AFB Feeds

Terlajakkkk tengok~DTL

08:30

Dah terlajakkkk tengok citer ni..aduii..tersangkut jugak layannn..
Masa 1st episod haritu, tak tengok sangat..sebab ingatkan tak best..start 2nd episod tu tengok..'eh..macam best pulak'..start tu dah ikut drama ni..

Menyampah lak aku dengan si Zack tu..perasan hensem..ego..berlagak..dah kena kahwin dengan Pehah, tu terima je lah kan..ni banyak pulak songeh..Pehah pulak Zack buat macam2 pun, duk sayang bagai..haishhhh..Si Idayu pun satu hal, Zack layan macam tu pun nak jugak terhegeh2..dah kenapa?

yelah..yelah..drama kan..kalau tak, idok la jadik drama..hero drama ni, aku rasa macam tak pernah nampak berlakon pun sebelum ni..ke aku yang tak layan sangat drama melayu..jadi tak kenal pelakon2 baru..tapi watak hero tu memang kena la dengan dia..muka eksen, berlagak, sombong..ciri2 tu ada kat dia..

tak pe, kita layan drama ni..walaupun dah boleh agak ending dia macamne..cerita melayu, very da cliche..hehe..saja nak tengok jalan cerita dia & pelakon2 bawak watak memasing tu, menjadi ke tidak..kadang ada pelakon memang pandai bawak watak, so thumbs up..tapi ada pulak yang, hmmmm...paham je la hmmm tu..sebab drama sebelum sebelum sebelum ni, ada watak heroin dia, like so tak reti berlakon..kaku..eh..pandai lak nak komen..macam ko pandai benor berlakon..

Kat bawah ni, sinopsis cerita 

Duda Terlajak Laris

SINOPSIS CERITA DTL

Apakah perasaan anda saat disuruh bernikah ketika berusia 18 tahun dan kemudiannya menduda waktu usia perkahwinan baru menjangkau usia dua tahun?


Itulah yang terpaksa dihadapi oleh Zack biarpun dalam keadaan separuh relanya. Rela pun dia dengan pernikahan itu pun hanya kerana dia memikirkan air muka tok ayah, insan kesayangannya yang juga imam Masjid Batu Lima. Disebabkan sebiji mentol, hidupnya jadi huru-hara dek perangkap gadis genit bernama Pehah, adik angkat sahabatnya iaitu Bob.

“Dan saya harap walau jauh mana pun awak pergi, suatu hari nanti awak tetap akan cari dan kembali kepada saya. Itu doa saya!” – Pehah.


“Pehah, Pehah... Dunia ni bulat tau tak? Bulat. Tapi bulat macam mana pun, tak bermakna pusing- pusing aku akan jumpa kau juga. Ada ramai lagi perempuan dalam dunia ni yang aku boleh jumpa. Kau kasilah peluang dekat aku jumpa yang ala-ala Siti Nurhaliza ke, Izara Aishah ke. Ini tidak, kau nak juga aku jumpa kau lagi. Memang bad lucklah aku kalau begitu ceritanya. Aduhaiii...” – Zack.


Adakah dia bad luck? Lapan tahun pun berlalu, tapi jangankan Siti Nurhaliza atau Izara Aishah, yang ala- ala itu pun Zack tak pernah jumpa. Phewww! Takkan dia dah terkena sumpahan Pehah? Atau mungkin menjadi duda yang terlajak laris itu menjadi satu batu penghalang untuk Zack bertemu dengan pemilik tulang rusuknya yang sebelah lagi itu apabila hubungannya tak pernah kekal sehingga ke jenjang pelamin?


“Nope. I am okay with that. Saya tak kesah pun sama ada awak ni duda atau teruna sebab saya tak pernah letak syarat apa-apa pada calon suami saya. Dan kalau ada pun syaratnya cuma satu. Orangnya mesti awak. Tak ada orang lain. Hanya Zafran Aldrin!” – Idayu.

Apa kesudahannya kisah duda terlajak yang agak laris ini? Akan diturutkan jugakah untuk menikahi Idayu atau sebaliknya?


Kata orang-orang tua, cakap tu biar berpijak di bumi yang nyata. Jangan bongkak sangat nanti terpaksa telan kata-kata sendiri. Kata-kata sendiri, boleh diterima lagi kalau terpaksa dia telan, tapi kalau terpaksa jilat ludah sendiri? Memang taklah!

Sumber :  Penulisan2u

You Might Also Like

3 comments

  1. tak tengok drama ini.. hehe tk sempat sebenarnya . dengar cerita best...

    ReplyDelete
  2. kite x sempat tgok sbb duk bz memanjang. tapi kalau ada zara zya berlakon cnfirm lawak & best hehe

    ReplyDelete
  3. Aaa.. Samalah.. Menyampah kat zack ni .. Bukan hensem pon hahahhaaa... Drama sangat..

    ReplyDelete

Flickr Images

HAK MILIK

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam blog ini, sila hubungi penulis di fieza_amy81@yahoo.com


[PENAFIAN] Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini dan untuk rujukan kepada pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.