AFB Feeds

tQ for your comment

12:33


Aku..yang tak reti bergaya, berposing..tak lawa pulak tu kan..ishhh..banyak lagi la..sedar diri..sob sob..

Selalu jadik bahan kat ofis tapi iolls okey je..Haritu potong rambut pendek..sama pattern pulak dengan bos aku, dah kena bahan..huhu..tak pe boleh terima lagi..tapi kali ni sentap lebih sikit, bila kawan cakap
'dah macam amah ko ni'..masa tu aku pakai pakaian sukan sebab nak turun perasmian hari sukan..pakai t-shirt, seluar, kasut flat & rambut ikat ala2 orang gaji kot..tu yang kena komen cenggitu..huhu..sentap mak nakkk..tau la aku tak pandai bergaya..tak lawo..tak pandai mix & match baju..sob sob..kena komen depan member2 lain pulak tu..malu kot...

Walaupun aku cepat sentap tapi tak de la berlarutan..2-3 hari lepas tu aku dah okey balik..aku seorang yang pemaaf tapi jangan la bahan aku selalu..sebab aku pun bukan seorang yang suka bahan member2..kita tak tau member kita tu macamne..mungkin kita kenal luaran dia, nampak dia okey, sporting..tapi dalaman dia, mungkin dia seorang yang mudah terasa..mana kita nak tau..jadi aku tak suka di jadikan bahan sebab aku tak buat macam tu kat orang..

Apapun tQ kat kawan aku yang komen aku macam "amah" haritu..walaupun aku sentap sebab dia komen camtu tapi aku fikir dari segi positif utk ubah sikit cara aku..pakaian tu tetap la pakai baju kurung kalau ke ofis..cuma style rambut, aku alert sikit supaya sesuai ke ofis..

Sebenarnya aku ada masalah rambut beruban tu yang buat style rambut macam2 untuk cover part beruban tu..haih, jenuh cari solution untuk atasi rambut beruban ni..rungsing tengok tau..semalam, blogger Lan Careno ada cadangkan produk dherbs..katanya bagus..
baikkk..nanti aku cari..

Gambar bawah ni sesi inai rambut dengan Seri Inai Daun  di rumah..buat sendiri je..tak gi salun pun..Beli haritu, banyak lagi balance..jadi apa lagi,meh la kita berinai..warna dia tahan dalam beberapa minggu..boleh la..Rambut beruban aku ni, kat belah depan pulak..adehhh..Tak pe, nanti try produk dherbs pulak..aku bukan nak rambut perang..nak rambut hitam, tak de uban..huhu..Dulu2 orang tua je beruban..sekarang ni orang muda pun dah ramai beruban..adik..adik ipar aku..mungkin sebab faktor pemakanan, pakai krim/gel yang mengandungi chemical pada rambut..aku ada terbaca dari google, tak cukup certain vitamin pun boleh menyebabkan uban..

 Masa baru2 beruban dulu, aku suka benor cabutnya..Member ofis yang veteran2 nasihatkan jangan cabut..nanti lagi banyak..Masa tu buat tak kisah je..tetap cabut je..tapi aku akui sekarang, memang betul..degil sangat kan..dulu suka benor buat memacam kat rambut..ni la hasilnya..rumusannya kalau rambut memang tak de masalah..tak payah cari masalah..kesan dia tak nampak masa tu..dalam jangka masa panjang..

Jadi adik2 sebelum nak buat rambut memacam style (rebonding, relaxer, curl & macam2 lagi yang akan menggunakan bahan chemical kat rambut, fikir2kan sebelum buat)..
 

You Might Also Like

4 comments

  1. aduhhh, sentap kot kalau dibahan mcm "amah". sakitnya tu di sini *tunjuk area hati

    ReplyDelete
  2. Sama la mcm i...banyak dah uban... bleh try carik gak la dherbs tu... nanti u buat review ya :-)

    ReplyDelete
  3. Amboi.. sesuka je nak meng-amah kan org. Takde insurance sgt tau mulut.. hehehe. Takpe sis, skrg byk da produk utk hitam kan rambut.. Try la yg d'herb tu.. makcik aina pun pakai. Okay katanya. =D

    ReplyDelete
  4. Sabar ya kak abaikan kata2 manusia ni

    ReplyDelete

Flickr Images

HAK MILIK

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam blog ini, sila hubungi penulis di fieza_amy81@yahoo.com


[PENAFIAN] Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini dan untuk rujukan kepada pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.