AFB Feeds

Rumah sewa DBKL

23:03

Bila duk rumah sewa DBKL..sila la berhati2..kunyit pun boleh hilang, tau..haha..

Kisah semalam, mak aku letak 2-3 biji kunyit kat pasu luar..nak tanam..langkah penjimatan kann..senang kalau nak guna, amik je kat luar..tapiiii..bila tengok kat pasu, dah hilang..acane..mak aku letak kejap je pun.masa abah amik aku balik keja, mak ikut sekali..mak letak kejap kat pasu so balik tu, mak nak tanam la..sekali tengok2 kat pasu..dah tak de..hebat tak hebat la orang sini..adoiiii..kunyit je pun..tu pun nak amik jugak ke??

Memang kalau duk kat sini, jangan la letak kasut/selipar/baju kat luar..haritu topi abah aku yang dah lusuh pun hilang.. bising abah aku..sebab abah aku biasa keja, pakai topi..yelah kan panass sekarang ni..nasib baik la ada topi extra..

Bukan la nak kata orang kat sini jahat2 ke, tak baik ke..tapi mentaliti orang sini, aihhhh..kadang hangin je ghasa..tu belum cakap pasal lif..yang panjat dalam lif lain..bawak motor dalam lif, parking depan rumah (macam dia sorang je pakai motor..lif untuk bawak orang bukan barang berat), buang sampah dalam lif..berak dalam lif pun ada..pffffttt..bertabah je la duk kat sini..

Moral of the story - tak kisah duk mana pun tapi kena ada sikap tanggungjawab pada jiran2, harta benda awam.. jangan pentting diri sendiri je!!




You Might Also Like

0 comments

Flickr Images

HAK MILIK

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam blog ini, sila hubungi penulis di fieza_amy81@yahoo.com


[PENAFIAN] Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini dan untuk rujukan kepada pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.