Kembara Umrah Mr Hubby & Keluarga

22:11

Alhamdulillah..Ahad lepas mr hubby & kaum keluarganya selamat berlepas ke Tanah Suci untuk menunaikan ibadah umrah..Dah sampai rezeki mr hubby menjejakkan kaki ke tanah suci..

Berkumpul & bertolak dari Ipoh sebab travel agent yang mr hubby ikut ni, di Ipoh..Jadi kitaorang hari Jumaat dah bertolak balik ke kampung..Jumaat ptg, gerak dari KL terus ke kampung aku dulu kat Kuala Kangsar..Mr hubby nak jumpa dengan opah aku..Minta maaf..Lepas tu terus tidur kat rumah mak abah aku kat Sg.Siput..Hari sabtu baru ke rumah mama kat Ipoh..
Ahad pagi, pukul 9.45 dah gerak ke Masjid Negeri Ipoh..Berkumpul dan bertolak dari situ sampai KLIA..Ada beberapa orang jemaah umrah yang terus tunggu di KLIA..antaranya adik ipar & biras aku..

Jom nak share sikit aturcara masa hari ahad..

 
Semua jemaah umrah menunaikan Solat Sunat Mussafir sebanyak 2 rakaat sebelum berangkat ke tanah suci..

Selepas solat sunat mussafir, semua jemaah umrah diberi masa 10-15 minit berjumpa dengan ahli keluarga..waaaa..part ni touching uolls..first time aku & mr hubby berjauhan..sebelum ni mana pernah jauh2..
Masa kat rumah lagi, mr hubby minta maaf bagai..aku dah rasa nak nangis..Even masa menaip ni pun...aiyooo..ahkak hati tisu tau..nampak je macam garang..huhu

So ada masa beberapa minit yang ustaz tu bagi, meh la bergambar..buat pengubat rindu..

My bantal peluk...tapi masa kat depan mata, selalu tak peluk pun...bila jauh2 macamni, baru rasa rindu..




Mr hubby, mama, adik mr hubby & mak saudara (pakai tag merah) yang ikut sekali dalam rombongan ni..

Gambar bawah, dari photographer travel agent..Mr hubby bagi melalui WhatsApp..
Selesai sesi perjumpaan dengan keluarga, semua jemaah umrah diminta beratur dan bergerak bersama ke pintu bas..

Masa ni, serius taching sangat..aku mana berdiri dekat dengan mr hubby..Kan dah kata, ahkak hati tisu..aku nampak macam mr hubby duk cari aku..aku ada kat belah belakang..terselit-selit...kecik kan senang nak menyelit..hehe..masa dah naik atas bas tu, lagi la..tahan je air mata jangan bagi jatuh..tu pun ada terlepas sikit2..dah la ahkak mekap haritu..heeee..nasib tak meleleh air mata pakej dengan eyeliner..hihi..

Lepas bas dah gerak..aku, abah & mak otw gi ke rumah opah aku kat Kuala Kangsar, mr hubby WhatsApp..Aik..baru je gerak dah mesej..hehe..mr hubby cakap masa atas bas tu,rasa sayu..aku pun..tue pasal aku malas nak tengok sangat mr hubby kat atas bas..ai is cannot..hati tisu tau..

Bawah ni, gambar masa tengah bersiap kat rumah..

 Kononnya nak lilit shawl keknis..sekali shawl pendek daaa..eh, terus jadik ala-ala je..eh..boleh la..first time lilit shawl sendiri, tau..selalu mesti mintak tolong orang..

 
Selfie sekali..pengubat rindu ni..hehe
Kat bawah ni, gambar-gambar di Airport..adik ipar & biras aku tunggu di KLIA..gambar ni adik ipar aku yang perempuan tu bagi melalui WhatsApp..Siap gi makan kek bagai..kemaheeen..
Mr hubby, biras aku, adik ipar no.4, adik ipar no.5, mama & adik ipar no.3..
 
 Kembara Baitullah..29/5/2016-10/6/2016

Bawah ni gambar hari pertama di Mekah..Trip yang mr hubby joint ni, penerbangan dari Malaysia-Dubai & Dubai-Jeddah..

Sampai je di Mekah, para jemaah terus buat umrah..Ni gambar yang biras aku hantar..Alhamdulillah

You Might Also Like

0 Comment