijak mengurus kewangan dan menjadi pengasas produk sendiri.


MAKLUMAT PROGRAM
» Tempat : EZAZ Wealth Management & Consultancy
» Alamat : No 13B, Tingkat 2, Pusat Perdagangan Suri Puteri,
Persiaran Jubli Perak, Seksyen 20, 40300, Shah Alam, Selangor.

» Tarikh: 29 Mei 2016
» Masa: 9.00 pagi - 3.00 petang
» Peserta: Terhad kepada 100 orang sahaja!
» Pendaftaran: - 019 - 387 4397 / Atiqah

Apprentice yang berjaya, berpeluang untuk mengeluarkan produk mereka sendiri secara PERCUMA melalui bantuan dana dari MOHA GROUP SDN BHD.
SIAPA PERLU HADIR?
» Graduan baru
» Mereka yang sedang memburu kerja
» Mereka yang ingin menjadi pengasas produk
» Mereka yang ingin belajar tentang pengurusan kewangan
» Mereka yang ingin belajar mengenai pemasaran online/offline

BAGAIMANA UNTUK MENDAFTAR SEBAGAI CALON MVM APPRENTICE?

Daftar SEKARANG >> Dengan whatsApp nama penuh ke no 019 – 387 4397 / Atiqah, dan beritahu yang "saya berminat untuk hadir ke "Preview MVM Apprentice pada 29 Mei ini"

Anda juga boleh klik "interested" / "going"di event kami di FB
» https://www.facebook.com/events/759059704231483/

Maklumat lanjut di:
» https://mvm.org.my/preview-mvm-apprentice-2-0/645

Mohon juga bantu untuk hebahkan kepada kawan-kawan korang, terutamanya yang masih mencari peluang pekerjaan atau yang berminat untuk menjadi usahawan.
Blog Fieza Sani
BARISAN 3 PANEL MVM APPRENTICE
YAYA MOHAMAD


Yaya Mohamad merupakan Pengarah Urusan bagi syarikat MOHA Group Sdn. Bhd dan dua syarikat lain iaitu MOHA Trading Sdn. Bhd serta MOHA Biotech Sdn. Bhd. Beliau merupakan usahawan kosmetik yang berjaya dalam usia muda. Usia muda dan kepayahan hidup sebelum ini tidak menghalang beliau untuk terus maju dalam bidang keusahawanan kosmetik. Mempunyai pelbagai produk kecantikan yang hangat dipasaran dan dikenali di serata Malaysia serta dikagumi oleh usahawan yang lain. 


SHIDA MOHAMAD


Shida Mohamad merupakan Pengurus Besar Jamutera Trading Sdn. Bhd. serta pengasas kepada 5 produk kecantikan dan kesihatan khas untuk pasaran online bermula pada awal tahun 2014.

YA MUHAMMAD

Ya Muhammad merupakan seorang usahawan muda dan Presiden kepada Pertubuhan Sukarelawan Muslim  Malaysia (Muslim Volunteer Malaysia Association). Beliau juga aktif memberikan latihan berkaitan pemasaran Online kepada Usahawanan Muda.
 Peserta yang terpilih & memenuhi syarat akan mengikuti bengkel ini selama 2 bulan lebih..

GOOD LUCK pada yang mendaftar & bakal terpilih nanti..

You Might Also Like

7 comments

  1. Replies
    1. berbaloi sangat Lyn..Rugi sapa tak nak ambil peluang attend bengkel ni..

      Delete
  2. The apprentice Malaysia !! Rugi kalau lepaskan peluang. Sbb, tak tau taun depan ada lagi ke x.. ye tak. Sayang . Min tgh stdy part time. Susah nak komit kerja dgn stdy nak masuk program ni

    ReplyDelete
  3. The apprentice Malaysia !! Rugi kalau lepaskan peluang. Sbb, tak tau taun depan ada lagi ke x.. ye tak. Sayang . Min tgh stdy part time. Susah nak komit kerja dgn stdy nak masuk program ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg rugi sangat sapa yang tak nak joint..peluang ni, weiii..dapat tajaan..bukan senang org nal offer..

      Delete
  4. Berbaloi pergi. Harga pun murah. Memang yang tengah free tak buat apa, elok sangat join. Tambah ilmu pasal bisnes.

    ReplyDelete

Flickr Images

HAK MILIK

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam blog ini, sila hubungi penulis di fieza_amy81@yahoo.com


[PENAFIAN] Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini dan untuk rujukan kepada pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.