Dah baper hari tak update blog..minggu lepas balik kampung..cuti bersambung kan sempena Hari Pekerja..Kebetulan ada sepupu mr.hubby kahwin..Plus nak bawak anak buah aku, si Iman tu mandi kolam..Kitaorang tak pernah bawak dia gi mandi kolam ke atau taman tema air yang ada kat Malaysia..Jadi meh la kita cuba..Serasi ke idok??

Sebelum gi ke kolam a.k.a Taman Tema Air kat Ipoh tu, hari ahad nya ada kenduri kahwin sepupu mr.hubby..Nikah hari sabtu..Aku & biras aku teman mama gi nikah ni..Mama tak de geng..Ajak adik ipar bongsu aku tu, memang tak de la dia nak gi..Tambah lak hari sabtu tu kitaorang sampai Ipoh pukul 2.00 lebih..Jammed weiii..dari KL pukul 8.30pg, sampai Ipoh pukul 2.00 lebih..pffft...naik kematu muntot duk dalam keta...Dengan Si Iman kencing sampai dah tembus pampers..Nasib baik dah sampai Ipoh..Jenuh suh budak kecik tu duk atas surat khabar, tak nak bagi kena kat kusyen kereta..tapi dah nama budak tecitttt..ko ghasa!!!belajar BERSABAR :D

Ni gambar-gambar masa nikah sepupu mr hubby..tapi gambar perantin nya tak de..aku tak amik plak gambor..
Jelita tak..terus tukar gambar profail WhatsApp & Ig yang ni..Ada sorang member aku cakap, macam Syatilla Melvin..aduiii..kembang idung jap..jap je la..haha

Mama drive..hat 2 menantu mama ni tak reti drive..tahu posing je..
 
Biras aku..Yang tolong lilitkan shawl aku ni..Aku tak reti..Tapi nanti nak belajar gak cara lilit shawl ni..

Gambar masa hari kenduri tapi gambar perantin tak de jugak..

Ni dalam kereta masa otw nak gi kenduri kahwin sepupu mr hubby..
 
 Suka2..ada Photobooth..

 2 orang ni..
 
Berdondon Merah
  
Ni gambar masa gi Lost World of Tambun, Ipoh

Lepas sesi mengenyangkan perut, kita enjoy kat sini..

Sorry, dalam ni tak amik gambar..Segala beg, handphone semua tinggal dalam loker..handphone tak bawak sebab tak de Waterproof Casing Handphone..tak beli..action kamera pun lupa nak bawak..so take note, yea kalau gi sini ke atau mana2 taman tema air jangan lupa beli..

Berapa RM masuk ke sini?Nanti aku beritahu kat bawah tu..

 Untuk kanak2 yang ketinggian 90cm, PERCUMA..Iman masih dalam kategori ni..

Bahagian depan

 Trademark kot kucing ni..semua duk tangkap gambar kat sini..

Jadi bawak Iman ke sini, acane?okey tak..okey sangattt..Suka kot main air..Cuma yang kat bahagian kanak-kanak tu dia tak berapa berani nak main gelongsor..tatutttt..aiyakkk..Baru kot..tak biasa..Lain kali bawak lagi sekali, dah besar sikit dah reti la main..

Ooo..Selain Lost World Water Park yang kitaorang duk main air ni, petang sebelum keluar kitaorang masuk ke Lost World Petting Zoo..Harga tiket dah termasuk yea..Ada apa kat Zoo ni, memacam la..Iman masuk kat sini, kitaorang tunjuk ular..dia tak de perasaan..aku & biras aku yang geli-geleman nak masuk ke sangkar ular..giler kooo..besar kot..ada satu tu tak nampak dalam sangkar..tanya pekerja dia, mana ularnya..pekerja dia tunjuk atas..betul2 atas kepala kitaorang ko..memang ada cermin..tapi terasa geli dia..elok ular tu parking atas atap cermin sangkar..size masa tu kalau tengok boleh tahan besar..


Bayaran masuk : 

RM55.21 / seorang (dewasa)
RM48.55 / seorang kanak-kanak (12 tahun ke bawah / atas 90cm)

Harga masuk kat atas ni, masa yang kitaorang pergi ke sini..mungkin harga dia akan berubah..Dapat 15% diskaun sebab mr.hubby bayar guna CC Public Bank..

Loker : RM15 / 1 loker (kitaorang sewa 2 loker sebab dapat yang kecik punya)
 Pelampung : RM16 (Nanti masa pulangkan balik pelampung, dapat balik deposit RM10)

Kat mana Lost World of Tambun ni..


Sunway Lost World Water Park Sdn. Bhd.(240342-P)

No.1, Persiaran Lagun Sunway 1, Sunway City Ipoh,
31150 Ipoh, Perak Darul Ridzuan,
Malaysia

1 Comments