Blog Fieza Sani


Nak kongsi dengan korang (peniaga-peniaga online) platform baru untuk korang promosikan produk2 korang selain media sosial..Di web ini, korang  boleh setup kedai online korang sendiri..Selepas membuat pendaftaran, korang boleh terus membina kedai online sendiri..Tidak perlu mahir, korang hanya ikut sahaja arahan yang diberi & muat naik gambar-gambar produk berserta keterangan produk dan kongsikan di media sosial masing-masing..Tak perlu nak muat naik banyak kali gambar di media sosial.. 

Hanya dengan 4 langkah mudah untuk membina kedai online korang

MUAT NAIK PRODUK

Muat naik gambar produk korang berserta keterangan produk & susunkan produk korang mengikut kategori. Jadi mudah
untuk bakal pelanggan korang mencari produk yang mereka nak.

TETAPKAN TETAPAN, PEMBAYARAN DAN PENGEPOSAN

Lengkapkan maklumat kedai online korang untuk memudahkan pencarian &
tetapkan kaedah pembayaran. Kos pengeposan juga boleh dikira secara
automatik bila pelanggan korang bersedia untuk membuat pembayaran.

DESIGN YANG SIMPLE DAN MOBILE FRIENDLY

Korang tak perlu mahir untuk membuat laman web di Easy Store ni..Hanya
pilih tema, masukkan logo & susun kedudukan mengikut kesesuaian..Memudahkan pelanggan korang untuk akses Easy Store di telefon pintar masing-masing..


TAMBAH HALAMAN BARU DENGAN MUDAH

Cuma gunakan menu yang disediakan untuk menambah halaman seperti
tentang kami, hubungi kami atau soalan lazim untuk memudahkan
pelanggan mendapat maklumat permiagaan korang..
 
Berapa bayaran untuk setup kedai online di Easy Store ni? 

Harga pakej seperti di bawah & untuk permulaan bagi explore bagaimana operasi sistem easystore ni, korang boleh pilih FREE TRIAL..Sekiranya berpuas hati, korang terus amik basic pakej..Kalau hasilnya sangat sangat memuaskan hati, boleh la bertukar ke pakej Plus..


Contoh kedai online yang aku setup di Easy Store

Bagi aku dengan adanya easy store membantu korang sebagai para peniaga online untuk mengembangkan lagi perniagaan disamping memudahkan korang untuk berkomunikasi dengan potensi bakal pelanggan..Juga menampakkan lagi perniagaan korang lebih stabil & menyakinkan orang ramai untuk membeli..
 

0 Comments