AFB Feeds

Penyelamat untuk kawasan mata

22:10

Aku ni sejenis suka tido lewat malam..jadi bila dah tido lambat, hitam/lebam bawah mata pun memunculkan diri..sebelum ni buat tak kisah pun..kalau make up, touch up dengan foundation..setel..haritu masa aku buat pembelian melalui getex.my, eh..terus ter'order satu concealer..saja je try..tak pernah pun sebelum ni guna..

Aku ada up entry mengenai website Getex.my sebelum ni..kelebihan kat website ni bila ko shopping, dapat balik duit..tak la semua...tu dah free namanya..mana nak untung..kat website ni win-win situasi..kita dapat pulangan semula wang hasil pembelian barang & website tu dapat keuntungan..info lanjut, korang boleh KLIK SINI..


Concealer yang aku order melalui website Getex.my ni, dah pun selamat sampai..ambil masa juga sebab item ni dari China lorrr..awal april, baru aku terima..tak kisah la..memang dah tau sebab masa order, dah dimaklumkan..

Ni la ghupe dia..ada 2 bahagian, atas & bawah..satu bentuk macam pen, satu lagi bentuk cecair.. 
Cara yang aku guna, aku sapu yang pen tu dulu kat sekeliling mata..ratakan & baru dap bebebera titik cecair ke sekeliling mata & ratakan..Hasil, macam di bawah :~
 
Percubaan guna concelaer..gambar atas naked ..tak de sebarang mekap..nampak tak hitam bawah mata tu..gambar bawah, dah touch-up dengan concealer..ada la nampk beza sikit..cover tang mana yang patut..hehe 

Fungsi concealer ni sebagai pelembap serta untuk menutupi garis halus, lingkaran hitam bawah mata. Ia selamat untuk digunakan di kawasan mata..

Untuk korang yang ada masalah lebam/hitam bawah mata, garisan halus & nak tutup sebarang cela di kawasan mata, boleh la cuba gunakan concealer ni..tak semestinya jenama ni je..banyak lagi jenama yang ada di pasaran..

Selamat ber 'CONCEALER..ahaks!!!

You Might Also Like

3 comments

  1. Kalau ok nak jugak..mata sembab jaga anak..hahah

    ReplyDelete
  2. Kite x pandai pakai concealer :'(

    ReplyDelete
  3. wahhh macam nak beli gak lah..mata yanie dah cam mata panda dh huhu..

    ReplyDelete

Flickr Images

HAK MILIK

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam blog ini, sila hubungi penulis di fieza_amy81@yahoo.com


[PENAFIAN] Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini dan untuk rujukan kepada pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.