AFB Feeds

Pertama kali joint game

18:24

 Sukan KKR secara rasminya telah bermula..Persaingan untuk rumah HIJAU, BIRU, KUNING & MERAH..Rumah2 ni hasil gabungan beberapa bahagian..Bahagian aku termasuk dalam rumah HIJAU atau nama rasmi ROLLER..JKR/KKR kan..harus la nama ada kaitan dengan Kementerian..Semoga Roller tak kena roller la dengan yang lain..haha..
 
 Untuk tahun ni, pertama kali aku joint game mewakili rumah..hehe..tahun2 lepas , tak joint pun..tengok je orang main itu, ini..

Tetiba tahun ni, kawan aku ajak joint..terbukak pulak pintu hati..ahaks!!!..cari pengalaman..

Blog Fieza Sani  
Perasmian Sukan Kementerian Kerja Raya oleh KSU, KKR..

Blog Fieza Sani  
Rumah hijau..Nama rasmi ~ Roller..Go Go Roller..
Sebelah aku yang aku macam manja2 di atas bahu tu, bos aku weiii..hehe

Gambar bawah ni hari Sabtu (perlawanan Congkak, Dam & Karom)

Aku mewakili Roller (hijau) untuk main congkak..main congkak je pun..tapi jangan di sangka main congkak je..ada teknik kot..failed..ku tahu main je..ada teknik2 pulak..memang kalah le..tapi tak pe..yang penting turut serta untuk mewakili rumah..tu yang penting..
 

Karom - Roller JUARA..Yes!!!
 
Blog Fieza Sani  
Dam - Roller Juara..Yes!!!
  
Blog Fieza Sani

Roller in action..tapi kalah..huhu..weiii..ingat senang ke nak main dengan otai-otai yang dah terer sebab tiap tahun masuk..aku & member yang pakai tudung kotak2 tu, first time joint..member aku yang tudung pink tu, dah pernah joint sebelum ni..tapi tak cukup practice..kalah..is okey, yang penting kitaorang menyumbang jugak..

Main congkak untuk pertandingan ni, pemenang diambil kira dengan menang tapak..Yang mana kat belah ko masih ada buah lagi tapi pihak lawan dah kehabisan guli/buah..tak kisah la guli/buah ko banyak & rumah ko semua penuh untuk pusingan kedua tapi dia kira, menang tapak..aku tak reti main macam ni..kalau main suka2 tu, aku tau aku nak rumah aku penuh je & tak de rumah terbakar..satu lagi, masa main ni, kalau ko dah sentuh buah kat lubang ke-3 tapi tetiba ko tukar fikiran nak amik guli/buah kat lubang yang lain, tak boleh yea..kena ambil jugak yang ko dah pegang sebelum tu..huhu..see pengalaman..kalau tak joint, memang tak tahu laa..jadi walaupun kalah, dapat juga ilmu baru..

Aku pun tak beria nak menang..dah boleh agak, kalah..tapi orang kata tak nak la mengalah macam tu je..kita lawan je..kalah menang, belakang kira..kalau menang, bonus..kalau kalah, adat la kan..dah semua nak menang..sapa pulak yang kena kalah..

Semalam (ahad) perlawanan Ping Pong..aku ada ternampak pegawai KKR post kat ig..Roller no.2..Yes!!!

Masa pertandingan ni, ramai bawak anak memasing..meriah..macam taska pun ada..haha..ni gambar bawah, anak pegawai tempat aku..sementara tunggu giliran nak lawan main congkak, setepek selfie dgn budak tecik ni & kak Fieza..ahaksss!!!

Eh..budak tecit ni..anak pegawai tempat aku..masa nak amik gambar ni, tetiba malu..sebelum tu kan main..gelak2..orang usik2 gitu je pun dah gelak.. 

You Might Also Like

3 comments

  1. saya pun tak pandai main congkak.. kata orang memang ada tekniknya.. sape tak tahu the tricky way memang kalah.. huhu..

    ReplyDelete
  2. yup..teknik kira..saya jenis pemalas nak kira2..tak pe la kalah pun..

    ReplyDelete

Flickr Images

HAK MILIK

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam blog ini, sila hubungi penulis di fieza_amy81@yahoo.com


[PENAFIAN] Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini dan untuk rujukan kepada pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.