Dapur FiezaSani : Belajar Masak Kari Dengan Mak

08:30

Blog Fieza Sani 
Resipi mak tapi cara masak berbeza..Aku perasan jugak kenapa bila aku masak kari, mesti warna dia macam gambar hat atas tu..Failed tau..

Dua2 aku masak tapi yang 1st tu, tanya dengan mak resipi dalam telefon je..time keja..waktu tu aku cuti, jadi kena la turun ke dapur..gambar yang ke-dua, mak ajar kat sebelah...tunjuk satu2 langkah2 dia..Aku letak kat sini, untuk rujukan aku nanti..kalau korang nak try, no hal..boleh je..Resipi mak aku ni very da simple yea..Mak aku guna apa bahan yang ada di dapur..Jadi mungkin berbeza dengan mak korang atau korang sendiri masak..

Bila mak dah ajar cara-cara ni, baru aku tau kenapa kari aku masak warna cair jeee?heee..part naik minyak tu, aku rasa main langgar je..mungkin baru nak naik minyak, warna pun tak bertukar lagi aku dah terus masuk ayam/daging..Mak dah tunjuk cara-cara ni, baru la tahu..adoiii..salah sendiri..masak kira nak cepat habis je..ahaks!!!

RESIPI KARI MAK

BAHAN-BAHAN

Ayam/Daging/Ikan
Bawang Merah
Bawang Putih
Halia 
 **berapa ulas nak guna, terpulang pada kuantiti kari korang nak masak..lepas tu blender.**
 Serbuk kari 
(2 sudu besar, kalau peket besar..kalau yang kecik, 1 peket)
Santan (Besar) - 2 cawan
1 cawan air
Garam
Bunga Lawang
Kulit kayu manis
 **Bahan yang dah blender tadi campurkan dengan serbuk kari, bunga lawang & kulit kayu manis.Kacau2 biar sebati**
Ubi kentang
(kuantiti tepulang pada memasing..kalau suka kentang, buh la banyak)

Cara Masak :~

Panaskan minyak dalam kuali/periuk..
 
Minyak dah panas, masukkan bahan2 blender yang dah dicampur dengan serbuk kari, bunga lawang & kulit kayu manis..Kacau seketika & biarkan sehingga naik minyak..
 
Tunggu hingga naik minyak macam gambar kat atas ni..Warna dia dah bertukar merah..
  
Baru masukkan ayam & kentang..kacau2 & biarkan sampai ayam & kentang empuk..
 
Ayam & kentang dah masak, baru masukkan santan & air..Perasakan dengan garam sikit..

Lepas dah masukkan santan & air, biarkan seketika..Baru tutup api..

SIAP UNTUK DI NGAP!!!  

Haih..gigih belajar masak kari ikut cara mak..sebab mak aku, adik beradik mak dah kenal mak aku dengan kari nya..heeeee..jadi bila anak perempuan mak tak reti masak kari, ko ghasa??

Cara masak kari ni sama tak kira untuk ayam, daging ataupun ikan..cuma untuk kari ikan tukar kentang kepada bendi/tomato...

You Might Also Like

4 Comment

  1. nice.. resepi mak memang paling win kan 👏👏👏

    ReplyDelete
  2. untung masih ada mak lagi Fieza.....ceduk ilmu memasak dengan mak banyak2, nanti mak dah takde, rindu masakan mak...dah takde siapa tempat kita nak rujuk pasal tip memasak....

    ReplyDelete