Teh Hijau Untuk Kuruskan Badan

08:30

TTC..PCOSer..kita yang sedang berusaha untuk hamil..dalam usaha kita untuk hamil..sila berhati2 dengan sebarang pengambilan produk untuk hamil..yea..

Aku terbaca mengenai pengambilan teh hijau untuk kurus..Kebanyakan PCOSer kalau buat rawatan kesuburan di hospital, Dr dan Misi akan nasihatkan kita untuk turunkan berat badan..Masalah utama PCOSer adalah berat badan..Aku PCOSer juga tapi alhamdulillah aku tak de masalah berat badan (ehhh..bukan cakap besar..badan aku kalau banding dulu dengan sekarang..ada juga peningkatan tapi tak banyak sangat)..Walaupun begitu jangan la eksaited sangat tak de masalah berat badan..Memandangkan aku PCOSer, aku kena juga kontrol makan yea..Dulu aku fikir..aku kurus buat apa nak kontrol makan..jadi aku makan jeee tanpa hirau pasal berat naik ke hapa..tapi aku silap..bila aku joint group TTC kat fb..baca dari PCOSer yang dah berjaya hamil & usaha2 sebelum dorang berjaya hamil, salah satunya adalah diet..ada yang amalkan diet atkin & ada yang amalkan low carb diet..Jadi kesimpulannya di sini walaupun tak de masalah berat badan tapi ko PCOS, cara pengambilan makanan tetap kena jaga..Sebab itu la sekarang breakfast aku makan kuih ke, sandwich ke..(walaupun jadi bahan dengan member ofis)..orang tak faham..Aku bukan nak kurus!!huhu..aku cuma nak kurangkan pengambilan makanan yang heavy dalam usaha TTC aku.. walaupun susahnyaaaa..tengahari & malam, aku memang makan nasi tapi kuantiti aku kurangkan..

Selain itu juga, salah satu usaha terkini aku adalah detox dengan amalkan minum teh hijau jenama BOH..Detox adalah penting untuk pembuangan toksin dalam badan..Selain mempercepatkan proses menurunkan berat badan..Dengan pengambilan green tea senang nak kurus sebabnya green tea mampu mempercepatkan pembakaran kalori dan untuk pengetahuan kalori untuk green tea adalah ZERO!!

Untuk TTC & PCOSer, aku galakkan korang untuk amalkan teh hijau original jenama biasa (BOH, AHMAD TEA & etc)..Cuba elakkan teh hijau yang berfungsi untuk slim dengan segera..eh, banyak jenama yang ada di pasaran..macam TUT & TUT..difahamkan kandungan teh hijau yang berfungsi untuk slim ni mengandungi bahan chemical  yang memberi kesan sampingan pada buah pinggang...huhu..Kalau nak ambil pun , sila jarakkan selang sehari 1 sachet..

Disamping kita berusaha untuk hamil dengan pengambilan produk yang berkaitan, kesihatan perlu juga di jaga untuk mengelakkan masalah di masa hadapan..

Apapun ni rezeki dariNYA sekiranya berjaya & ini salah satu usaha kita PCOSer..aku pun masih amalkan minum teh hijau selain minum air lemon tiap pagi..

ENTRY BERKAITAN

You Might Also Like

5 Comment

  1. chaiyok fieza.....minum teh hijau memang bagus untuk kesihatan...tambah plak dengan hirisan lemon...

    ReplyDelete
  2. Rabia memang suka minum tea hijau,sedap sgt .

    ReplyDelete
  3. actually time bila yg sesuai utk minum green tea nie....ana buat 1 botol 3 litre utk 1 hari...betul ke cmtue...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala, dear..saya tak expert nak jawab..tapi cara saya buat 1 cawan time pagi atau malam..kiranya saya minum sekali sehari je 1 cawan tu..selain tu saya bersenam juga.. ;)

      Delete
    2. oo ye ker....saya minum pg n malam...malam secawan je sebelum tido utk proses pembakaran lemak time tido...thanks fieza...

      Delete