Aku dalam kategori mempunyai kulit kusam, parut jerawat, liang pori besar dan terbuka, berminyak..faktor menyebabkan kulit kusam ni tidak cukup terhidrat dan pengumpulan sel2 kulit mati yang menjadi punca kulit tidak berseri. Selain itu, faktor tidak cukup tidur yang boleh menyebabkan lingkaran hitam pada mata (a.k.a mata panda), kedutan yang mula terbentuk, kekurangan nutrien yang diperlukan oleh kulit, diet tidak seimbang & tidak mencuci muka dengan betul, juga mempengaruhi faktor muka jadi kusam & tidak berseri..

Beberapa minggu lepas, aku dapat jemputan untuk buat rawatan kulit kusam ni di KLINIK PREMIER cawangan Bangsar..Klinik ni mempunyai 2 cawangan iaitu di Bangsar Baru & Taman Tun Dr. Ismail..


Mula2 dapat invitation rasa macam takut pun ada..buka website dia, ada rawatan dia kena cucuk2 bagai..ala..tatut pulak kena cucuk2 ni..tapi aku cabar juga diri sendiri untuk buat rawatan di sini, sampai bila nak biar je masalah sendiri kannn..

Masa sesi konsultasi dengan Dr. Aarti, salah seorang pakar di situ, aku minta buat rawatan yang tak melibatkan dengan jarum..i is tatuttt..Dr. Aarti beritahu, kat situ ada disediakan rawatan menggunakan jarum & tanpa jarum..alhamdulillah..lega dengar..ahaksss!!!

KLINIK PREMIER

Sebuah klinik estetik terkemuka Malaysia..Memberi perkhidmatan seperti rawatan muka serta penjagaan bentuk badan. Prinsip mereka, dengan perkhidmatan yang diberikan ini mampu menyerlahkan keyakinan seseorang individu & menonjolkan kecantikan dalaman terserlah hingga ke luar.
Jom tengok gambar2 yang aku snap sementara tunggu giliran untuk buat rawatan.. 

Kaunter pendaftaran..cantik klinik dia..aku suka sebab nampak exclusive gituuu..
 

Sementara tunggu giliran, boleh la baca info2 mengenai klinik kat ruangan ni..
 
Rawatan Kulit Kusam di Klinik Premier  
Ni bilik rawatan dia..seriau tengok mula2..
Rawatan Kulit Kusam di Klinik Premier 
Sesi konsultasi bersama Dr Aarti..Hasil perbincangan, Dr.Aarti cadangkan aku buat rawatan Silk Peel untuk merawat masalah kulit kusam yang aku alami..

SILK PEEL
Silk Peel ni apa?tak faham kan?bahasa mudah dia, penah guna kertas pasir tak untuk bagi licin kat permukaan kayu.. Hah, Silk Peel ni macam tu la..Muka kita akan di gosok dengan sejenis alat untuk membuang lapisan sel-sel kulit mati pada permukaan muka kita..Sebelum proses ni bermula, muka kita akan disapu dengan sejenis serum dan dibiarkan seketika untuk meresap..Selepas 20 minit, baru la proses Silk Peel ni bermula..Serum ni berfungsi untuk sel-sel kulit baru tumbuh bagi  menggantikan sel-sel kulit mati yang telah dibuang melalui proses Silk Peel. Ia juga bertindak sebagai pemangkin untuk pengeluaran kolagen segar dalam kulit, yang membantu kulit untuk merawat dari dalam dan mengekalkan awet muda..
Rawatan Kulit Kusam di Klinik Premier 
SEBELUM
Rawatan Kulit Kusam di Klinik Premier  
Semasa proses rawatan Silk Peel..

macamana proses ni, sakit ke tak?hmmm..sejujurnya tak sakit pun..mula-mula nerves, lepas dah lama tu rasa, eh..best pulak..
 
Rawatan Kulit Kusam di Klinik Premier  
Terapi LED untuk menambah baik kawasan yang telah dirawat

Rawatan Kulit Kusam di Klinik Premier
  
SELEPAS

tak edit apa pun yea..tanpa mekap..muka original..selepas proses silk peel ni, boleh rasa kulit licin uolls..Untuk hasil yang lebih superb, boleh lakukan rawatan susulan..oh yaaa..selepas rawatan ni, kita tak boleh guna foundation untuk sementara supaya kulit dapat absorb rawatan yang kita dah buat..dan kita kena guna sunblock..Aku..guna Magic Jelly Lovera je..salah satu fungsi dia untuk melembapkan kulit..heeee

Bersama Dr. Aarti  (BLOG Dr.Aarthi)

Sebarang maklumat / rawatan di KLINIK PREMIER, korang boleh rujuk dibawah : ~

Taman Tun Dr Ismail (TTDI) branch


TTDI Address: 31 Jalan Wan Kadir 2, Taman Tun Dr Ismail, 60000 WP Kuala Lumpur. TTDI Branch GPS coordinates: 3.139242, 101.628448
TTDI Branch Phone No.: +60-3–7732 5552 Fax No: +60-3-7732 8201 Customer Service Hotline: +60-12-662 5552
 

Bangsar Branch


Bangsar Address: 40, Jalan Telawi, Bangsar Baru, 59100 WP Kuala Lumpur. Bangsar Branch GPS coordinates:  3.131138, 101.670436
Bangsar Branch Phone No.: +60-12-662 4278/ +60-3-2282 2263 Fax No: +60-3-2282 1120 Customer Service Hotline: +60-12-662 5552


Email: contactus@premier-clinic.com
Facebook: www.facebook.com/premier.aesthetic

5 Comments

  1. how much kos rawatan muka tu kak?

    ReplyDelete
  2. de bagi apa2 produk ke.. atau kena repeat blik

    ReplyDelete
    Replies
    1. x de produk apa pun cik en..kalau ada bajet, sila la repeat semula untuk maintain..hehe..

      Delete
  3. hi untuk mengetahui tentang skin specialist di Malaysia boleh layari http://www.lookp.com/malaysia/skin-specialist ni.

    ReplyDelete